Macam mana cara naikkan jualan di Shopee? Tak dinafikan sekarang ni Shopee jadi semakin padat dengan penjual dan barang yang dijual pun hampir-hampir sama. Bila benda ni berlaku, maka persaingan pun akan tercetus dan perang harga mula terjadi. Nak naikkan jualan pun agak susah.
Untung ke jika perang harga berlaku?
Maksud perang harga di sini adalah, seller saling berlumba-lumba untuk letakkan harga yang paling rendah sekali jauh lebih dari harga market sebenar.
Benda ni memang menguntungkan pada buyer dalam jangka masa singkat tapi jika benda ni berlaku secara berterusan kita sebagai pengguna atau buyer ni juga akan susah jika sesuatu produk tu tidak dapat di development lagi.
Tapi seller yang ramai tak bermakna korang tak ada harapan untuk jadi penjual yang berjaya di Shopee. Masih banyak caranya teknik dan strategi yang boleh kita gunakan untuk lariskan jualan kita di Shopee.
Kita kena tahu juga.
Katakan dalam Shopee ada 100 orang peniaga.
Tapi yang betul-betul serius dan aktif mungkin tak sampai 50% pun.
Percayalah apa yang saya beritahu ni.
Yang serius mungkin tauke-tauke kedai saja.
Selebihnya hanya listkan produk jualan mereka saja kemudian tinggal bersarang.
Jadi dalam artikel ni saya nak share pada korang tujuh cara macam mana nak naikkan jualan di Shopee.
7 Cara Naikkan Jualan Di Shopee
Cara yang saya nak kongsikan ni adalah cara asas. Maksudnya semuanya dah tersedia cuma korang je tak tahu cara-cara yang ringkas ni untuk naikkan jualan kita di Shopee.
#1. Gambar produk yang menarik
Perkara paling asas bila kita menjual, gambar hendaklah menarik dan tertarik di mata orang ramai untuk first impression mereka bila melihat produk kita di Shopee.
Maksud gambar yang menarik di sini adalah cahaya yang cukup, gambar pixel tinggi, angle yang cantik/pelbagai sudut dan background yang sesuai.
Contoh korang boleh tengok gambar di atas.
Tak 100% macam ni pun tak apa cuma pastikan gambar tersebut nampak menarik
Pernah dengar istilah dalam satu gambar memberi 1 juta maksud?
So, gambar produk jualan ni adalah point utama yang perlu kita titik beratkan untuk naikkan jualan kita di Shopee.
#2. Optimumkan Penggunaan Video
Pakar marketing jualan berkata dengan promosi melalui video ia jauh lebih banyak conversion jualan berbanding hanya gambar statik walaupun gambar tersebut menarik.
Video tak ada pun tak apa. Tapi, jika kita nak tingkatkan jualan kita di Shopee, bagi saya video adalah antara benda yang wajib korang upload.
Dalam listing produk yang kita masukkan tu, kita boleh letakkan video juga selain gambar.
Contohnya seperti gambar di atas.
Jika kita letak video dalam produk kita, video akan berada di depan sekali.
Untuk video, tak perlu buat efek-efek yang menarik sangat pun.
Just ambil video macam mana nak guna produk tersebut, cara pasang, cara pakai dan sebagainya. Itu je.
Dengan melihat produk yang lebih real melalui video ia lebih berkesan untuk tingkatkan jualan kita berbanding gambar yang statik.
Mungkin dalam kalangan korang belum tahu lagi tentang program ni di mana pihak Shopee bekerjasama dengan Poslaju untuk buat penghantaran percuma jika berat barang tersebut di bawah 5kg.
Jadi inilah peluang kita untuk menarik minat pembeli untuk beli barang dari kita dengan buat penghantaran secara percuma.
Shopee sentiasa buat kempen jualan mega seperti 11.11, jualan sempena hari lahir Shopee 12.12 dan yang terbaru ni 9.9.
