Macam mana cara buat web sendiri tanpa upah web designer? Dalam artikel saya sebelum ni saya dah ada tunjukkan cara nak buat web sendiri iaitu dengan buat pemasangan WordPress.
Tapi yang tu saya just fokus pada cara pemasangan WordPress saja. Saya tidak ceritakan dengan lebih detail macam mana nak buat web sendiri sehingga korang boleh memiliki web sendiri yang lawa tanpa upah web designer.
So dalam tutorial ni saya akan tunjukkan step by step apa yang perlu korang buat untuk buat web sendiri sampai siap. Sampai boleh hasilkan jualan atau income.
Baik.
Untuk buat web sendiri, saya lebih gemar menggunakan software WordPress sebab kita tak perlu untuk tahu pasal coding atau yang berkaitan dengan teknikal website.
Apa yang perlu kita tahu cuma skill pemasangan dan juga skill edit saja jika kita nak bagi website kita lebih lawa.
Cara Buat Web Sendiri Tanpa Upah Web Designer
Sebelum korang belajar cara buat web sendiri ni, korang kena tahu bahawa saya ni seorang web designer di SM Creative Studio.
Walaupun saya ni buat servis bina website, tapi kali ni saya pula yang akan ajarkan pada korang macam mana nak buatkannya.
Saya tak rugi pun kalau kongsikan dengan korang semua sebab dengan perkongsian ilmu ni saya akan dapat maanfaat lebih jauh lagi.
InsyaAllah…
Baik.
Jom kita mulakan.
Langkah 1 Beli Domain dan Hosting
Ok sebelum kita mulakan buat web ni, korang perlu tahu dulu apa itu domain dan apa itu hosting.
Untuk yang baru bermula mesti korang tidak pernah dengar istilah ni kan?
Jangan risau.
Di sini saya bagi penerangan supaya korang ada ilmu sikit pasal ni.
Secara analoginya, domain ni adalah alamat rumah kita manakala hosting (kadang-kadang orang panggil server) adalah tapak tanah di mana rumah kita terbina.
So, dalam konsep website pun macam tu juga. Website ni pula ibarat rumah. Jadi, dia perlukan alamat dan perlukan tapak atau hosting untuk dirikan sebuah website.
Boleh baca apa itu domain dan hosting jika korang nak tahu dengan lebih lanjut.
Untuk tutorial dapatkan domain dan hosting, boleh lihat tutorial yang saya sudah buat sebelum ni macam mana nak beli domain dan hosting sendiri.
Langkah 2 Pemasangan WordPress
Seperti yang saya beritahu awal-awal tadi, platform untuk bina Website ni saya akan gunakan software WordPress sebab ia lebih dinamik berbanding software atau platform yang lain.
Sebenarnya ada banyak je platform yang korang boleh guna.
Antaranya adalah;
- Blogger
- Tumblr
- Wix
- WordPress.com
- Weebly
dan banyak lagi…
Tapi antara kesemua ni, WordPress.org adalah platform yang terbaik untuk kita bina website kita sendiri.
Blog yang korang baca sekarang ni saya menggunakan platform WordPress.org.
Kenapa saya katakan ia bagus?
Jika korang tidak pandai apa pun dalam coding website, ia bukan menjadi masalah besar, namun jika korang pandai dalam coding, korang boleh create bermacam-macam sistem seperti custom web based.
Sebab itu saya katakan ia dinamik.
Tapi, untuk beginner seperti kita, kita boleh je cari segala jenis macam template website di Themeforest atau boleh dapatkan Divi Themes.
Baik.
Untuk pemasangan WordPress, korang boleh tengok panduan lengkap cara pasang WordPress dalam hosting.
Langkah 3 Pasang Plugin dan Theme
Tahniah.
Pada langkah ni, korang dah pun berjaya mempunyai website sendiri tapi belum siap sepenuhnya.
Seterusnya korang perlu tambah fungsi dalam website dengan memasang plugin dan juga cantikkan web dengan memasang theme.
Di sini saya gunakan istilah inggeris untuk plugin dan theme sebab ia sinonim dengan WordPress. Kalau saya sebut pemalam (istilah untuk plugin) nanti susah nak faham pula.
Apa tujuan plugin?
Fungsi plugin ni adalah untuk kita tambah fungsi dalam website kita.
Sebagai contoh korang nak tambah sistem borang hubungi, sistem pagination, sistem SEO dan sebagainya ini semua menggunakan plugin.
Manakala theme ni pula adalah untuk bagi cantikkan web kita dengan theme yang telah kita pilih.
Jadi, macam mana untuk pasang theme dan plugin ni?
Untuk pasang plugin, korang boleh tengok tutorial lengkap cara pasang plugin dan jika korang nak pasang theme, korang boleh tengok tutorial lengkap cara pasang theme.
Jika korang tak tahu plugin apa nak install pertama kali, boleh lihat senarai plugin yang harus dipasang pada WordPress.
