Adakah korang tercari-cari senarai pakej unlimited hotspot wifi? Sekarang ni kalau tak ada internet rasa hidup ni tak lengkap. Internet ni macam salah satu benda yang wajib ada untuk kehidupan seharian kita. Macam satu keperluan pula. Bukan kehendak.
Yela. Mana taknya kita setiap hari kalau nak berhubung dengan kawan-kawan, saudara mara semuanya dekat social media (socmed). Dan nak guna socmed ni pula kena la ada line internet. Kalau tak ada internet tak boleh la jawabnya.
Tapi, sekadar ada internet saja tak cukup. Internet yang ada tu kalau boleh sekarang ni nak yang unlimited samaada kat phone atau unlimited hotspot. Kalau tak, kalau dah habis qouta terus tak boleh nak guna.
Senarai Pakej Unlimited Hotspot dan Unlimited Wifi
#1. TM Streamyx
#2. TM Unifi (Fibre Broadband)
#3. Time Fibre
#4. Maxis Fibre
#5. Digi Infinite
Teringat masa dulu time aku study. Aku hanya guna umobile pakej u28. Sampai sekarang aku masih setia pengguna umobile ni. Salah satu yang aku suka pasal umobile ni adalah walaupun qouta internetnya dah habis, tapi kita tetap boleh Whatsapp, tengok YouTube tapi slow la. Takpe la. Still boleh tengok dan whatsapp. Selain tu juga, aku ni selalu guna waze. Jadi pakej u28 ni dia unlimited untuk waze. Sebab tu aku setia dengan Umobile sampai sekarang.
Pakej Unlimited Hotspot dan Unlimited WIFI
Ok baiklah.
Sekarang ni aku akan senaraikan beberapa plan dan pakej unlimited hotspot dan unlimited wifi untuk korang pilih. So, korang tak perlu pening lagi nak cari satu-satu. Disebabkan pakej ni mungkin akan berubah-ubah dari semasa ke semasa, so aku nak beritahulah masa artikel ni ditulis adalah pada Ogos 2020. Kalau aku rajin, aku akan sentiasa update pakej-pakej ni nanti.
#1. TM Streamyx
Seperti yang ramai tahu, TM Streamyx dikendalikan oleh pihak Telekom Malaysia. Namun pun begitu, ramai yang agak kecewa dengan servis yang diberikan kerana coverage dan speed tidak seperti yang dijanjikan. Tapi masih juga boleh guna walaupun kadang-kadang speed dari TM Streamyx ni tidak stabil (kadang-kadang slow, kadang-kadang laju).
Kalau korang nak langgan streamyx, baik ambil TM Streamyx Blockbuster. Sebab apa yang aku faham, pakej ni dia agak stabil sedikit dari kelajuan internetnya.
Apa yang korang perlu tahu tentang streamyx ni adalah dia menggunakan line telefon. Sebab tu kalau line telefon kat rumah korang belum ada nanti dia akan pasang dulu wayar telefon barulah boleh letak streamyx ni. Jadi aku rasa setiap pelusuk di Malaysia ni dah boleh pasang line telefon. Sebab itulah streamyx ni adalah antara coverage terbesar di Malaysia untuk internet.
Kalau dulu masa kita pasang Streamyx, kita akan dibekalkan dengan telefon rumah. Tapi sekarang tak dibekalkan dah. Dulu siap ada freegift lagi sebuah tablet. Tapi aku rasa tablet tu sekitar dalam RM100 je pun.
Jadi, untuk pakej streamyx blockbuster ni korang boleh guna secara unlimited hotspot dan unlimited wifi dengan kelajuan 8mbps.
#2. TM Unifi (Fibre Broadband)
Tadi kita bincang pasal TM Streamyx. Sekarang ni kita bincang pula pasal TM Unifi. TM Unifi dan TM Streamyx ni adalah di bawah syarikat yang sama iaitu Telekom Malaysia.
Tapi aku hairan dengan Telekom Malaysia ni. TM Unifi tawarkan harga jauh lebih murah dengan internet lebih laju manakala TM Streamyx ni menawarkan harga jauh lebih mahal dengan kelajuan internet kurang. Aku harap sesiapa yang tahu pasal benda ni tolong komen di bawah.
Cuma kekurangnya Unifi ni adalah coverage belum meluas seperti Streamyx.
Berikut pakej unifi yang boleh korang pilih.