Ini semua adalah tarikh-tarikh yang menarik dipilih oleh Shopee untuk menampakkan ia satu keunikkan.
Kempen-kempen macam ni biasanya akan mendapat sambutan yang luar biasa dari pembeli walaupun harganya sedikit lebih murah berbanding sebelumnya. Yang bukan kaki shopping pun pasti akan mengambil juga kesempatan ni untuk berbelanja di Shopee.
Jadi, inilah peluang perlu kita ambil dengan menyertai kempen yang dibuat oleh Shopee ni untuk dapatkan pelanggan lebih daripada biasa.
#5. Berikan Diskaun
Siapa yang tak suka kan bila tengok harga barang normal dipotong dan diganti dengan harga diskaun.
Contohnya seperti di bawah.
Harga normal dipotong. Diganti dengan harga diskaun.
Untuk main harga dengan diskaun, kita perlu lebih bijak.
Jika sebelum ni harga korang jual sesuatu produk dengan harga RM45 tanpa kos shipping. Mungkin korang boleh ubah strategi pula bagi harga RM39 tapi dengan kos shipping pula.
Itu salah satu contoh nak main harga diskaun.
Yang lain-lain boleh fikir sendiri macam mana korang nak buat bila bagi diskaun tapi tak nak untung jatuh sangat.
#6. Boost/Bump Produk
Setiap barang baru yang kita list akan berada di kedudukan page yang pertama dalam carian mengikut kategori bagi barang tersebut di Shopee.
Bila lama-lama produk yang kita list akan makin ke belakang dan mungkin orang susah lagi dah nak jumpa produk korang tersebut.
Tapi jangan risau.
Di Shopee mereka ada sediakan dua fungsi untuk bantu produk kita tu sentiasa dinampak oleh pelawat yang datang ke Shopee. Fungsi tersebut adalah;
Bump/Boost
Shopee Ads
Tapi dalam point ni saya nak fokuskan pada Bump dulu. Shopee Ads saya akan ceritakan dalam point yang seterusnya.
Fungsi Bump ni adalah untuk produk yang dah lama kita list akan berada di page pertama di dalam Shopee ataupun dalam carian kategori bagi produk tersebut.
Di sini saya tunjukkan cara nak buat melalui App Shopee dulu.
Untuk buat Bump di app Shopee, pergi ke My Shop » My Productss » More » Bump
Untuk di web Shopee pula, pergi ke Seller center » My Products » Bump Now.
Nanti produk korang akan sentiasa dilihat oleh pelawat yang datang ke website Shopee.
Itu saja.
Korang kena tahu, fungsi Bump ni ada limitnya iaitu hanya 5 produk sahaja setiap 4 jam. Kalau banyak- banyak produk ada? Larat ke tak nak buat? Boleh ke konsisten nak bump 5 produk saja setiap 4 jam?
Letih bukan?
Cuma kelebihnnya hanya percuma.
Tapi ada satu lagi fungsi yang korang boleh buat produk kita sentiasa nampak oleh client iaitu dengan buat Iklan Shopee. Teruskan tips yang seterusnya.
#7. Iklan Shopee (Shopee Ads)
Iklan Shopee ataupun dikenali sebagai Shopee ads adalah tools yang paling berkesan untuk tingkatkan jualan kita di Shopee.
Sudah tentu bila dikatakan paling berkesan, kita perlu keluarkan modal sikit untuk buat iklan tersebut.
Dalam ni saya nak tunjukkan secara ringkas saja macam mana nak buat. Untuk lebih details saya akan tunjukkan pada artikel yang seterusnya.
Sebelum saya lanjutkan tutorial ni, di sini saya sarankan korang menggunakan laptop atau desktop sahaja untuk buat Shopee ads ni.
Macam mana nak buat Shopee ads ni?
Ikuti langkah-langkah berikut.
Pergi ke seller centre Shopee.