Langkah 4 Setting Permalinks dan Komen
Sebenarnya, sampai langkah ketiga korang dah pun berjaya membina sebuah website atau blog yang lengkap.
Tapi di sini saya akan tunjukkan pula beberapa perkara asas yang korang perlu setting terlebih dahulu sebelum betul-betul bersedia publish pada umum.
Secara asas, saya akan tunjukkan dua setting yang boleh dianggap penting iaitu permalinks dan juga komen untuk orang komen di blog kita.
Untuk setting permalink pergi ke menu Settings » Permalinks
Kemudian di sini nanti korang akan lihat ada beberapa struktur link yang perlu korang pilih.
Tapi saya tak nak terangkan satu persatu mengenai setiap struktur link tersebut. Apa yang perlu korang buat adalah just pilih pilihan “Post Name” sebab persatuan-persatuan WordPress sedunia mengakui permalinks tersebut banyak membantu dalam segi SEO.
Seterusnya pula kita setting pada ruangan komen.
Untuk setting ruangan komen pergi ke menu Settings » Discussion.
Jadi di sini jika korang tengok sinilah tempat untuk kita control segala komen-komen yang datang dari pembaca blog kita.
Apa yang saya nak highlight di sini adalah macam mana kita nak control spam komen sebab bila korang bina web dengan WordPress komen spam tidak dapat dielakkan tapi boleh dikurangkan dengan cara kita mengawalnya.
Caranya adalah korang lihat pada bahagian “Comment Moderation” dan masukkan nombor 2 seperti yang ditunjukkan dalam gambar kemudian tulis perkataan apa yang korang nak sekat di sini.
Fungsinya adalah bila ada seseorang komen dengan komen ada link dan juga perkataan yang telah kita sekat tadi, secara auto sistem akan sekat dulu komen tersebut untuk kita review dan approve secara manual.
Jika perlu edit, kita boleh edit komen seseorang tu.
Langkah 5 Kenali Fungsi Post dan Page
Akhir sekali di sini apa yang perlu korang tahu lepas dah siap buat web sendiri adalah, macam mana nak post content dalam website.
Untuk dapatkan fungsi post atau page ni, korang tengok pada bar di sebelah atas kiri setelah log masuk ke dalam WordPress, pergi ke +New » Post/Page.
Di sini saya nak beritahu sikit perbezaan mengenai fungsi post dan page yang ada dalam WordPress sebab ramai yang keliru dan tidak faham mana satu nak guna cara yang betul.
Baiklah.
Page adalah untuk kita masukkan content yang statik seperti halaman borang hubungi, tentang kami, info syarikat dan sebagainya.
Manakala post ni pula adalah untuk korang menulis penulisan harian seperti nak update aktiviti apa yang telah dibuat hari ni, perkongsian artikel dan sebagainya.
Sebagai contoh paling mudah, apa yang korang sedang baca sekarang ni saya menggunakan fungsi post dan jika korang tengok menu “Hubungi” di atas tu saya menggunakan page.
So, saya harap korang tidak keliru mana satu nak guna samaada post atau page.
Kesimpulan
Nak buat website ni sebenarnya bukan senang jika kita tak minat nak belajar benda teknikal dan juga kita tak ada kemahiran berfikir secara kreatif. Jadi, kalau korang nak belajar bina web sendiri, korang kena tanam minat yang mendalam untuk belajar.
Sebenarnya, pada masa sekarang nak buat web tak sesukar dulu. Korang hanya perlu kemahiran saja macam mana nak guna teknologi yang ada supaya korang boleh hasilkan website sendiri.
Soalan Lazim
Apakah paltform terbaik untuk bina website?
Platform terbaik untuk bina website adalah WordPress.org
Apa maksud domain dan hosting secara ringkas?
Domain adalah alamat website kita seperti blogfaiz.com manakala hosting adalah tempat di mana kita simpan file, data dan database website kita seperti gambar, teks dan sebagainya. Kedua-dua ni saling berhubungkait antara satu sama lain. Tiada salah satu kita tak boleh nak bina website.
Di mana nak dapatkan design web yang menarik?
Untuk dapatkan design web yang menarik dan berkualiti adalah di ElegantThemes dan juga Themeforest.
Berapakah bajet jika buat web sendiri?
Bajet yang perlu korang habiskan jika buat web sendiri sekitar dalam RM100-RM200 bergantung pada pakej hosting.
Kenapa upah web sampai beribu ringgit?
Modal buat web sendiri sangat murah. Namun jika korang upah seseorang boleh jadi sampai beribu ringgit. Hal ini kerana pengalaman web designer tersebut yang tidak dapat korang beli untuk hasilkan sesuatu website.
Buat web tidak cukup dengan tahu cara saja tapi juga pengalaman supaya web yang dihasilkan menguntungkan pada pemiliknya.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.