Kepada korang yang tertunggu-tunggu surat pin adsense atau dipanggil surat cinta Google pasti tak lena tidur dibuatnya. Yela, macam-macam fikir takut surat tak sampai la, takut surat hantar salah alamat dan sebagainya.
Kalau korang belum tahu apa itu Adsense nanti boleh la baca post aku mengenai apa itu adsense.
Jadi di sini aku nak cerita serba sedikitlah mengenai pin adsense ni. Apa yang korang perlu tahu supaya korang taklah rasa risau dan tertunggu-tunggu macam orang tak betul. Haha…
Pengalaman Tunggu Surat Pin Adsense. Apa Patut Korang Tahu?
Dalam channel aku sebenarnya aku dah cerita pasal ni. Tapi yang tu dalam bentuk video la. Aku cerita dari A sampai Z. Kalau korang nak tengok video tu boleh lihat kat channel YouTube aku bertajuk Berapa Lama Pin Adsense Sampai ke Rumah.
Untuk pengetahuan korang, aku mohon adsense ni bukan melalui YouTube tetapi melalui blog aku sendiri. Sebelum aku mula YouTube lagi sebenarnya aku dah ada akaun adsense yang sudah verify. Tapi yang tu hanya untuk blog saja. Untuk YouTube belum lagi.
Jadi aku akan cerita pengalaman aku dengan surat pin adsense ni.
Aku dah lupa berapa hari bulan berapa. Tapi sekitar bulan Jun tahun 2018, aku tiba-tiba dapat satu email dari adsense bahawa blog aku ni dah lulus dengan jayanya untuk permohonan adsense.
Maksudnya di sini blog aku ni dah boleh buat duit dengan letak iklan dari adsense.
Bila Surat Pin Adsense Akan Dihantar?
Bila iklan dah mula berjalan dalam blog aku, aku perlu kumpul sebanyak 10USD terlebih dahulu barulah pihak adsense akan hantar surat dimana ia mengandungi nombor pin.
Tujuan nombor pin ni adalah untuk mengesahkan bahawa semua info yang kita berikan adalah 100% tepat dan benar.
Mungkin korang pernah fikir kenapa ia tak hantar pin pengesahan melalui email kan?
Sebab sebelum ni dah ada banyak manusia durjana yang cuba manipulasi pihak adsense dengan meletakkan alamat palsu dan kaut keuntungan dari iklan adsense semata-mata. Perkara ni sebenarnya memang tak dibolehkan oleh pihak adsense.
Jadi, bila kita dah kumpul 10USD dalam akaun adsense kita, barulah surat tu akan mula dihantar. Jika belum terkumpul 10USD surat pin adsense tidak akan dihantar.
Berapa Lama Tempoh Masa Diberikan Untuk Verify Pin Adsense?
Korang perlu ingat, nombor pin tu perlu sampai dalam tempoh kurang 6 bulan dari akaun korang sudah diapprove.
Apa jadi kalau tak sampai dalam masa 6 bulan?
Akaun adsense korang akan dibatalkan secara automatik dan jika korang nak balik, korang kena mohon semula.
Aku tahu bab ni ramai yang risau sebab mesti korang fikir sempat ke tak nak sampai ke Malaysia ni.
Jawapan aku dalam tempoh 6 bulan adalah sempat.
Kita akan diberikan peluang sebanyak 4 kali untuk mohon pin ni.
Jika pin yang pertama korang tidak sampai dalam tempoh 1 bulan, pin yang kedua akan dibuka untuk korang mohon. Jadi, korang terus mohon. Mohon banyak kali tak apa sebab pin yang sampai nanti adalah pin yang sama.
Korang jangan tunggu lama-lama jika pin tidak sampai. Jika peluang untuk mohon pin lain dibuka, mohon terus.
Apa terjadi jika pin yang terakhir iaitu pin yang ketiga masih belum sampai?
Korang masih ada last choice iaitu dengan cara verify melalui IC.
Di sini pihak adsense akan berikan korang pilihan ni. Jadi buat sebaik mungkin pada pilihan ni dan jangan tersilap. Sebab tu masa isi alamt rumah kena sama alamat dalam IC.
Kalau tak sama nak buat macam mana?
Aku cadangkan pergi ke JPN dan buat penukaran alamat rumah biar sama dengan alamat yang kita masukkan dalam akaun adsense kita tu.
Kalau alamat rumah tak sama, memang permohonan korang akan ditolak terus.
Berapa Lama Masa Pin Adsense Sampai ke Rumah?
Ikut pengalaman aku sebelum ni, ia mengambil masa selama 4 bulan untuk aku terima pin dari adsense ni. Masa tu aku memang dah cuak sebab aku dah tiga kali minta pin adsense ni. Tapi akhirnya sampai juga ke tangan aku dengan selamat nombor pin ni.
Kalau korang tanya aku berapa lama masa sampai pin ni ke rumah aku akan jawab ikut keadaan dari mana surat tu dihantar.
Macam surat pin adsense aku ni dihantar dari posto France. Maksudnya dari pos Perancis.
Aku ada lihat kawan-kawan blogger aku sebelum ni ada yang dihantar dari US, Singapore dan lain-lain. Yang pasti belum ada dari Malaysia.
Jadi, berapa lama masa nak sampai tu, korang kena tunggu dan tengok je la. Aku punya tunggu sampai 4 bulan. Serius tak lena tidur dibuatnya.
Jadi itulah kot yang korang perlu tahu mengenai pin adsense ni dan apa yang aku ceritakan ni sebenarnya ia lebih kurang sama saja jika korang mohon melalui YouTube. Tiada bezanya mengenai pin adsense ni.
Jika korang nak lihat aku bebel, boleh lihat video di bawah ni.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Terima kasih kerana berkongsi info…
penantian suatu penyeksaan….
welcome bro….tengah tunggu surat Adsense juga ke? 😀
tips yg berguna 🤗
sy telah rquest sbyk 4x tp masih x smpai dan 15/10 adalah tarikh last ! mgkin sy akan mohon balik utk dptkan pin balik.. tetapi ada cara lain ke utk lanjutkan dptkan pin tsebut atau mmg tempoh hnya 4 bulan shja ? dannnn adakah duit iklan yg lebih 10usd tsebut akan hilang jika mbuat prmohonan iklan baru ??