Pada bahagian Marketing Centre klik pada Shopee Ads
Klik Create New Ads
Nanti korang diberikan pilihan samaada nak iklan jenis Search ataupun Discovery. Tapi di sini saya sarankan pilih Search Ads.
Seterusnya masukkan bajet, tempoh masa, pilih produk yang nak diiklankan, masukkan keyword dan bila semuanya selesai, klik pada butang Publish (disebelah kanan bawah)
Penutup
Jadi, itulah cara-cara macam mana nak naikkan jualan di Shopee. Semua benda ni asas je. Tiada teknik-teknik atau jurus apa-apa pun. Cuma korang je yang mungkin tak perasan atau tak reti nak gunakan fungsi-fungsi yang telah disediakan.
Harap dengan artikel yang saya tulis ni akan membuka mata korang semua.
Macam mana cara berniaga di Shopee untuk yang baru belajar nak mula menjual online? Secara peribadi Shopee adalah pilihan peribadi saya untuk aktiviti menjual secara online sebab bagi saya interface web Shopee untuk seller agak friendly dan tidak serumit Lazada untuk listing produk.
Selain tu juga, data menunjukkan Shopee berada ranking ketiga website paling popular di Malaysia dan Lazada berada di ranking ke lapan.
Disebabkan jumlah pengunjung di Shopee berjuta-juta sebulan, jadi ini satu peluang amat besar untuk orang membeli produk korang di Shopee.
Apa Itu Shopee?
Mungkin ramai yang tidak kenal secara menyeluruh lagi apa itu Shopee. Ramai yang fikir Shopee ni tempat membeli je dan penjual pula dalam kalangan orang yang ada modal besar atau memang dah jadi tauke sebelum ni.
Shopee ni adalah sebuah platform jual beli online terbesar dan paling popular di Malaysia setakat ni.
Jika dulu Lazada berada pada ranking pertama di hati rakyat Malaysia. Tapi kalau tak silap saya pada tahun 2018 Shopee dan mula pintas Lazada untuk berada di tempat pertama.
Apa yang saya ingat dulu kos shipping di Shopee ni kebanyakkan adalah percuma.
Mungkin itu kot yang menyebabkan Shopee ni menjadi sangat popular sehingga ke hari ini.
Ok.
Mungkin korang fikir Shopee ni tempat membeli je kan?
Salah tu.
Selain korang boleh membeli, Shopee juga kita boleh menjual barang kita.
Kalau kita tak ada barang sendiri pun tak ada masalah.
Kita boleh menjual secara untung atas angin iaitu dengan menjadi Dropship.
Korang hanya list barang di Shopee dan jika ada jualan berlaku, kita hanya contact supplier kita untuk hantar barang tersebut kepada pelanggan yang telah membuat bayaran.
Apa Kelebihan Shopee?
Sebelum kita berniaga di Shopee, kita kena tahu dulu apa kelebihan Shopee ni sehingga berjuta-juta rakyat Malaysia masuk sini untuk membeli secara online.
Ini senarai kelebihan Shopee bagi pembeli dan juga penjual.
Paling orang suka di Shopee adalah sistem keselamatan dan menjaga buyer dari scammer. Jika barang tersebut pecah atau rosak, customer boleh buat return barang dan dapatkan semula duit dari Shopee. Jadi tahap kepercayaan untuk orang berbelanja di Shopee sangat tinggi. Jika barang tak sampai langsung boleh je batalkan tanpa sakit kepala. Baca juga cara membeli di Shopee dengan selamat.
Saya tak tahu kenapa kebanyakkan harga di Shopee ni murah berbanding di Lazada. Mungkin terlalu banyak pesaing kot.
Peniaga boleh list barang secara percuma dan hanya dikenakan sedikit caj jika ada jualan. Jika dulu Shopee tidak kenakan langsung caj. Sebab tu banyak peniaga suka berniaga di Shopee.
Applikasi Shopee pada smartfon android dan iOS juga semakin bertambah baik menyebabkan makin ramai pelanggan. Jadi ini peluang besar untuk kita dapat ramai lagi pelanggan.