Pakej | Features | Benefits | Harga |
---|---|---|---|
30Mbps Unlimited Data |
|
| RM89 /month |
100Mbps Unlimited Data |
|
| RM129 /month |
300Mbps Unlimited Data |
|
| RM199 /month |
Jadi kalau korang tanya aku pakej mana yang terbaik, aku akan jawab korang guna internet untuk apa?
Kalau korang ni seorang content creator, buat video, upload video, streaming game dan seangkatan dengannya, aku rekemenkan korang ambil 300Mbps.
Kalau korang sekadar buat kerja, tengok YouTube layan medsos bagi aku ambil yang 30Mbps pun dah cukup.
#3. Time Fibre
Kalau nak bandingkan Time Fibre dengan Unifi, Time Fibre ni jauh lebih murah dan speed internet yang ditawarkan pun jauh meninggalkkan Unifi.
Namun, keburukkan Time Fibre ni coveragenya sangat limited. Hanya di kawasan-kawasan tertentu saja Time Fibre ni muncul seperti di Cyberjaya, Putrajaya, Kuala Lumpur dan bandar-bandar yang agak besar.
Dari apa yang aku baca dari pengalaman orang yang guna Time Fibre ni, hanya rumah-rumah tinggi seperti flat dan apartment saja available. Kawasan-kawasan bawah agak susah nak dapat line Time Fibre ni.
Jadi, kalau korang lihat pakej-pakej di atas ni, memang meleleh air liur tengok.
Tapi sayangnya tak semua orang berpeluang untuk guna Time Fibre ni.
#4. Maxis Fibre
Maxis fibre ni pula apa yang aku dengar mereka hanya tumpang line Unifi. Maksudnya di sini, kalau kat kawasan korang boleh guna wifi, maka bolehla guna Maxis fibre ni.
Tapi bila diperhatikan, plan yang ditawarkan Maxis Fibre ni agak lebih murah berbanding dengan pakej TM Unifi.
#5. Digi Infinite
Last sekali, pakej unlimited untuk wifi atau hotspot ni adalah Digi Infinite.
Digi Infinite ni bagi aku yang terbaik la setakat ni dan aku guna sampai sekarang untuk wifi unlimited aku.
Kenapa aku kata terbaik?
First coverage Digi ni luas. Jadi kebanyakkan tempat yang kita pergi boleh guna Digi ni.
Lepas tu kita tak perlu nak langgan broadband ke apa. Hanya beli simkad Digi Infinite dan korang boleh terus guna samaada nak guna kat phone atau kat Router untuk korang jadikan ia sebagai unlimited internet.
Bayaran bulanan untuk Digi infinite ni adalah RM159/sebulan.
Jadi kawasan yang aku duduk ni agak laju jugak la dia punya speed.
Nanti korang boleh tengok video aku di bawah ni yang aku buat review pasal Digi Infinite ni.
Maafla video yang aku buat ni masa aku awal-awal terjebak dengan YouTube ni. Jadi cara penyampaian aku masa tu agak kurang menarik tapi aku rasa jelas kot apa yang aku nak sampaikan kat korang pasal. Haha.
Jadinya, mana satu pilihan korang?
Kalau tanya aku, aku akan pilih pakej Time Fibre kalau kawasan aku tu ada line untuk Time Fibre. Kedua aku akan pilih Digi infinite sebagai unlimite wifi.
Korang pilih mana satu?
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
sy nk tye line apa yg murah dan laju ek
laju ni atas tempat2 juga bang…..kalau ada unifi kawasan tersebut, pasang je unifi…
Informasi yg sgt berguna! Nice. Tapi nak tya sikit, utk plan unifi unlimited 30mbps RM89 tu, rasanya berbaloi tak untuk sekadar buat kerja yg kena search2 kat google ataupun utk tgok YouTube tiap hari? Lagi satu, mampu ke plan ni menampung utk download update game ps4 saya dalam anggaran 20gb kebawah? Tolong reply please
bagus unifi unlimited ni…kalau kena tempat memang laju…
Anak nk bljr online,sya suka lyn movie dan cdg nk guna tv box,isteri suka socmed.. boleh tuan bg cdgan mana lg bagus..timakasih
tempat tuan ok tak unifi? Unifi 30mbps lebih kurang RM80/sebulan…Sebenarnya itu yang terbaik di Malaysia setakat ni…terbaik untuk bajet2 macam kita