Cara Pasang Roadtax Kereta Dengan Betul

Macam mana cara pasang roadtax kereta dengan betul? Apa yang saya perhatikan ramai yang salah dalam membuka dan juga memasang sticker roadtax kereta dengan betul. Sebab tu kalau korang tengok tak sampai setahun dah ada roadtax yang dah berkedut disebabkan panas dan sebagainya.

Tapi kalau korang pandai buka dan pasang dengan betul, dua tahun pun boleh lagi bertahan walaupun kereta dijemur setiap hari bawah matahari panas terik.

cara pasang roadtax kereta

Ada juga saya tengok yang jenis tampal direct pada cermin kereta tanpa mereka fikir kesan gam stiker pada cermin kereta. Jenis yang main tampal macam tu je boleh buatkan cermin kereta korang tinggalkan kesan gam yang susah nak dibuang walaupun boleh dibuang dengan menggunakan pelarut.

Tengok. Dah jadi satu kerja lain pula nak buang kesan gam pada cermin.

Satu lagi masalah jika korang main tampal macam tu je, lama kelamaan roadtax korang akan berkedut jika kereta selalu dijemur bawah matahari yang panas. Nanti benda ni boleh mencacatkan pemandangan kereta korang tu.

Jadi dalam tutorial ni saya nak tunjukkan pada korang macam mana nak pasang roadtax kereta dengan betul supaya roadtax korang bertahan sampai la korang renew yang seterusnya.

Kenapa Perlu Bayar Roadtax?

Mungkin ada yang pernah tertanya-tanya kenapa kita perlu bayar roadtax kereta setiap tahun?

Untuk pengetahuan korang, roadtax atau cukai jalan adalah hasil untuk negara atau kerajaan di mana dengan duit tersebutkerajaan akan gunakan samaada untuk membangunkan negara, menyediakan infrastruktur jalan yang selesa kepada rakyat dan sebagainya.

Cara Harga Roadtax Dikira

Untuk info lebih detail mengenai cara kira harga roadtax ni korang boleh rujuk di web bjak.my mengenai kenapa harga roadtax berbeza mengikut kenderaan.

Di sini saya nak sampaikan info secara ringkas saja

Penentuan harga roadtax ni ia bergantung kepada beberapa faktor.

Antaranya ialah:

  1. Lokasi (semenanjung, Sabah Sarawak, Langkawi, Labuan dan Pangkor)
  2. Jenis kenderaan (Saloon vs Non-Saloon)
  3. Pemilikkan (Individu atau Syarikat)
  4. Kapasiti enjin

Kempat-empat faktor inilah yang membezakan setiap harga roadtax.

Yang jenis kereta pelik-pelik tu saya tak nak sentuh. Saya nak kongsi roadtax kereta yang biasa digunapakai oleh rakyat Malaysia.

Berikut adalah harga roadtax bagi semenanjung.

CCRoad TaxCaj Tambahan Untuk Setiap CCJumlah
1000 ke bawahRM20-RM20
1000-1200RM85-RM85
1201-1400RM100-RM100
1401-1600RM120-RM120
1601-1800RM300RM0.30RM300.30-RM360
1801-2000RM360RM0.40RM360.40-RM440
2001-2500RM440RM0.80RM440.80-RM840
2501-3000RM840RM1.60RM841.60-RM1640

Berikut adalah harga roadtax bagi Sabah/Sarawak.

CCRoad TaxCaj Tambahan Untuk Setiap CCJumlah
1000 ke bawahRM20-RM20
1000-1200RM42.50-RM42.50
1201-1400RM50-RM50
1401-1600RM60-RM60
1601-1800RM165RM0.17RM165.67-RM199
1801-2000RM199RM0.22RM199.22-RM243
2001-2500RM243RM0.44RM243.44-RM463
2501-3000RM463RM0.88RM463.88-RM903
3001 ke atasRM903RM1.20RM904.20 ke atas

Persediaan

Sebelum kita mulakan tutorial ni, antara yang perlu korang sediakan adalah;

  1. Sudah renew insurans dan juga roadtax kereta.
  2. Pastikan ada cover pelekat roadtax.

Jika korang belum lagi renew insurans dan juga roadtax kereta, boleh la rujuk video di bawah ni atau kalau suka membaca boleh rujuk artikel cara renew insurans kereta.

