Cara Mengisi Gas Lighter Dengan Mudah

Macam mana cara mengisi gas lighter dalam bekas yang dah kehabisan gas? Jika korang ada lighter atau pemetik api yang sudah kehabisan gas, jangan buang dulu. Cuba lihat pada bekas tersebut samaada ada tempat isi gas ke tak.

Kalau ada tempat isi gas, itu bermakna korang boleh refill gas dan lighter yang kosong tadi boleh digunakan semula.

Kadang-kadang ada pelbagai bentuk pemetik api. Kalau bentuk yang susah dijumpai sayang kita nak buang macam tu je. Mesti ada tempat untuk isi gas semula. So, isi je gas dan kita boleh gunakan semula lighter tersebut.

Jadi, dalam tutorial ni saya nak tunjukkan secara ringkas macam mana nak isi semula gas lighter yang telah kehabisan gas.

Cara Mengisi Gas Lighter Dengan Mudah

Antara peralatan yang korang perlukan adalah bekas lighter yang kosong dan juga gas refill yang boleh dibeli di pasar raya dengan mudah.

Sebelum kita nak isi semula gas dalam lighter, pastikan bahawa bekas lighter tersebut ada tempat isi gas semula ataupun tidak.

Kebiasaannya lubang tempat isi gas tu ada di bawah atau tapak lighter.

Cuba perhatikan dan bentuknya seperti berikut.

cara mengisi gas lighter

Kalau korang tengok gambar di atas ni, macam nilah bentuk lubang pada lighter untuk kita membolehkan mengisi semula gas.

So sekarang kita dah pastikan bahawa lighter kita tu boleh direfill.

Kemudian kita kena beli gas refill.

Untuk beli gas refill ni mudah je. Cari kat pasar raya atau DIY, mesti ada punya.

Contoh gas refill yang perlu korang beli adalah seperti berikut.

cara mengisi gas lighter

Pastikan mucung pada gas refill tu bermucung tirus seperti gambar di atas.

Nanti mucung tulah kita akan sumbat dalam lubang yang ada pada lighter untuk masukkan gas.

Nak sumbat pun kena ada cara barulah gas tu masuk dalam lighter tersebut.

Amaran: Berhati-hati semasa mengendalikan gas kerana ianya mudah terbakar. Sila buat di ruangan terbuka seperti di beranda rumah dan bukannya dalam bilik yang tertutup. Pastikan pengaliran udara yang baik dan kawasan bebas dari api.

So sekarang ni kita dah pastikan lighter kita boleh diisi gas semula dan gas refill pun kita dah dapatkan.

Seterusnya saya nak tunjukkan cara mengisi gas refill dengan betul ke dalam lighter yang telah kehabisan gas.

Cara nak isi gas dalam lighter tu pula, korang kena ikut seperti gambar berikut.

cara mengisi gas lighter

First sekali pastikan kita sumbat mucung gas refill tu dalam lubang lighter tersebut dengan betul.

Kalau mucung gas refill tu tak padan dengan lubang yang ada pada lighter, korang boleh tukar mucung tersebut.

Jika korang perasan, mucung pada gas refill tu ada pelbagai saiz yang korang boleh tukar-tukar.

Kat mana mucung tu?

Ada kat tudung botol gas refill.

cara mengisi gas lighter

Kemudian terbalikkan sedikit lighter tu ke bawa sambil tekan gas refill dengan kuat supaya gas tu dapat diisi dengan sempurna.

Kenapa terbalikkan lighter tu ke bawah?

Sebab kita ikut graviti supaya cecair gas tu mudah turun ke dalam bekas lighter yang kosong tu.

Masa isi tu , korang akan tengok ada gas terkeluar sikit.

Jangan risau.

Itu normal.

Bukan bocor atau tidak normal.

Siap!

Itu saja cara macam mana nak isi gas dalam lighter

Kalau korang nak tengok dalam bentuk visual yang lebih jelas lagi, boleh la cuba tengok video di bawah ni.

Apakah perkara yang perlu disediakan untuk mengisi lighter yang kehabisan gas?

Anda hanya perlu sediakan gas refill yang boleh didapati di mana-mana kedai dan juga bekas lighter yang dah kehabisan gas.

Kenapa perlu terbalikkan masa mengisi gas lighter?

Untuk ikut hukum graviti supaya gas senang masuk ke dalam bekas lighter yang kosong.

Apakah langkah-langkah keselamatan semasa refill gas lighter?

Pertama sekali pastikan korang buat di kawasan yang terbuka di mana ada pengaliran udara yang baik dan juga pastikan ianya bebas dari sumber api yang berdekatan

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top