Cara Keluarkan Duit Dari Adsense Dan Setting Pembayaran

Cara Keluarkan Duit Dari Adsense | Kalau dulu nak keluarkan duit dari adsense hanya ada dua pilihan utama iaitu keluarkan melalui Cek atau guna Wastern Union.

Sebenarnya kedua-dua cara ni susah dan agak melecehkan sebab banyak urusan yang perlu kita buat sebelum duit tu muncul dalam akaun bank kita.

Tapi sejak beberapa tahun lepas pihak adsense telah menambah pilihan iaitu dengan cara Wire Transfer bermaksud korang boleh keluarkan duit dari adsense secara automatik ke akaun bank bila dah sampai threshold iaitu sebanyak USD100.

Namun kini aku baru perasan bahawa pilihan untuk Wastern Union sudah dihapuskan dari cara pembayaran adsense ni. Jadi hanya tinggal dua pilihan saja samaada melalui Cek atau Wire Transfer.

Cara Keluarkan Duit Dari Adsense Dan Setting Pembayaran

cara keluarkan duit dari adsense

Jadi di sini aku akan tunjukkan bagaimana nak keluarkan duit dari adsense melalui kedua-dua cara ni walaupun cara melalui cek ni kurang popular tapi masih menjadi pilihan bagi sesetengah orang.

Kenapa?

Jom kita lihat dulu cara keluarkan duit dari adsense ni.

Cara #1 Menggunakan Cek

Cek ni masih jadi pilihan jika akaun adsense tersebut dipegang oleh company dan dikongsi oleh banyak orang. Sebagai contoh syarikat akhbar Berita Harian akan menggunakan kaedah cek untuk terima bayaran dari adsense.

Selain tu juga cek ni sangat penting untuk rekod duit keluar masuk sesuatu company. Sebab itu company besar-besar yang main adsense ni akan pilih kaedah cek. Andaikata korang boleh buat adsense ni sebanyak puluhan ribu USD atau juta USD sebulan, korang kena pilih kaedah cek sebab kaedah wire transfer akaun bank korang akan disekat.

So, macam mana nak keluarkan duit melalui cek ni?

Ikut tutorial di bawah.

Langkah 1 Login ke akaun adsense melalui laptop atau dekstop. Kemudian korang akan lihat menu sebelah kanan seperti di bawah.

cara keluarkan duit dari adsense

Klik jer pada menu Payment tu.

Langkah 2 Lepas klik pada menu Payment sebentar tadi, korang akan dibawa ke satu page dan korang akan lihat submenu seperti di bawah.

cara keluarkan duit dari adsense

Klik pula pada Manage Payment Methods.

Langkah 3 Kemudian klik pada Add Payment Method

cara keluarkan duit dari adsense

Langkah 4 Di sini ada dua pilihan iaitu Wire Transfer dan juga Cek. Pilih bahagian Cek.

cara keluarkan duit dari adsense

Langkah 5 Isi semua info yang diperlukan.

cara keluarkan duit dari adsense

Masukkan nama dan alamat dengan betul supaya cek sampai ke rumah.

cara keluarkan duit dari adsense

Lepas siap tandakan pada Set as primary payment method dan klik Save.

Jadi siaplah cara terima pembayaran melalui cek.

Cara #2 Kaedah Wire Transfer/Direct Masuk Akaun Bank

Kaedah ini kebanyakkan orang guna termasuk dengan aku sendiri sebab yang bestnya cara ni bila dah cukup USD100 dalam akaun adsense tau-tau duit dah masuk dalam bank.

Menarik bukan?

Jom kita lihat bagaimana nak keluarkan dengan guna cara ni.

Untuk kaedah Wire Transfer ni ia sama untuk Langkah 1 Langkah 2 dan Langkah 3. Jadi di sini aku akan teruskan pada langkah yang keempat.

Langkah 4 Pilih kaedah Wire Transfer

cara keluarkan duit dari adsense

Langkah 5 Dan isikan info yang diperlukan. Yang tak perlu, tak payah isi. Boleh lihat penerangan di bawah.

cara keluarkan duit dari adsense

Beneficiary ID (optional) : Tak perlu isi

Name of bank account: Nama korang atau nama pemilik bank

Bank name: Nama akaun bank anda seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan sebagainya

cara keluarkan duit dari adsense

SWIFT BIC: Untuk SWIFT BIC ni korang kena rujuk pada SWIFT code yang telah disenaraikan. Setiap bank ia berbeza. Contohnya untuk Maybank korang boleh masukkan SWIFT code main branch iaitu MBBEMYKL.

Account number: Masukkan nombor akaun anda di sini. Pastikan double cek supaya tidak ada kesilapan.

Re-type account number: Masukkan nombor akaun anda sekali lagi di sini.

Intermediary bank (ask your bank): Untuk warganegara Malaysia tak perlu isi sini.

FFC or FBO (ask your bank): Untuk warganegara Malaysia tak perlu isi sini.

Lepas dah siap isi, klik tanda pada Set as primary payment method dan klik Save.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top