Untuk daftar akaun seller tidak perlukan SSM. Tapi lebih baik ada SSM jika ingin menjual.
Sangat senang untuk seller uruskan jualan. Sebab nanti stiker label untuk penghantaran Shopee dah create siap-siap. Tunggu kita lekat atas parcel je.
Untuk jadi kos penghantaran lebih murah, sebagai seller boleh mendaftar logistik dengan pihak Shopee sebab Shopee ada buat kerjasama dengan pihak Poslaju dan juga gDex. So nanti kita boleh diskaun untuk kos penghantaran.
Ada beberapa lagi kelebihan. Cukup ni je dulu.
Ok baik mungkin korang dah tak sabar nak mula menjual di Shopee kan?
Jadi artikel ni saya akan tunjukkan tutorial macam mana cara nak berniaga di Shopee dan kaut keuntungan besar!
Cara Berniaga Di Shopee Untuk Baru Belajar
Sebelum tu saya sarankan untuk korang guna laptop untuk ikuti tutorial ni sebab melalui laptop banyak benda kita boleh buat berbanding guna applikasi Shopee di Smartphone.
#1. Cara Listing Barang
Langkah 1 Langkah yang pertama apa yang perlu korang buat adalah daftar akaun Shopee sebab akaun untuk membeli dan menjual adalah sama saja.
So, kalau korang dah memang daftar akaun Shopee sebelum ni sebagai pembeli, bermakna korang sudah pun daftar juga sebagai Seller.
Cuma untuk daftar akaun seller ada beberapa perkara sikit yang perlu di setting.
Teruskan langkah yang seterusnya untuk pendaftaran lengkap sebagai seller di Shopee.
Langkah 2 Jika dah daftar, login ke akaun Shopee dan klik pada Seller center. Jumpa tak link seller center kat mana?
Link seller center ni terletak pada bahagian atas hujung kiri dalam website Shopee lepas kita dah login ke dalam akaun Shopee.
Klik je.
Langkah 3 First time masuk ke Seller center, korang akan lihat terma dan syarat Shopee sebagai penjual. Jangan risau. Yang ni tiada apa pun just untuk pengetahuan korang saja.
Saya sarankan untuk korang baca lagipun tak panjang dia punya terma dan syarat supaya korang tahu apa yang boleh dibuat dan tak boleh dibuat sebagai seorang seller.
Lepas dah siap baca, tandakan tick pada I have read dan klik pada butang Accept.
Langkah 4 Kemudian akan keluar satu popup untuk masukkan info peribadi korang seperti nama, nombor telefon, alamat dan sebagainya.
Ise je kesemua benda ni.
Lepas dah siap isi semua info peribadi, klik saja pada butang Confirm.
Langkah 5 Kemudian, korang akan dibawa ke dashboard Seller center. Di sinilah tempat korang nak manage semua jualan termasuk dengan statistik, event dari Shopee dan sebagainya.
Yang ni nanti saya akan ceritakan yang asas saja yang mana perlu korang buat sebelum menjual.
Ok pada sebelah kiri menu, cari pada bahagian product dan klik pada Add New Product.
Langkah 6 Seterusnya masukkan nama produk dan pilih kategori yang sesuai dengan produk yang korang nak jual tu.
Langkah 7 Ok pada langkah ketujuh ni di sinilah korang perlu masukkan semua info produk yang diperlukan. Antaranya adalah.
Masukkan gambar produk
Masukkan video mengenai produk (jika ada)
Penerangan tentang produk.
Jenama produk
Harga tidak termasuk dengan shipping
Stok yang tinggal sekarang ada berapa
Maklumat dan harga shipping
Dan beberapa lagi info lain...
Masukkan semua info produk yang diperlukan dan klik pada butang Save and Publish untuk dilihat oleh semua pengguna Shopee.
