YouTube Bayar Aku USD 107 Untuk Satu Video

Bagaimana YouTube Bayar Aku USD 107 Untuk Satu Video? Sesiapa yang follow aku sekarang ni, aku sebenarnya sedang berusaha mewujudkan satu website di mana dalam website tu aku akan ajar cara bagaimana nak buat duit dengan YouTube melalui video yang kita hasilkan.

Kalau sesiapa yang serius nak belajar, boleh pergi ke website akademiYT.com.

Aku tahu rata-rata rakyat Malaysia sekarang ni sudah sedar bahawa dengan YouTube boleh jana pendapatan dengan hanya buat video dengan YouTube.

youtube bayar

Jadi, aku rasa tak perlulah untuk jelaskan secara detail macam mana YouTube ni boleh hasilkan duit. Kalau korang nak tahu juga boleh baca artikel macam mana YouTuber jana pendapatan dengan YouTube.

Ok di bawah ni salah satu video yang aku buat.

Tajuk video tersebut adalah Cara Order FoodPanda dan setakat ini YouTube telah pun bayar aku sebanyak USD107.97. Kalau tukarkan dalam Ringgit Malaysia lebih kurang RM500.

youtube bayar

Tapi korang kena tahu.

Jumlah bayaran tu bukan terhenti sampai situ saja.

Selagi ada orang tengok video aku ni selagi tulah jumlah ni akan bertambah.

Ini baru satu video.

Bayangkan jika ada beratus-ratus video dan mendapat view yang tinggi.

Menarik bukan?

Wow!

Sebab tulah ada YouTuber sanggup habiskan 1000 keping cool fever untuk buat “Babi Air” semata-mata nak buat content supaya ramai orang view. Bila ramai orang view, makin banyaklah pendapatan YouTuber tersebut. Walaupun dah habis beribu mungkin akan dapat pulangan berpuluh ribu.

Ya. Aku pun ada tengok juga berita pasal YouTuber tu. Tapi kalau nak ikutkan mereka tak bazirkan duit mereka pun malah dapat pulangan yang lebih lumayan. Nampak macam membazir tapi bagi mereka itulah modal untuk buat content yang berjaya.

Jana pendapatan dengan YouTube ni best sebab kita boleh jana pendapatan pasif. Asalkan ada orang view video kita walaupun video tu dah berusia 10 tahun, selagi tu kita akan dapat jana pendapatan.

Jadi, dalam artikel ni, aku nak mengajak kepada sesiapa yang berminat nak jana pendapatan dengan YouTube, bolehlah layari website akademiYT.com dan korang boleh belajar secara percuma di sini.

Dalam web tersebut, aku bukan saja ajar pasal buat duit dengan YouTube tetapi juga cara edit video dengan menarik untuk level Beginner.

Kepada korang yang masih belum singgah di channel youTube aku, boleh la pergi ke channel Blog Faiz.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top