Cara Tukar Pin ShopeePay

Macam mana cara tukar pin ShopeePay? Kadang-kadang kita jarang nak guna ShopeePay kita ni. Biasanya jika ada baki dalam tu baru kita guna. Masa nak guna tu pula, kita perlukan PIN untuk pengesahan pembayaran tapi yang jadi masalahnya kita dah lupa PIN tersebut disebabkan jarang guna.

Jadi, macam mana nak atasi benda ni jika korang dah lupa PIN untuk ShopeePay?

Dalam tutorial kali ni, saya akan tunjukkan pada korang cara tukar PIN ShopeePay.

Jangan stress lagi dah jika korang lupa nombor PIN tersebut.

Ikut je dalam tutorial ni.

Jom kita mulakan.

Apa Itu ShopeePay?

ShopeePay ni adalah salah satu ciri-ciri menarik yang ada pada Shopee. Senang kata ShopeePay ni macam ewallet. Letak je duit sini banyak-banyak lepas tu jika nak beli apa-apa kat Shopee tak perlu nak login online banking atau pergi ATM setiap kali nak membeli di Shopee. Hanya sekali klik saja dah siap buat pembelian.

Lagi satu, kegunaan ShopeePay ni adalah untuk kita terima pembayaran refund jika kita ada buat refund di Shopee sebelum ni.

Untuk refund pihak Shopee tidak akan bayar direct dalam akaun bank kita tapi akan direfund secara automatik dalam akaun ShopeePay kita dulu. Nanti jika korang nak withdraw ke dalam akaun bank boleh buat kemudian.

Selain tu juga, ShopeePay ni ada buat partnership dengan beberapa syarikat terkemuka seperti Tealive, Mr. DIY, Starbucks, 7-Eleven dan sebagainya.

Dengan kelebihan ni, kita sebagai pembeli akan mendapat cashback pula dengan nilai yang tak masuk akal.

Contohnya, kita beli Tealive di Shopee terlebih dahulu dengan harga RM0.01 melalui ShopeePay. Kemudian kita pergi ke Tealive berdekatan dan kita akan dapat cashback sebanyak RM3 dengan syarat harga minuman yang kita beli di Tealive tersebut melebihi RM4. Maksudnya, jika kita beli minuman dekat Tealive dengan harga RM5, kita akan dapat semula RM3 ringgit. Jadi nilai yang kita bayar adalah cuma RM2 sahaja.

Faham kan?

Contoh ni saya beritahu dan explain berdasarkan terma dan syarat semasa artikel ni ditulis.

Cara-caranya untuk buat macam ni saya akan beritahu pada artikel yang lain.

Cara Tukar Pin ShopeePay

cara tukar pin shopeepay

Untuk buat penukaran pin ShopeePay ni korang tak boleh nak buat melalui desktop ataupun PC. Korang kena buat hanya melalui applikasi Shopee sahaja.

Langkah 1 Langkah pertama sila buka applikasi Shopee korang di smartfon.

Langkah 2 Kemudian korang scroll ke bawah sehingga jumpa bahagian My Wallet. Dalam bahagian My Wallet tu, ada butang untuk ShopeePay. Klik pada butang ShopeePay tersebut.

cara tukar pin shopeepay,cara ubah pin shopeepay

Langkah 3 Seterusnya, klik pada icon gear pada hujung kanan atas.

cara tukar pin shopeepay,cara ubah pin shopeepay

Langkah 4 Kemudian, klik pada Change ShopeePay PIN.

cara tukar pin shopeepay,cara ubah pin shopeepay

Langkah 5 Kemudian, klik pada Change ShopeePay PIN.

cara tukar pin shopeepay,cara ubah pin shopeepay

Langkah 6 Nanti, pihak Shopee akan menghantar satu kod pengesahan atau kod verifikasi ke nombor telefon yang telah kita daftar dengan Shopee.

Lepas dah masukkan kod pengesahan, klik pada butang continue.

cara tukar pin shopeepay,cara ubah pin shopeepay

Langkah 7 Akhir sekali, kita perlu masukkan nombor pin yang baru.

Nombor pin ni hanya nombor sahaja. Ianya tak boleh nak dicampur dengan huruf.

Lepas dah siap semua, klik pada butang confirm.

Siap!

cara tukar pin shopeepay,cara ubah pin shopeepay

Kalau nak tengok dengan lebih jelas lagi, korang boleh la rujuk video di bawah ni.

Kriteria PIN ShopeePay

Untuk penukaran PIN ShopeePay ni, ada beberapa kriteria yang perlu kita ikut. Yang ni untuk info tambahan korang saja.

  1. PIN tidak boleh sama dengan tarikh lahir atau nombor IC
  2. PIN tidak boleh sama dengan nombor telefon yang digunakan
  3. PIN hanya nombor sahaja dan tidak boleh dicampurkan dengan huruf
  4. Hanya 6 nombor sahaja untuk PIN ShopeePay

Penutup

Seperti yang kita tahu, Shopee adalah web jualan paling popular di Malaysia sekarang ni dan ia mengatasi Lazada dalam masa setahun sahaja walaupun Lazada ditubuhkan terlebih dahulu. Jadi, memang baguslah pihak Shopee sentiasa upgrade sistem website mereka dan menambah sistem ShopeePay ni untuk memudahkan kepada pengguna.

Kat Shopee ni, tak padan jika kita hanya jadi pembeli, tapi kita juga seharusnya menjadi penjual di sana. Boleh lihat tutorial saya sebelum ni cara nak berniaga di Shopee.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top