Cara Semak Video YouTube Copyright Claim

Cara Semak Video YouTube Copyright Claim| Semakin hari semakin ramai nampaknya rakyat Malaysia cuba nak jadi YouTuber ni. Bukan setakat orang dewasa, budak-budak yang belum habis sekolah lagipun sibuk nak jadi YouTuber.

Niat nak jadi YouTuber tu bagus lah sebab bagi aku hobi berYouTube ni satu hobi dan aktiviti yang sihat disamping kita boleh jana pendapatan melaluinya. Tapi yang belum habis sekolah tu, habiskan sekolah dulu dan lepas SPM buatlah sebab dunia YouTube ni boleh ganggu pelajaran korang.

Sebelum jadi YouTuber ni, sebenarnya korang perlu belajar dulu atau cari je ilmu percuma kat YouTube sendiri tentang peraturan YouTube ni. Ni tak. Dah sehari buat channel sibuk suruh subscribe, copy and paste video orang lain dan sebagainya. Lepas tu mulalah channel kena copyright strike dan sebagainya.

Tak kurang juga sebenarnya kadang-kadang kita masukkan musik yang no copyright dalam video kita tapi lepas beberapa bulan barulah kena copyright claim ni. Ni pun masalah juga.

Video YouTube Copyright

Jadi, artikel kali ni aku just nak tunjukkan pada korang macam mana nak semak video-video kita yang terkena copyright ni.

Cara Semak Video YouTube Copyright Claim

Cara nak semaknya senang je. Ikut tutorial di bawah ni. Aku assume korang guna laptop ok. Kalau guna phone mobile lain sikit.

Langkah 1 Login ke dalam akaun YouTube guna laptop atau komputer.

Langkah 2 Lihat pada gambar profile sebelah atas kanan. Klik dan pilih menu YouTube Studio.

Video YouTube Copyright

Nanti korang akan dibawa ke dashboard YouTube studio.

Langkah 3 Pada YouTube studio pula, lihat menu sebelah kanan dan pilih menu Videos.

Video YouTube Copyright

Langkah 4 Di sinilah korang boleh lihat dan semak mana video yang ada copyright claim atau tak. Yang mana boleh monetize dan tak boleh monetize.

Video YouTube Copyright

Nanti korang lihat pada bahagian Restrictions. Jika korang lihat di atas ni ada dua status iaitu Copyright claim dan None.

Status Copyright claim tu bermaksud video aku yang ni ada isu copyright. Biasanya dari music background. Tapi jika korang lihat pada bahagian Monetization dia ada tulis sharing.

Di sini bermaksud setiap sen yang aku dapat akan dikongsi bersama dengan pemilik music tu.

Jika None bermaksud aku boleh ambil semua wang yang terhasil tanpa perlu kongsi dengan sesiapa.

Kesimpulan

Dalam artikel ni aku tunjukkan macam mana nak lihat video kita yang ada copyright claim. Copyright claim ni biasanya tak bahaya kepada channel, tapi kalau copyright strike ia boleh menjejaskan repotasi channel korang dan berisiko untuk di ban. Nanti artikel seterusnya aku akan ceritakan jenis-jenis copyright yang ada dalam YouTube ni.

Stay tune.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top