5 Cara Semak iPhone Original Atau Palsu

Bagaimana cara semak iPhone original atau palsu? iPhone adalah salah satu smartphone yang paling ramai penggunanya di seluruh dunia. Antara negara yang paling banyak guna iPhone ni adalah Amerika Syarikat.

Bila je sebut pasal iPhone, kita akan terbayang logo epal yang kena gigit tu. Kebanyakkan pengguna iPhone ni sebenarnya adalah golongan-golongan muda dan juga orang bisnes sebab siapa yang pernah guna iPhone tahulah bagaimana performance dia.

Paling best iPhone ni susah nak lag atau tersekat-sekat walaupun banyak file yang disimpan berbanding dengan android. Android pula bila memori korang hampir penuh, korang akan rasa beratnya phone android ni.

Sebab itulah ramai yang tergila-gilakan phone ni. Namun, tak semua mampu memilikinya sebab harganya adalah sebulan gaji. Jadi, jalan terbaik bagi mereka adalah cuba survey iPhone murah dan beli tapi mereka tidak sedar pun iPhone tersebut adalah tiruan.

cara semak iphone original

Jadi, bagaimana nak semak samaada iPhone tersebut original ataupun tidak?

5 Cara Semak iPhone Original Atau Palsu

Berikut adalah 5 cara untuk semak.

#1. Semak Dengan Nombor IMEI

Untuk pastikan iPhone tersebut original ataupun tidak, anda boleh lihat nombor IMEI yang ada pada kotak ataupun di belakang iPhone.

Lepas dah dapat nombor IMEI tersebut, anda boleh layari laman web https://checkcoverage.apple.com/ dan masukkan nombor IMEI tersebut.

cara semak iphone original,cek iphone original

Kemudian klik butang Continue.

Jika anda terima status seperti gambar di bawah, bermakna iPhone korang adalah original.

cara semak iphone original,cek iphone original

#2. Semak Melalui Nombor Siri di iTunes

Baik andai kata kita boleh semak nombor siri yang ada pada iPhone itu mungkin boleh dikatakan palsu. Tapi kita juga boleh semak nombor siri dalam iTunes.

Jika ada nombor siri sama dengan yang ada di kotak, itu maksudnya iPhone korang original.

#3. Semak Melalui Setting iPhone

Untuk semak nombor siri, anda boleh pergi ke bahagian Settings > General > About

cara semak iphone original,cek iphone original

Nanti di sini korang akan lihat nombor siri.

#4. Semak Melalui Sim Tray

Jika iPhone anda original, anda juga boleh dapatkan nombor email di sim tray.

iPhone yang original akan mempunyai nombor IMEI dalam sim tray.

Anda boleh cuba buka sim tray anda dan lihat.

cara semak iphone original,cek iphone original

#5. Boleh Download Applikasi Melalui App Store

Kaedah paling mudah samaada korang nak tahu iPhone tersebut original atau tidak, anda boleh cuba pergi ke App Store dan download applikasi.

Jika anda boleh download applikasi dan applikasi tersebut boleh digunakan, itu bermakna iPhone korang adalah original.

iPhone yang fake atau palsu, ia tidak boleh download apa-apa applikasi melalui smart app store.

Namun, antara kelima-lima kaedah ni, kaedah nombor #1 paling berkesan iaitu semak nombor IMEI melalui website apple sendiri.

Jika korang nak tengok dengan lebih jelas, boleh la rujuk video yang saya buatkan di bawah ni.

Cara Lain Semak Iphone Original Atau Palsu

Terdapat juga beberapa cara lain yang boleh korang semak samaada iPhone yang korang beli tu palsu ataupun tidak.

#1. Perhatikan Ciri-Ciri iPhone

Apa yang perlu korang buat adalah dengan memerhatikan ciri-ciri telefon yang korang beli tu. iPhone palsu dengan iPhone original kita boleh tahu dan rasa jika korang pernah guna iPhone sebelum ni.

