Senarai Plugin WordPress Yang Harus Dipasang

Senarai Plugin WordPress Yang Harus Dipasang | Sesebuah website yang dihasilkan dengan menggunakan WordPress tidak akan menjadi “power” jika korang tidak pasang beberapa plugin ini. Kepada yang belum tahu, tujuan plugin adalah untuk menambah fungsi dalam sesuatu website kita supaya lebih menjadi multifunction.

Sebagai contoh, untuk menjadikan web kita boleh menjual, kita perlu memasang plugin WooCommerce. Dengan hanya memasang plugin WooCommerce ni, maka korang dah boleh mula menjual secara asas dalam web korang tu. So, inilah fungsi sesebuah plugin.

Dalam artikel pada kali ini, aku akan dedahkan kepada korang beberapa plugin yang korang harus pasang dalam WordPress.

Senarai Plugin WordPress Yang Harus Dipasang

Berikut adalah LIMA plugin yang mesti ada dalam WordPress korang. Kalau tak ada ni web korang susah nak hasilkan pendapatan.

#1. Yoast SEO

Yoast SEO plugin ni adalah plugin untuk korang tingkatkan SEO. SEO adalah singkatan daripada Search Engine Optimization di mana fungsinya adalah korang boleh set secara maximum web korang dengan kata kunci yang boleh menaikkan web korang ke halaman pertama di Google. Untuk setting secara detail aku akan hasilkan tutorial yang lain.

#2. WP Fastest Cache

WP Fastest Cache ni pula adalah bertujuan untuk menghasilkan statik file html supaya browser yang sama melayari blog korang tidak perlu untuk loading perkara yang sama lagi pada masa akan datang. Jadi ia dapat mengurangkan masa untuk loading dan membuatkan website korang lebih laju.

Dalam bahasa mudah, plugin ini dapat melajukan dan meningkatkan performance website korang.

#3. Lazy Load Plugin

Terdapat banyak jenis lazy load plugin yang korang boleh install. Tapi pada masa ini aku sarankan kepada korang untuk install Lazy Load by WP Rocket.

Fungsi plugin ini adalah untuk mengurangkan masa loading gambar dalam blog korang. Cara kerjanya adalah, ia akan loading gambar dalam blog korang satu per satu. So ini akan membuatkan pagespeed korang akan lebih laju.

Jika korang tidak install plugin ni, secara default sistem WordPress akan cuba loading kesemua gambar-gambar yang ada dalam blog korang secara serentak. So ini akan membuatkan blog korang lebih lambat untuk loading.

#4. Pretty Links

Pretty Links plugin adalah sebuah plugin agak penting bagi aku kerana ia dapat manage link dalam blog kita dengan mudah. Tambahan lagi jika korang buat blog untuk affiliate plugin ini adalah sangat berguna.

Sebagai contoh, jika korang nak tukar link yang sudah expired dengan link yang baru, korang hanya boleh buat sekaligus hanya dalam beberapa saat saja berbanding jika korang tidak install plugin ni, korang perlu buat secara manual satu per satu sehingga selesai.

#5. Plugin Borang Hubungi

Ini adalah plugin last yang korang mesti pasang dalam blog WordPress korang adalah plugin borang hubungi.

Ya, ini adalah penting kerana jika seseorang ingin menghubungi korang samaada untuk tujuan bisnes juta-juta atau sebagainya, mereka terus boleh contact korang melalui borang hubungi dan terus dihantar ke email.

Memang benar pada masa kita sudah ada applikasi Whatsapp tetapi korang kena terima kenyataan bahawa tak semua orang selesa untuk berurusan melalui whatsapp kerana untuk lebih privasi.

Jadi, plugin borang hubungi hendaklah dipasang ke dalam website kita. Untuk plugin ini aku cadangkan kepada korang untuk pilih samaada Contact Form 7 atau WPForm.

Walaupun begitu, ada sesetengah blog tidak perlu lagi pasang plugin borang hubungi kerana ia sudah didatangi bersama-sama dengan theme WordPress itu sendiri.

Kesimpulan.

So ini adalah LIMA plugin yang korang mesti ada dalam blog atau website korang. Kelima-lima fungsi plugin ini adalah untuk memaximumkan blog korang untuk menghasilkan pendapatan.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top