Cara Pasang Roadtax Kereta

Roadtax kereta ni hanya diperbuat daripada plastik yang bergam. Jika korang tidak lekatkan dengan baik, tampal hari ni, esok dah berkeriput korang punya stiker roadtax tu.

Jadi untuk elakkan masalah ini, jom ikut tutorial ini.

Langkah 1 Pastikan korang sudah bersedia dengan roadtax dengan juga cover pelekat roadtax untuk cermin kereta.

cara pasang roadtax kereta,cara pasang sticker roadtax,cara pasang roadtax holder
Roadtax
cara pasang roadtax kereta,cara pasang sticker roadtax,cara pasang roadtax holder
Cover Roadtax

Langkah 2 Ambil cover pelekat roadtax tadi dan korang perlu ceraikan kepada dua bahagian. Jika korang perasan di cover pelekat roadtax tersebut ia ada dua bahagian iaitu satu bahagian yang ada tulisan dan satu bahagian lagi kosong untuk tutup depan belakang roadtax kita tadi.

cara pasang roadtax kereta,cara pasang sticker roadtax,cara pasang roadtax holder

Langkah 3 Ambil bahagian yang plain atau kosong dan ceraikan plastik dari kertasnya. Jika nak hasil yang terbaik pastikan korang ambil kira mana bahagian dalam dan mana bahagian luar.

cara pasang roadtax kereta,cara pasang sticker roadtax,cara pasang roadtax holder

Bahagian luar tu adalah bahagian yang menghala keluar dan bahagian dalam tu yang melekat pada kertas.

Langkah 4 Kemudian ambil pula roadtax dan buka mengikut arah yang telah ditunjukkan. Korang kena buka dengan berhati-hati kerana stiker roadtax ni mudah terkoyak.

cara pasang roadtax kereta,cara pasang sticker roadtax,cara pasang roadtax holder

Jika korang perasan pada roadtax tu ada tulis “Sila tanggalkan dari pejuru ini”. Mula buka dari arah tersebut.

Langkah 5 Lepas dah berjaya keluarkan roadtax, ambil plastik yang kita buat pada langkah tiga tadi dan lekatkan roadtax kat situ. Pastikan lekat pada bahagian dalam cover plastik tersebut jika nak dapat hasil yang optimum.

cara pasang roadtax kereta,cara pasang sticker roadtax,cara pasang roadtax holder

Dan inilah hasilnya…

cara pasang roadtax kereta,cara pasang sticker roadtax,cara pasang roadtax holder

Langkah 6 Kemudian, buka lapisan cover roadtax pada bahagian yang satu lagi untuk dijadikan sebagai cover belakang.

cara pasang roadtax kereta,cara pasang sticker roadtax,cara pasang roadtax holder

Langkah 7 Kemudian gabung dengan cover yang kita lekatkan dengan stiker roadtax dengan cover yang baru kita buka sekejap lagi.

cara pasang roadtax kereta,cara pasang sticker roadtax,cara pasang roadtax holder

Kemudian, inilah hasil final sebelum kita lekatkan pada cermin kereta.

Saya tak tahu samaada korang faham apa yang saya terangkan dalam bentuk video di atas ni. Jika korang nakkan penjelasan lebih lanjut dan tutorial yang jelas, boleh rujuk video di bawah ni.

Penutup

Jadi itulah cara macam mana nak tampal sticker roadtax pada kereta supaya lepas ni tak ada lagi dah berkedut ataupun renyuk. Boleh cacat pemandangan kereta korang yang mahal tu.

Soalan Lazim

Di mana nak beli Cover Roadtax Kereta?

Untuk beli cover roadtax boleh beli di kedai aksesori kereta atau saya lebih sarankan beli di Shopee (Klik sini untuk beli)

Macam mana nak cuci gam roadtax yang lekat pada cermin?

Sebenarnya ada banyak jenis pelarut yang jual di kedai aksesori kereta. Korang juga boleh beli pelarut di kedai DIY.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top