So, itu saja langkah-langkah secara asas macam mana nak list barang di Shopee.
Just tunggu saja sehingga ada pembeli.
#2. Cantikkan Kedai Online Shopee
Sekarang ni saya nak tunjukkan pula macam mana nak hias kedai online kita di Shopee bagi nampak cantik dan menarik sikit.
Ok untuk hias kedai online kita di Shopee supaya nampak lebih menarik, kita pergi ke menu Shop » Shop Decoration.
So di sini nanti korang boleh upload gambar profile, gambar background kedai, susun produk ikut kategori, buat hot deal, produk yang sedang dipromosi dan sebagainya.
Bila orang masuk ke kedai Shopee online korang tu, mereka dengan jelas dapat lihat apa yang korang sedang jual dan sebagainya.
#3. Masukkan Info Bank
Seterusnya saya akan tunjukkan cara nak masukkan info bank.
Info bank ni bukan untuk customer bank in pada kita tapi pihak Shopee yang akan masukkan duit bila barang yang kita jual tu sudah complete dan capai tempoh matang.
Untuk masukkan info bank kita, pergi ke menu Finance » Bank Account.
Nanti masukkan info bank korang seperti penama bank, nama bank dan juga nombor akaun.
Yang ni mesti buat kalau nak dapat duit dari Shopee.
#4. Cara Terima dan Urus Order
Macam mana nak urus jika ada pembeli buat belian, pembatalan dan juga penghantaran?
Untuk buat semua benda ni, pergi ke menu Order » My orders.
So di sini korang boleh klik pada mana-mana pesanan untuk lihat status, penghantaran dan sebagainya.
Di sini juga kita boleh urus jika ada buyer buat return and refund. Kita boleh chat dengan buyer untuk selesaikan masalah jika barang yang kita hantar tu ada problem.
#5. Lengkapkan Shop Profile
Sebelum mula menjual, saya sangat sarankan kepada korang untuk lengkapkan Shop profil korang supaya kedai online kita kat Shopee tu nampak ada krediabiliti dan lebih trusted.
Untuk lengkapkan Shop profil pergi ke menu Shop » Shop profile.
Antara info yang perlu kita masukkan di sini adalah;
Masukkan logo kedai melambangkan identiti dan kedai kita.
Masukkan cover photo yang menarik supaya kedai korang pun nampak menarik.
Boleh masukkan video atau gambar yang berkaitan dengan niche perniagaan kita.
Masukkan deskripsi ataupun info kedai kita. Kalau ada nombor SSM lagi elok. Masukkan je kat situ.
So, itu saja info yang perlu korang masukkan.
Kemudian klik je butang save.
#6. Tetapan & Info Penghantaran
Seterusnya, kita pergi pula ke bahagian tetapan dan info penghantaran ni.
Untuk info penghantaran ni supaya kita dapat setkan courier apa yang kita nak guna, berapa hari kita akan hantar produk lepas buyer buat pembayaran.
Jadi, untuk buat tetapan ni, pergi ke menu Shipment » Shipping setting.
#7. Pengurusan Customer Servis (Auto reply)
Akhir sekali yang saya nak tunjukkan di sini adalah macam mana kita nak urus pelanggan kita atau senang kata support sebelum dan selepas pembelian.
Customer support ni bagi saya agak penting sebab dengan customer support yang mantap akan meningkatkan lagi kepercayaan buyer terhadap kita.
Contohnya macam mana?
Senang je.
Kalau orang tanya soalan, kita dapat reply dalam masa yang singkat, jika produk ada problem kita selesaikan dengan cara elok samaada suruh dia return barang tu dan dapatkan barang yang baru.
Tapi kali ni saya nak tunjukkan cara macam mana korang dapat reply dalam masa yang singkat walaupun korang tak online pada masa tu.
Ini cara dia.
Pergi ke menu Customer service » chat assistance.
