7 Cara Naikkan Jualan Di Shopee

Macam mana cara naikkan jualan di Shopee? Tak dinafikan sekarang ni Shopee jadi semakin padat dengan penjual dan barang yang dijual pun hampir-hampir sama. Bila benda ni berlaku, maka persaingan pun akan tercetus dan perang harga mula terjadi. Nak naikkan jualan pun agak susah.

Untung ke jika perang harga berlaku?

Maksud perang harga di sini adalah, seller saling berlumba-lumba untuk letakkan harga yang paling rendah sekali jauh lebih dari harga market sebenar.

Benda ni memang menguntungkan pada buyer dalam jangka masa singkat tapi jika benda ni berlaku secara berterusan kita sebagai pengguna atau buyer ni juga akan susah jika sesuatu produk tu tidak dapat di development lagi.

Tapi seller yang ramai tak bermakna korang tak ada harapan untuk jadi penjual yang berjaya di Shopee. Masih banyak caranya teknik dan strategi yang boleh kita gunakan untuk lariskan jualan kita di Shopee.

Kita kena tahu juga.

Katakan dalam Shopee ada 100 orang peniaga.

Tapi yang betul-betul serius dan aktif mungkin tak sampai 50% pun.

Percayalah apa yang saya beritahu ni.

Yang serius mungkin tauke-tauke kedai saja.

Selebihnya hanya listkan produk jualan mereka saja kemudian tinggal bersarang.

Jadi dalam artikel ni saya nak share pada korang tujuh cara macam mana nak naikkan jualan di Shopee.

7 Cara Naikkan Jualan Di Shopee

cara naikkan jualan di shopee

Cara yang saya nak kongsikan ni adalah cara asas. Maksudnya semuanya dah tersedia cuma korang je tak tahu cara-cara yang ringkas ni untuk naikkan jualan kita di Shopee.

#1. Gambar produk yang menarik

Perkara paling asas bila kita menjual, gambar hendaklah menarik dan tertarik di mata orang ramai untuk first impression mereka bila melihat produk kita di Shopee.

Maksud gambar yang menarik di sini adalah cahaya yang cukup, gambar pixel tinggi, angle yang cantik/pelbagai sudut dan background yang sesuai.

cara naikkan jualan di shopee,cara lariskan jualan di shopee,cara tingkatkan jualan di shopee

Contoh korang boleh tengok gambar di atas.

Tak 100% macam ni pun tak apa cuma pastikan gambar tersebut nampak menarik

Pernah dengar istilah dalam satu gambar memberi 1 juta maksud?

So, gambar produk jualan ni adalah point utama yang perlu kita titik beratkan untuk naikkan jualan kita di Shopee.

#2. Optimumkan Penggunaan Video

Pakar marketing jualan berkata dengan promosi melalui video ia jauh lebih banyak conversion jualan berbanding hanya gambar statik walaupun gambar tersebut menarik.

Video tak ada pun tak apa. Tapi, jika kita nak tingkatkan jualan kita di Shopee, bagi saya video adalah antara benda yang wajib korang upload.

Dalam listing produk yang kita masukkan tu, kita boleh letakkan video juga selain gambar.

cara naikkan jualan di shopee,cara lariskan jualan di shopee,cara tingkatkan jualan di shopee

Contohnya seperti gambar di atas.

Jika kita letak video dalam produk kita, video akan berada di depan sekali.

Untuk video, tak perlu buat efek-efek yang menarik sangat pun.

Just ambil video macam mana nak guna produk tersebut, cara pasang, cara pakai dan sebagainya. Itu je.

Dengan melihat produk yang lebih real melalui video ia lebih berkesan untuk tingkatkan jualan kita berbanding gambar yang statik.

Lihat juga >>> Panduan Lengkap Bisnes Shopee

#3. Penghantaran Percuma

Mungkin dalam kalangan korang belum tahu lagi tentang program ni di mana pihak Shopee bekerjasama dengan Poslaju untuk buat penghantaran percuma jika berat barang tersebut di bawah 5kg.

cara naikkan jualan di shopee,cara lariskan jualan di shopee,cara tingkatkan jualan di shopee

Jadi inilah peluang kita untuk menarik minat pembeli untuk beli barang dari kita dengan buat penghantaran secara percuma.

Siapa tak nak kos shipping free kan?

Program ni dinamakan sebagai Logistik Program. Untuk info lebih lanjut mengenai program ni boleh la lihat di halaman Shopee X Poslaju Supported Logistic Program.

#4. Shopee Kempen (MyCampaign)

Shopee sentiasa buat kempen jualan mega seperti 11.11, jualan sempena hari lahir Shopee 12.12 dan yang terbaru ni 9.9.

cara naikkan jualan di shopee,cara lariskan jualan di shopee,cara tingkatkan jualan di shopee

Ini semua adalah tarikh-tarikh yang menarik dipilih oleh Shopee untuk menampakkan ia satu keunikkan.

