Cara Complain Foodpanda Lepas Penghantaran

Macam mana cara complain Foodpanda? Sekarang ni servis penghantaran makanan Foodpanda dah makin diterima oleh masyarakat. Dulu aku pun agak skeptikal pada servis penghantaran makanan ni takut apa yang diorder tak sama apa yang kita nak. Tapi bila aku sendiri dah cuba servis mereka ni, ianya agak awesome juga la dan menjimatkan masa aku nak beli makanan sendiri.

Di sini aku nak beritahu, jika kita tak puas hati dengan makanan yang kita terima nanti, sebenarnya kita boleh komplain dan buat aduan pada customer service foodpanda. Tapi korang perlu hati-hati sebab apa-apa feedback yang negatif kita bagi pada rider, ia boleh menjejaskan periuk nasi mereka.

Jadi di sini, macam mana kita nak complain foodpanda rider samaada baik atau buruk yang telah menghantar makanan pada kita.

Jom ikut tutorial ni.

Langkah 1 Buka Applikasi Foodpanda

Mestilah langkah pertama buka applikasi Foodpanda.

complain foodpanda

Langkah 2 Klik Icon Manusia

Lepas dah buka applikasi Foodpanda, korang lihat ada icon manusia sebelah kiri atas seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Klik je.

complain foodpanda

Langkah 3 Klik Help center

Kemudian, klik pada menu help center.

complain foodpanda

Langkah 4 Klik My Orders

Kemudian, klik pula pada menu My Orders.

complain foodpanda

Langkah 5 Klik Get help

Kemudian, klik pada Get Help seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

complain foodpanda

Langkah 6 Klik Get help

Kemudian, klik pada I’d like to give feedback on my rider.

complain foodpanda

Langkah 7 Lengkapkan Feedback

Pada bahagian akhir ni, lengkapkan feedback korang samaada negative feedback atau positive feedback.

Kemudian klik saja butang Send.

Siap

complain foodpanda

Korang kena pastikan tinggalkan feedback dalam tempoh 24 jam sebab lepas sistem dah sahkan penghantaran kita, kita tak boleh lagi nak tinggalkan feedback pada rider kita.

Ok baiklah.

Pada kesempatan ni juga, aku nak ingatkan kita sebagai customer, janganlah terlalu push rider kita untuk menghantar makanan pada kita. Kita kena faham situasi mereka yang berhadapan dengan ramai vendor, keadaan cuaca dan sebagainya.

Dan juga, kita hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Rider tu bukan hamba kita. Aku cakap macam ni sebab ramai sangat customer yang kurang ajar dengan rider-rider.

Kepada rider juga, korang hendaklah jaga tatasusila sebagai seorang rider. Ada kes yang rider sesuka hati parking dan bila ditegur oleh pengawal disitu untuk alihkan motor tau pula melenting. Ada juga rider yang naik motor tanpa hiraukan undang-undang jalan raya. Benda ni semua boleh bawa padah.

Baiklah.

Jika korang ingin lihat macam mana nak tinggalkan feedback pada rider kita dalam bentuk video, boleh lihat video di bawah ni.

Kalau sudi, subscribe la YouTube Blog Faiz juga.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

5 thoughts on “Cara Complain Foodpanda Lepas Penghantaran”

  1. As salam.. Slmt ptg.. Terima kasih ats info tuan psl utk nk ngadu seandainya apa yg kita pesan dpt puaskan hati cust mcm kita ni..
    Klu item mising nk slhkan phk rider @ pekedai.. Ni yg konpius.. Sbb ade segelintir riders akn kol cust.. Ade yg x..
    Klu nk suggest kt foodpanda utk update no fon kedai & rider mcm mne tu tuan..
    Sekian terima kasih

    1. semua salah rider..sbb rider yang ambil order kita…pekedai xsalah…kalau pekedai xbuat order kita, jadi tanggungjawab rider foodpanda untuk beritahu sb kita bayar pada mereka..semua masalah ni ikut macam sy beritahu dalam ni…kena complain pada HQ foodpanda

  2. Terima kasih info.Tentang rider biadap ni ada tapi tak semua.Kita cakap baik²,sopan,tak push,tak rushing.Tapi rider pula biadap.First time kena.To rider tersebut,,terima kasih layan customer dengan biadap.

    1. Same here.. Dilayan biadap oleh rider foodpanda hari ini. Mahu feedback dengan customer servis foodpanda pun langsung tak dilayan mereka tu

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top