Kemudian di sini korang boleh set auto reply
Caranya klik pada Default Auto-reply dan nanti korang boleh tulis apa saja text untuk auto reply nanti.
Sebagai contoh, korang boleh masukkan ayat seperti berikut.
Hi [nama kedai] here! Thanks for messaging us. Our working hour is from 10AM to 6PM (Monday to Friday), our team will revert to you as soon as possible. Thank you!
Istilah Yang Digunakan Dalam Shopee
Berikut adalah istilah yang kebiasaan digunakan dalam Shopee.
Korang kena tahu istilah ni jika nak jadi peniaga yang berjaya di Shopee.
#1. Shopee Supported Logistic (SSL)
Shopee Supported Logistic (SSL) merupakan satu sistem tempahan Shopee yang diintegrated dengan system tracking dari pihak kurier yang tersenarai di bawah Shopee.
Kelebihannya adalah, penjual tidak perlu membayar apa-apa kos semasa membuat penghantaran barang di pihak kurier yang terpilih. Senang kata Shopee ni sebenarnya sudah berpartner dengan pihak kurier tersebut.
#2. Dropship
Dropship bermaksud korang menjual tanpa memegang barang dan bila ada jualan berlaku di Shopee apa yang perlu korang buat adalah dengan contact supplier tersebut untuk hantar pada client.
AWB bermaksud Airway Bill. Airway Bill ni adalah sejenis bil auto generate untuk kita print dan tampal pada bungkusan untuk dihantar pada client.
#4. Seller & Buyer
Jika korang menjual dalam Shopee di panggil sebagai seller manakala jika korang membeli dipanggil sebagai buyer.
#5. Savevalu2u
Dalam Shopee, jika korang nak topup kredit dalam akaun Seller di Shopee, kita akan menggunakan Savevalu2u.
So jangan rasa pelik apa benda Savevalu2u lepas ni
Ada lagi istilah di Shopee yang korang tak faham?
Boleh tinggalkan komen di bawah nanti saya masukkan list di sini/
Panduan Ebook Lengkap Berniaga di Shopee Lima Angka Sebulan
Ok sebelum saya akhiri tutorial ni, di sini saya rekemenkan kepada korang untuk dapatkan panduan bisnes shopee yang memang terbukti telah membantu beratus orang yang telah mendapatkan panduan ni.
Antara kandungan penting yang korang akan pelajari dalam ebook ini adalah.
Macam mana nak daftar kedai di Shopee dengan sempurna dan juga macam mana nak setting kedai kita sehingga boleh menjual. Nanti korang akan ditunjukkan samaada melalui apps atau website Shopee di browser.
Belajar cara nak masukkan produk dalam kedai Shopee dengan kaedah paling mudah. Selain tu juga korang akan diberikan tips macam mana nak pilih gambar produk serta nak tulis description terbaik supaya dapat menarik minat pelanggan membeli produk kita.
Dalam tutorial ni saya tunjuk macam mana nak urus order secara basic. Tapi dalam ebook panduan ni korang akan belajar dengan lebih mendalam lagi cara nak urus order. Macam contoh jika stok dah habis dan barang dihantar rosak macam mana nak buat. Semuanya ada diceritakan dalam panduan ebook ni.
Cara nak promosi barang kita dalam Shopee ke tahap maksimum supaya orang nampak akan produk kita.
Macam mana nak bat jika tiada produk nak dijual? Dalam panduan ni korang akan didedahkan dengan 5 supplier yang boleh dapatkan barang jualan di Shopee.
Jangan risau jika tiada modal dan tak mampu nak simpan stok. Dalam ebook ni akan diajar kaedah macam mana nak buat. Kaedah ni kita panggil sebagai Dropship.
Korang akan didedahkan pembekal dropship yang dijamin dan dipercayai. Penulis ebook ni sudah ada pengalaman dengan kesemua pembekal ni.
Macam mana nak dapatkan 1000 follower seminggu dalam Shopee akan diceritakan dalam ebook panduan lengkap ni.