Antara ciri-ciri iPhone yang korang perlu tahu adalah seperti berikut.

  1. Semua jenis iPhone mempunyai butang kunci screen pada sebelah sisi atas kanan.
  2. Butang untuk volume dan ringer Switch pula terletak di sebelah kiri.
  3. iPhone menggunakan teknologi retina display dan jika korang tengok screen iPhone kita akan rasa sangat puas dan tak sakit mata memandang.
  4. iPhone hanya mempunyai satu slot sim kad sahaja.
  5. Biasanya iPhone original mempunyai label Designed by Apple California dan Assembled in China.
  6. iPhone tidak sesekali mempunyai slot untuk MicroSD atau apa-apa saja untuk memori kad.
  7. Semua applikasi iPhone hanya boleh download melalui app store sahaja, bukannya melalui Google Play atau mana-mana platform.

#2. Connect ke iTunes

Cara lain yang boleh cuba korang semak adalah dengan connect iPhone korang ke iTunes. Hanya iPhone original sahaja boleh connect korang punya device ke iTunes.

Cara nak connect iPhone ke iTune ikut cara di bawah ni.

Langkah 1 Daftar terlebih dahulu ID Apple dalam iPhone korang sebab dengan ID ni nanti kita akan gunakan untuk Connect dengan iTunes.

Langkah 2 Pergi ke website Apple iTune Connect.

Langkah 3 Kemudian masukkan User ID Apple korang seperti username dan juga password yang kita setup di iPhone.

Langkah 4 Sahkan login korang dengan buat confirmation. Nanti confirmation login akan dihantar ke iPhone korang.

Bila korang sudah login masuk, iPhone korang sudah pun bersambung dengan iTunes dan semua gambar-gambar yang ada di iPhone korang boleh juga lihat di iTunes.

Maksudnya di sini, iPhone korang adalah iPhone yang original.

Apa Nak Buat Jika Terbeli iPhone Palsu?

Jika korang sudah terbeli iPhone palsu, korang tak boleh buat report pada pihak iPhone sebab pihak iPhone pun tak boleh nak buat apa-apa.

Lagipun industri telefon clone langsung tidak menjejaskan pihak iPhone.

Jadi apa patut korang buat jika terbeli telefon palsu?

  1. Jika membeli iPhone di Lazada atau Shopee, korang jangan risau sebab kedua-dua platform ni menawarkan pemulangan balik wang dan si seller akan berputih mata. Boleh rujuk tutorial macam mana nak refund dari Lazada dan juga macam mana nak refund dari Shopee.
  2. Jika terbeli dari media sosial seperti Facebook marketplace, Instagram Shop korang boleh dikatakan bagai telur di hujung tanduk. Untuk dapatkan balik duit tu memang sukar tapi korang boleh fight di mahkamah tanpa peguam. Caranya boleh cuba rujuk cara dapatkan semula wang lepas kena scam.
  3. Buat report polis walaupun dalam hal ni polis tidak membantu untuk selesaikan isu ini. Tapi sekurang-kurangnya dengan report polis yang terkumpul banyak akan membantutkan jenayah seperti ini berkembang biak.
  4. Selain tu juga, boleh cuba buat atau hubungi pihak KPDNHEP sebab jika ada barang copy ori pihak KPDNHEP akan bertindak lebih pantas.

Kesimpulan

Sekarang anda dah tahu bukan macam mana cara semak samaada iPhone tersebut original atau palsu. Sebab tu korang perlu berhati-hati jika dapati ada iPhone yang dijual terlalu murah itu kemungkinannya adalah Scammer.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

4 thoughts on “5 Cara Semak iPhone Original Atau Palsu”

    1. dah check ikut step di atas, and beli pun mmg ikut market price, tapi kualiti kamera teruk sangat macam android so saya syak iPhone ni tak ori😭

Leave a Comment

Scroll to Top