Cara Buat Unlimited Data Hotspot Pada Semua Telco Secara Percuma

Bagaimana cara buat unlimited data Hotspot? Untuk pengetahuan anda, sekarang ni sudah banyak pihak telco memperkenalkan unlimited internet jika korang gunakan pada smartfon tu sendiri. Namun yang menjadi masalahnya, bila dibuat wifi, ia akan ada kouta.

Sebagai contoh korang lihat plan Umobile di bawah.

pakej umobile giler unlimited untuk cara buat unlimited data hotspot

Jika anda lihat plan GX68 dan GX50 mempunyai unlimited data. Tapi anda perlu tahu unlimited data jika anda gunakan pada telefon tu sendiri.

Jika anda buat hotspot dan share wifi pada telefon yang lain, ia ada quota iaitu sebanyak 5GB.

Jadi, tutorial kali ni saya nak tunjukkan kepada anda, bagaimana nak jadikan hotspot 5GB tu kepada unlimited data.

Syarat-syarat yang perlu anda tahu.

  • Telco yang dipakai mestilah postpaid bukannya prepaid
  • Pakej yang anda guna sekarang ni adalah unlimited kouta tapi tidak unlimited jika buat wifi/hotspot
  • Android dan iOS boleh digunakan sebagai wifi tapi untuk sambung pada laptop/PC dan laptop/PC mestilah yang Windows sahaja. Untuk MAC anda boleh cuba.
  • Sambungan wifi mestilah dari phone ke laptop. Phone ke phone tak berkesan cara ini.

Jika anda faham syarat-syarat di atas barulah boleh ikut tutorial di bawah.

cara buat unlimited data hotspot

Cara Buat Unlimited Data Hotspot

Tutorial di bawah ianya agak teknikal. Sila ikut satu persatu tanpa skip step yang ditunjukkan.

Langkah 1 Sambungkan wifi/hotspot dari telefon ke laptop.

Langkah 2 Bina satu folder baru di ruang desktop untuk senang manage. Caranya right click pada desktop dan klik new folder.

cara buat folder baru untuk cara buat unlimited data hotspot

Langkah 3 Dalam folder baru tersebut, kita bina pula text baru. Caranya klik pada folder yang telah kita bina sebentar tadi, kemudian right click dan pilih New ยป Text Document

cara buat unlimited data hotspot

Kemudian, rename new text document kepada apa saja nama yang kita mahu. Sebagai contoh saya rename kepada nama “bypass quota.txt”

cara buat unlimited data hotspot

Langkah 4 Langkah seterusnya, buka text file bypass quota.txt (nama yang saya rename) dan masukkan text berikut ke dalamnya.

netsh int ipv4 set glob defaultcurhoplimit=65
netsh int ipv6 set glob defaultcurhoplimit=65

pause

cara buat unlimited data hotspot

Langkah 5 Save as sebagai bypass quota.cmd. Ikut nama file yang telah anda rename sebentar tadi. Jika anda rename sebagai unlimited.txt save as sebagai unlimited.cmd dan begitulah seterusnya.

Caranya pergi ke File ยป Save As

cara buat unlimited data hotspot

Kemudian dia akan keluar popup seperti berikut.

cara buat unlimited data hotspot

Letakkan extension sebagai cmd dan klik save.

Langkah 6 Sekarang ni korang akan lihat ada dua file. Right click pada cmd extension.

bypass qouta untuk cara buat unlimited data hotspot

Kemudian klik pada Run as administrator.

cara buat unlimited data hotspot

Langkah 7 Kemudian ia akan keluar popup seperti berikut. Klik Yes untuk teruskan.

cara buat unlimited data hotspot

Kemudian, akan keluar pula command seperti di bawah.

cara buat unlimited data hotspot

Klik mana-mana papan kekunci untuk teruskan.

Siap!

Sekarang ni anda boleh gunakan laptop anda dengan menggunakan wifi phone tanpa ada masalah kouta.

Jika anda tidak faham tutorial secara bertulis, anda boleh lihat tutorial dalam bentuk video yang saya sediakan di bawah.

Kesimpulan

Dalam artikel ini saya telah beritahu bagaimana anda boleh buat unlimited data pada hotspot anda. Jadi lepas ni, boleh la anda guna wifi anda secara unlimited.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

79 thoughts on “Cara Buat Unlimited Data Hotspot Pada Semua Telco Secara Percuma”

  1. salam…sye dah buat ikut cara ni tp data hotspot hilang jugak…masa hotspot, sye refresh data still sama lagi…tp bila off hotspot, sye refresh data jadi kurang….sye pakai plan unifi mobile unlimited, hotspot 10 g.

  2. Bro boleh tanya benda begini pandai kasih slow internet speed tak? Sebab saya guna cara ini line di hp jadi 3g masih lancar (di hp dan di laptop ) tapi bila disconnect dan connect balik hotspot download speed saya jadi sangat slow (di laptop), walaupun trik ini menjadi. Dan sekiranya saya off hotsop dan connect balik tanpa restart laptop, perlu kah run cmd lagi?

  3. salam,
    saya cuba buat bila baca post ni.. menjadi… tapi keesokannya..quota hotspot kurang bila saya connect hotspot hp. dah cuba restart laptop, reconnect, run as administrator.. tetap berkurang quata hotspot. saya guna umobile gx68.

Leave a Comment

Scroll to Top