Berapa Bil Aircond Sebulan? Ini Cara Kira

Mungkin korang nak tahu kan berapa bil aircond sebulan yang telah kita gunakan. Zaman sekarang ni setiap rumah mesti kena pasang aircond sekurang-kurangnya mesti kena ada sebuah dalam rumah sebab bukan main panas sekarang ni. Tak macam dulu. Cuaca sejuk.

Aircond ni boleh dikatakan antara peralatan yang kuat “makan” elektrik.

Yela.

Korang boleh tengok sendiri sebuah aircond tenaga yang digunakan semuanya 1000W dan keatas.

Jadi dalam tutorial yang spesial ni, saya nak tunjukkan cara macam mana nak kira penggunaan aircond yang kita beli tu dalam masa sebulan.

Korang boleh tahu sendiri dalam masa sebulan berapa kos yang kita gunakan.

Samaada berbaloi ataupun tidak.

Dalam bil elektrik yang korang dapat setiap bulan takkan tahu berapa kos penggunaan aircond ni sebab dalam bil elektrik dia akan kira semuanya termasuk peti, cerek elektrik, cas telefon, komputer dan sebagainya dalam tempoh sebulan.

Cara Kira Bil Aircond Sebulan

bil aircond sebulan

Sebenarnya saya dah ada tunjukkan secara detail macam mana nak kira kos bagi setiap peralatan elektrik di rumah dalam tutorial yang lepas.

Kalau sesiapa nak ikut tutorial dalam tu pun boleh. Sama je apa yang saya akan tunjukkan sebentar lagi.

Cuma dalam tutorial ni saya akan fokuskan pada pengiraan bil aircond saja. So, korang just follow satu-satu cara nak kira nanti.

Jom kita mulakan.

Langkah 1 Tentukan Kilowatt Aircond

Untuk langkah yang pertama ni, kita mesti tentukan berapakah kilowatt aircond yang kita beli tu. Kilowatt ataupun Watt ni adalah berapa kuasa penggunaan bagi aircond tersebut setiap kali kita ON.

Untuk dapatkan berapa kilowatt bagi aircond tersebut, korang boleh tengok pada buku manual pada bahagian spesifikasi aircond tersebut ataupun cuba tengok pada body aircond kot-kot dia ada tampal spesifikasi aircond tu.

bil aircond sebulan

Contoh seperti di atas, aircond portable ni penggunaan tenaga adalah sebanyak 1255W.

Ya.

Biasanya mereka tak bagi dalam kilowatt. Mereka akan bagi dalam unit Watt. Untuk tukarkan kepada kilowatt kita kena bahagikan kepada 1000. Ia akan jadi 1.255 kW.

Jadi, kilowatt untuk aircond di atas adalah sebanyak 1.255kW.

Langkah 2 Jumlah Jam Penggunaan Sehari

Kemudian tentukan dalam masa sehari berapa jumlah jam kita gunakan untuk aircond tersebut. Katakan korang guna dalam masa sehari 5 jam je secara purata walaupun hakikatnya lebih dari tu.

Langkah 3 Jumlah Keseluruhan Penggunaan Dalam Masa Sehari

Ok untuk kita tahu jumlah penggunaan tenaga dalam masa sehari adalah;

1.255kW x 5 jam = 6.275 kWh/sehari

Tapi, untuk pengiraan kos elektrik kita tak boleh kira dalam masa sehari sebab julat ia berbeza-beza mengikut total penggunaan (kWh).

Kita kena kita dalam sebulan terus.

Jika sebulan;

6.275kWh x 30 hari = 188.25 kWh

Jadi, jumlah penggunaan tenaga elektirk aircond tadi dalam masa sebulan adalah sebanyak 188.25 kWh.

Nota: kWh bermaksud kilowatt per hour. Kita tambah jam (h) sebab kita dah darabkan dengan jumlah jam penggunaan sebentar tadi.

Langkah 4 Tentukan Julat Taarif Elektrik

Tadi kita dah kira jumlah penggunaan tenaga elektrik dalam masa sebulan bagi aircond tersebut adalah sebanyak 188.25 kWh.

Ok sekarang kita tengok jadual kadar taarif elektrik di bawah.

bil aircond sebulan

Dengan jumlah penggunaan kuasa dalam masa sebulan 188.25 kWh, ia berada pada julat – For the first 200 kWh (1-200kWh) per month.

Unit penggunaan adalah sebanyak sen/kWh dengan kadar 21.80.

21.80 tu adalah dalam unit sen. Kita kena tukarkan kepada RM akan menjadi RM 0.218.

Nota: Unit sen tukar kepada RM kena bahagi 100 sebab RM1 bersamaan dengan 100 sen.

Langkah 5 Jumlah Kos Kasar Dalam Sebulan

Jadi untuk kita tahu berapakah kos sebulan yang kita guna aircond tersebut, kita gunakan formula berikut.

Formula: (Jumlah kWh per sebulan x Taarif elektrik = caj elektrik sebulan)

Tadi kita dah dapat jumlah kWh dalam masa sebulan adalah 188.25 kWh dan taarif elektrik pula berada pada julat RM0.218.

188.25 kWh x RM0.218 = RM41.03.

Jadi di sini kita dah dapat jawapan bahawa penggunaan aircond tersebut selama lima jam sehari adalah berjumlah RM41.04.

Kalau nak lagi cepat, just guna kalkulator kos pengiraan bil TNB.

Kita hanya kira sampai 188.25 kWh saja dan masukkan dalam kalukulator ni.

Terus dapat jawapan.

bil aircond sebulan

Abaikan ICPT. Itu adalah bantuan dari kerajaan.

Tapi secara kasar kos adalah RM41.04/sebulan.

Tips Jimat Aircond

Di sini saya nak kongsikan sedikit tips cara jimat penggunaan jika korang benar-benar nak gunakan aircond.

  1. Beli aircond biasa yang boleh sangkut di dinding sebab ia lebih jimat penggunaan.
  2. Pastikan lihat berapakah KiloWatt atau Watt penggunaan aircond tersebut. Lagi besar Watt lagi tinggi kos elektrik.
  3. Pastikan bilik adalah bilik yang bertutup rapat. Tiada ruang udara boleh tembus masuk.
  4. Pilih berjenama yang bagus. Setiap jenama dia punya penggunaan efektif yang berlainan.
  5. Pilih aircond yang ada inverter berbanding Non-inverter. Fungsinya adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau Compressor.
  6. Laraskan suhu yang sesuai dengan bilik.
  7. Gunakan dry mode berbanding cool mode.

Ada lagi?

Ya ada lagi.

Nanti saya akan tulis topik baru cara-cara nak jimatkan penggunaan aircond ni.

Penutup

Dalam tutorial ni saya fokuskan cara macam mana nak kira penggunaan kos aircond yang kita gunakan dalam masa sebulan.

Jadi, bila korang dah tahu cara nak kira macam mana, lepas ni boleh la plan macam mana cara nak jimatkan lagi penggunaan aircond ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “Berapa Bil Aircond Sebulan? Ini Cara Kira”

Leave a Comment

Scroll to Top