Kempen-kempen macam ni biasanya akan mendapat sambutan yang luar biasa dari pembeli walaupun harganya sedikit lebih murah berbanding sebelumnya. Yang bukan kaki shopping pun pasti akan mengambil juga kesempatan ni untuk berbelanja di Shopee.

Jadi, inilah peluang perlu kita ambil dengan menyertai kempen yang dibuat oleh Shopee ni untuk dapatkan pelanggan lebih daripada biasa.

#5. Berikan Diskaun

Siapa yang tak suka kan bila tengok harga barang normal dipotong dan diganti dengan harga diskaun.

Contohnya seperti di bawah.

cara naikkan jualan di shopee,cara lariskan jualan di shopee,cara tingkatkan jualan di shopee
Harga normal dipotong. Diganti dengan harga diskaun.

Untuk main harga dengan diskaun, kita perlu lebih bijak.

Jika sebelum ni harga korang jual sesuatu produk dengan harga RM45 tanpa kos shipping. Mungkin korang boleh ubah strategi pula bagi harga RM39 tapi dengan kos shipping pula.

Itu salah satu contoh nak main harga diskaun.

Yang lain-lain boleh fikir sendiri macam mana korang nak buat bila bagi diskaun tapi tak nak untung jatuh sangat.

#6. Boost/Bump Produk

Setiap barang baru yang kita list akan berada di kedudukan page yang pertama dalam carian mengikut kategori bagi barang tersebut di Shopee.

Bila lama-lama produk yang kita list akan makin ke belakang dan mungkin orang susah lagi dah nak jumpa produk korang tersebut.

Tapi jangan risau.

Di Shopee mereka ada sediakan dua fungsi untuk bantu produk kita tu sentiasa dinampak oleh pelawat yang datang ke Shopee. Fungsi tersebut adalah;

  1. Bump/Boost
  2. Shopee Ads

Tapi dalam point ni saya nak fokuskan pada Bump dulu. Shopee Ads saya akan ceritakan dalam point yang seterusnya.

Fungsi Bump ni adalah untuk produk yang dah lama kita list akan berada di page pertama di dalam Shopee ataupun dalam carian kategori bagi produk tersebut.

Di sini saya tunjukkan cara nak buat melalui App Shopee dulu.

Untuk buat Bump di app Shopee, pergi ke My Shop » My Productss » More » Bump

cara naikkan jualan di shopee,cara lariskan jualan di shopee,cara tingkatkan jualan di shopee

Untuk di web Shopee pula, pergi ke Seller center » My Products » Bump Now.

Nanti produk korang akan sentiasa dilihat oleh pelawat yang datang ke website Shopee.

Itu saja.

Korang kena tahu, fungsi Bump ni ada limitnya iaitu hanya 5 produk sahaja setiap 4 jam. Kalau banyak- banyak produk ada? Larat ke tak nak buat? Boleh ke konsisten nak bump 5 produk saja setiap 4 jam?

Letih bukan?

Cuma kelebihnnya hanya percuma.

Tapi ada satu lagi fungsi yang korang boleh buat produk kita sentiasa nampak oleh client iaitu dengan buat Iklan Shopee. Teruskan tips yang seterusnya.

#7. Iklan Shopee (Shopee Ads)

Iklan Shopee ataupun dikenali sebagai Shopee ads adalah tools yang paling berkesan untuk tingkatkan jualan kita di Shopee.

Sudah tentu bila dikatakan paling berkesan, kita perlu keluarkan modal sikit untuk buat iklan tersebut.

Dalam ni saya nak tunjukkan secara ringkas saja macam mana nak buat. Untuk lebih details saya akan tunjukkan pada artikel yang seterusnya.

Sebelum saya lanjutkan tutorial ni, di sini saya sarankan korang menggunakan laptop atau desktop sahaja untuk buat Shopee ads ni.

Macam mana nak buat Shopee ads ni?

Ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Pergi ke seller centre Shopee.
  2. Pada bahagian Marketing Centre klik pada Shopee Ads
  3. Klik Create New Ads
  4. Nanti korang diberikan pilihan samaada nak iklan jenis Search ataupun Discovery. Tapi di sini saya sarankan pilih Search Ads.
  5. Seterusnya masukkan bajet, tempoh masa, pilih produk yang nak diiklankan, masukkan keyword dan bila semuanya selesai, klik pada butang Publish (disebelah kanan bawah)

Penutup

Jadi, itulah cara-cara macam mana nak naikkan jualan di Shopee. Semua benda ni asas je. Tiada teknik-teknik atau jurus apa-apa pun. Cuma korang je yang mungkin tak perasan atau tak reti nak gunakan fungsi-fungsi yang telah disediakan.

Harap dengan artikel yang saya tulis ni akan membuka mata korang semua.

Disamping tu juga, saya sangat sarankan untuk korang dapatkan panduan lengkap macam mana cara nak berniaga di Shopee.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top