Apa Perlu Buat Bila Dah Capai 4000 Jam Tontonan Dan 1000 Subscribers

Ramai juga la yang tanya aku soalan ni. Disebabkan aku pun agak kesuntukkan masa nak jawab soalan yang sama, jadi aku fikir baik aku tulis je pengalaman aku apa proses perlu dibuat lepas dah capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.

Aku takada lah pakar bab buat duit dengan YouTube ni. Tapi disebabkan pengalaman aku yang dah lalui benda ni dan aku pun pernah upload satu video pasal ni di YouTube menyebabkan aku terima agak banyak soalan berkaitan pasal ni.

Jadi di sini aku akan ceritakan pada korang proses-proses yang berlaku lepas korang dah capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.

Proses Bila Dah Capai 4000 Jam Tontonan dan 1000 Subscribers

4000 jam tontonan

Pada korang yang tertanya-tanya apa benda ni capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.

Ini adalah proses bagi mereka yang nak mohon adsense supaya iklan video di YouTube boleh jana pendapatan.

Pasal ni aku tak nak ulas lanjut. Aku akan beritahu pada tajuk yang akan datang bagi mereka yang berminat nak buat duit dengan YouTube.

Untuk memudahkan fahaman korang, aku akan beritahu proses demi proses apa yang perlu korang buat lepas dah capai semua tu.

Ok. Sebelum tu apa perkara pertama sekali yang korang perlu buat adalah daftar terlebih dahulu akaun adsense sebab duit yang dijana dari YouTube akan dimasukkan ke dalam akaun adsense.

Langkah 1 Bermula dari saat korang dah capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers, pihak YouTube akan review secara automatik. Korang tak perlu gelabah nak contact mereka suruh review channel korang tu. Sistem mereka sendiri akan beritahu untuk pihak mereka review.

Ikut pengalaman aku, takada pula mereka hantar email tanda mereka akan review. Cuma, lepas channel korang sudah direview dan layak untuk iklan, barulah mereka akan hantar korang satu email tandanya sudah layak untuk menjadi partner mereka.

Contoh email yang korang akan terima adalah seperti di bawah.

4000 jam tontonan

Lepas korang dapat email seperti atas ni, barulah korang akan dapat lihat iklan berjoget-joget kat video di channel korang tu.

Langkah 2 Sekarang ni pula kita perlu verify atau sahkah akaun kita tu dengan nombor pin. Bagi mereka yang sudah verify akaun adsense sebelum ni tak perlu lagi nak verify kali kedua.

Tujuan verify akaun adsense ni adalah untuk kita layak terima pembayaran dari adsense atau Youtube bila dah capai USD100. Kalau korang tak verify maknanya tak boleh la terima duit dari YouTube ni.

Proses verify ni pula hanya untuk sekali saja.

Contoh macam kes aku, aku dah verify akaun adsense aku sebelum ni sebab aku apply adsense dengan blog. Jadi, aku tak perlu nak lalui proses yang kedua aku beritahu ni.

Tapi aku anggap di sini korang masih belum verify akaun adsense tu.

Untuk pihak adsense hantar nombor pin tu, korang perlu kumpul sebanyak USD10 terlebih dahulu.

Yes.

Pasal ni pun korang tak perlu gelabah nak contact adsense atau YouTube supaya hantar nombor pin tu.

Apa yang perlu korang buat sekarang, kumpul dulu sebanyak USD10 untuk mereka mula hantar nombor pin tu.

Bila dah terkumpul USD10 dalam akaun adsense, barulah sistem beritahu mereka untuk hantar nombor pin kepada kita.

Lepas pin dah sampai, masukkan nombor pin tu dalam akaun adsense kita untuk proses verify.

Itu saja proses-proses yang korang perlu lalui lepas dah capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.

Mengenai hal nombor pin adsense, boleh la baca pengalaman aku mengenai nombor pin adsense ni.

Jadi aku harap artikel ni dapat beri gambaran pada korang apa step-step yang perlu dibuat.

Kalau yang yang tak faham, boleh terus tanya direct komen di bawah ya.

Di bawah ni aku ada share bagaimana nak dapatkan 4000 jam totonan dalam tempoh masa 6 bulan.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top