Cara Membeli di Shopee Dengan Selamat

Macam mana cara membeli di Shopee? Sekarang ni kita nak membeli barang secara online tak perlu lagi risau dengan adanya Shopee. Ianya mudah, harga jauh lebih murah dan yang paling penting selamat sebab jika berlaku kerosakkan pada barang yang kita order, kita boleh buat refund melalui Shopee.

Sebelum ni kita dah belajar cara nak daftar akaun di Shopee.

Kali ni pula kita belajar cara nak membeli barang di Shopee dengan selamat.

Jom ikuti tutorial ni bagi mereka yang tak biasa membeli di Shopee.

Cara Membeli di Shopee Dengan Selamat

cara membeli di shopee

Dalam tutorial ni saya akan tunjukkan melalui dua cara iaitu cara membeli di laptop atau desktop dan juga cara membeli melalui applikasi Shopee.

Cara Membeli Melalui Laptop/Desktop

Langkah 1 Login ke akaun Shopee.

Langkah 2 Kemudian search item atau barang yang nak dibeli. Sebagai contoh di sini saya akan beli produk “54 Ebook Boleh Dijual Semula”

cara membeli di shopee

Untuk beli, kita klik pada butang “Beli Sekarang”.

Langkah 3 Kemudian klik pada butang semak keluar atau dalam bahasa Inggeris Checkout.

Langkah 4 Nanti korang akan terus di bawa ke halaman memilih kaedah pembayaran. Di sini ada lima cara atau kaedah pembayaran iaitu

  • Bayar melalui Maybank2u
  • Online Banking (FPX – Semua jenis bank boleh guna cara ni)
  • Kad debit atau kredit
  • Bayaran ansuran melalui kad kredit (Maybank sahaja)
  • Cash payment (boleh bayar di kaunter seperti pejabat pos atau 7-eleven.

Jadi di sini saya akan pilih cara pembayaran melalui Online banking atau FPX sebab semua bank online boleh guna kaedah ni.

Jadi, klik je pada Online Banking.

Kemudian sistem akan senarai bank mana yang kita nak guna.

Di sini ada banyak bank yang korang boleh pilih seperti Ambank, MyBSN, Affin Bank, Bank Islam dan banyak lagi.

Pilih je mana-mana.

Kemudian klik pada butang “Membuat Pesanan” atau Pay Now.

Langkah 5 Nanti sistem akan terus bawa kita ke halaman pembayaran online banking yang telah kita pilih sebentar tadi.

So, apa yang perlu korang buat just follow cara pembayaran sehinggalah selesai.

Itu saja.

Siap!

Cara Membeli Melalui App Shopee

Langkah 1 Jika korang belum download applikasi Shopee, boleh download dulu di Google Play Store bagi pengguna android dan download di App Store bagi pengguna produk apple atau iOS.

Langkah 2 Login akaun macam biasa ke applikasi Shopee.

Langkah 3 Kemudian search barang apa yang kita nak cari. Jangan risau. Kat Shopee ni macam-macam ada. Search je apa yang korang nak cari.

Paling best app Shopee ni korang boleh cari melalui gambar. Caranya tengok dekat bahagian search dan di tepi tu ada icon kamera.

cara membeli di shopee

Klik je pada icon kamera dan upload gambar barang yang kita nak cari tu.

Nanti sistem Shopee akan scan item yang padan dengan gambar tersebut.

Langkah 3 Ok sebagai contoh di sini korang nak beli produk “54 Ebook Boleh Dijual Semula”. Kemudian klik je pada butang “Beli Sekarang”

cara membeli di shopee,cara mendaftar di shopee,cara belanja di shopee

Langkah 4 Kemudian korang akan di bawa ke halaman untuk review apa yang telah kita order. Di sini korang kena semak samaada alamat yang dimasukkan betul atau tak kemudian pilih cara pembayaran.

Langkah 5 Jika semuanya ok, klik pada butang “Bayar Sekarang”

Itu saja.

Siap!

Tips Membeli Di Shopee Dengan Selamat

Di sini saya berikan beberapa tips untuk korang membeli barang di Shopee dengan selamat.

  1. Pastikan sebelum beli baca dulu feedback yang telah dibeli orang lain sebelum ni.
  2. Jika belum ada feedback sebab barang baru listing, korang cuba PM dulu seller tanya mengenai barang tersebut. Jika kena scam, korang buat je refund di Shopee.
  3. Pastikan segera buka bungkusan yang baru diterima sebab jika berlaku kerosakkan apa-apa pada barang tersebut korang boleh buat pemulangan balik secara percuma dan dapatkan semula barang baru atau refund. Jika lambat buka mungkin akan habis tempoh untuk buat pemulangan semula. Baca juga cara untuk buat pemulangan barang Shopee dan dapatkan refund.
  4. Lepas dah terima barang, bagi je feedback sebab setiap feedback yang korang bagi akan membantu orang lain dan juga akan dapat point untuk tebus beli barang di Shopee.

Ok itu saja yang saya nak kongsikan pada artikel kali ni.

Semoga yang tidak tahu lagi macam mana nak beli melalui shopee, sekarang ni korang dah tahulah cara-caranya.

Lepas ni tak perlu nak suruh orang lain lagi tolong beli barang kita dekat Shopee.

Penutup

Sekarang ni kita tak ragu-ragu lagi akan keselamatan di Shopee jika ingin membeli belah. Apa yang penting korang kena tahu konsep jual beli di Shopee macam mana.

Setiap pembayaran yang kita buat, kita bukan direct bank in pada akaun penjual tetapi kita akan bank in terlebih dahulu kepada akaun Shopee.

Bila barang dah selamat sampai di tangan, barulah pihak Shopee akan menyuruh kita bagi review samaada barang tersebut diterima dengan baik atau sebaliknya.

Jika ada pertikaian dan barang tersebut rosak, tak perlu bersusah payah nak fikir apa-apa. Terus je buat refund melalui sistem Shopee yang telah disediakan.

Manakala jika barang tersebut berada dalam keadaan yang baik, barulah pihak Shopee akan melepaskan wang tersebut kepada Seller.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top