Cara Renew Roadtax Online Paling Mudah

Macam mana cara renew roadtax online paling mudah dan pantas? Roadtax adalah salah satu perkara yang penting jika kita memiliki kenderaan. Kalau tak ada roadtax ni kita tak boleh nak gunakan kenderaan kita sesuka hati di atas jalan raya sebab ia menjadi satu kesalahan jalan raya mengikut undang-undang.

Apa Itu Roadtax atau Cukai Jalan?

Sebelum mula tutorial renew roadtax secara online ni, jom kita sembang sikit pasal roadtax.

Roadtax ni dalam bahasa Malaysia adalah cukai jalan.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk membayar cukai jalan ni sebab kita juga nak selesa guna jalan raya pergi mana-mana.

Pada pandangan saya sendiri, saya setuju cukai jalan diwujudkan jika pihak berkuasa gunakan cukai jalan ni untuk menaiktaraf jalan dan membaiki jalan yang rosak untuk keselesaan rakyat Malaysia bergerak ke mana-mana.

Lagipun harga cukai jalan ni ikut kuasa enjin sesebuah kereta.

Ini bermakna orang yang kaya biasanya guna kuasa enjin yang lebih besar dan bayaran cukai jalan tahunan pun boleh tahan kira.

Sebagai contoh.

Cukai jalan setiap tahun bagi sebuah kereta Axia 1.0 cc adalah sebanyak RM20 sahaja. Takkan kita nak berkira kan bayar pada kerajaan RM20 setiap tahun.

Manakala sebuah kereta Alphard dengan kuasa 3456cc bayaran cukai adalah sebanyak RM4182.

Yang pakai kereta Alphard tentulah golongan kaya dan jika nak diikutkan nilai RM4182 setahun untuk orang kaya apa la sangat kan?

Ntah-ntah nilai RM4000 tu sama dengan RM4 untuk golongan miskin.

Jadi, secara kesimpulan roadtax ni ada banyak kebaikkan untuk rakyat Malaysia juga disamping inilah cara negara menjana pendapatan.

Saya bukan pengampu kerajaan tapi saya lihat dari nilai bayaran dan juga kebaikkan bayar cukai jalan ni ada banyak manfaatnya.

Sekarang mari kita lihat macam mana nak renew roadtax ni secara online.

Cara Renew Roadtax Online Paling Mudah

cara renew roadtax online

Untuk renew roadtax online saya akan tunjukkan melalui dua cara iaitu melalui laman web MYEG dan juga MySikap.

Sebelum tu, saya sarankan untuk korang baca juga cara renew insurans secara online dan juga cara renew lesen memandu online sebab masing-masing saling berkaitan.

Renew Roadtax Melalui MYEG

Langkah 1 Pergi ke laman web MYEG dan klik pada link login MYEG.

Langkah 2 Langkah kedua ni korang boleh skip jika dan buat pendaftaran. Jika belum buat pendaftaran lagi boleh la buat pendaftaran MYEG terlebih dahulu.

Cara nak daftar dia senang je. Korang perlu masukkan email, password, username, nama, jantina dan sebagainya.

Isi je seperti yang disuruh.

Lepas dah siap isi klik pada butang “Enter Details” untuk lengkapkan pendaftaran.

Nanti klik link yang dihantar melalui email untuk pengesahan pendaftaran.

Jadi untuk bahagian pendaftaran dah siap jika korang belum lagi buat pendaftaran di MYEG.

Langkah 3 Lepas dah siap daftar, isikan username dan password seperti yang telah kita daftar tadi untuk masuk ke dalam akaun MYEG kita.

Langkah 4 Kemudian di sini korang akan tengok banyak logo agensi lain seperti polis, JPN dan sebagainya.

Disebabkan kita nak renew roadtax secara online, klik pada logo Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ)

cara renew roadtax online

Langkah 5 Seterusnya di sini kita diberikan bermacam-macam jenis servis seperti perbaharui lesen memandu dan sebagainya. Untuk renew roadtax, klik pada Roadtax Renewal atau Perbaharui Cukai Jalan.

cara renew roadtax online

Langkah 6 Kemudian di sini korang pilih samaada nak renew roadtax kereta atau roadtax motosikal.

Dalam tutorial ni saya akan tunjukkan cara nak renew roadtax kereta saja dan jika korang nak renew roadtax motosikal pun langkah-langkahnya tetap sama.

cara renew roadtax online

Langkah 6 Kemudian di sini kita perlu isikan semua butiran kita, info kereta, berapa tahun nak renew dan juga alamat penghantaran.

Lepas dah siap isi semua, klik je pada butang proceed untuk teruskan pembayaran

Jika dah sampai pada bahagian pembayaran, korang follow je step sehingga selesai pembayaran tersebut.

Siap!

cara renew roadtax online

Renew Roadtax Melalui MySikap

[sedang dikemaskini]

Renew Roadtax di Pejabat POS (Tambahan)

Biasanya jika korang nak renew roadtax di JPJ ia mengambil masa yang terlalu lama sebab pejabat JPJ di setiap negeri tidak banyak yang ada.

Alternatif lain adalah korang boleh renew roadtax di Pejabat POS. Ianya lebih cepat sebab pejabat POS banyak cawangan tapi korang akan dikenakan sedikit caj oleh pihak POS.

Untuk renew roadtax di pejabat POS senang je.

Ikut tutorial di bawah ni.

Langkah 1 Pergi ke pejabat POS berdekatan

Langkah 2 Ambil nombor giliran. Biasanya tekan butang “B” untuk renew roadtax.

Langkah 3 Pastikan tunjuk insurans yang telah diperbaharui sebab selagi insurans tidak renew, korang tidak boleh nak renew roadtax.

Langkah 4 Sediakan wang ringgit untuk bayar roadtax. Biasanya CC 1.0 hanya RM20 sahaja setahun. Tapi disebabkan korang bayar di poslaju (third party) korang akan dikenakan sedikit komisyen.

Langkah 5 Tunggu je dalam tempoh 10 minit semuanya akan siap!

Soalan Lazim Cara Renew Roadtax Online

Adakah mereka akan hantar roadtax pada kita setelah renew online?

Ya, mereka akan menghantar roadtax kepada kita mengikut alamat yang telah kita berikan.

Boleh ke nak tolong renew roadtax untuk orang lain?

Jawapan secara ringkas adalah tidak boleh melainkan korang daftar akaun baru menggunakan info orang tersebut.

Sebagai contoh korang nak renew roadtax untuk kereta Ayah korang di kampung dengan menggunakan khidmat MYEG. Korang mesti daftar satu akaun MYEG menggunakan info Ayah korang tu barulah boleh renew seperti biasa.

Laman web apa yang terbaik untuk renew roadtax secara online?

Setakat ni laman web yang terbaik dan boleh dipercayai untuk renew roadtax secara online adalah laman web MYEG dan juga MySikap.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top