Cara Ukur Saiz Cincin Untuk Pasangan Yang Berada Jauh

Cara Ukur Saiz Cincin | Katakan korang nak beli cincin untuk pasangan tapi pasangan korang berada jauh antara dua negeri. Jadi, macam mana cara korang boleh ukur saiz cincin untuk pasangan yang berada jauh dari mata ni? Kalau tersalah beli saiz naya nanti.

Lagi satu, sekarang ni cincin pun dah jual secara online. So, korang tak perlu nak pergi ke kedai emas semata-mata untuk ukur saiz jari korang. Buat malu je. Dah la tak bayar kan?

Jadi dalam artikel ni saya akan kongsikan dua cara macam mana nak ukur saiz cincin samaada untuk diri kita sendiri ataupun pasangan kita yang berada jauh di sana.

Cara Ukur Saiz Cincin Untuk Pasangan Yang Berada Jauh

cara ukur saiz cincin

Untuk ukur saiz cincin ni sebenarnya ada dua cara iaitu dengan ukur lilit pada jari manis dan juga ukur secara diameter.

Namun untuk ukuran lebih tepat, buat ukuran lilit supaya saiz cincin yang korang beli nanti betul-betul ngam dengan saiz jari.

Kepada korang yang nak beli cincin untuk pasangan yang berada jauh, boleh tunjukkan tutorial ni pada si dia supaya dia buat sendiri di rumah dan beritahu korang berapa saiz jarinya.

Jom kita mulakan.

#1. Cara Ukuran Lilit

Antara peralatan yang diperlukan untuk ukur lilit ni adalah;

  • Pen ataupun Pensel yang senang untuk lorekkan
  • Kertas yang siap digunting kelebaran tidak lebih dari 1 cm dan panjang lebih kurang 10 cm
  • Pembaris (kalau boleh ada ukuran unit mm supaya lebih tepat bacaan)
cara ukur saiz cincin

Langkah 1 Ambil kertas yang kita dah siap potong tadi dan lilitkan pada jari mana kita nak pakai cincin tu. Biasanya kita pakai cincin pada jari manis. So, buat ukuran lilit jari manis korang.

Langkah 2 Bila kita lilitkan kertas tadi pada jari, kertas tadi akan ada dua titik pertemuan. Jadi, antara pertemuan tersebut kita tandakan dengan menggunakan pensel ataupun pen.

Masa nak tanda tadi, saya sarankan untuk minta bantuan orang lain tandakan supaya ukuran tidak lari dan bacaan lebih tepat lagi.

cara ukur saiz cincin

Jika tak ada orang lain, pandai-pandailah korang ukur supaya bacaan tidak lari.

Langkah 3 Lepas dah tanda tadi pada kertas saiz ukur lilit jari kita, kita ukur pula panjang ukur lilit tadi dengan menggunakan pembaris. Ukur panjang dalam unit mm. Jika pembaris tiada dalam uni mm boleh juga baca dalam unit cm dan kemudian korang convert dalam unit mm dengan darab 10 (sepuluh).

cara ukur saiz cincin

Sebagai contoh korang dapat saiz 6.1 cm. Bila tukarkan pada unit mm akan jadi 61 mm.

Langkah 3 Bila dah dapat jawapan panjang ukur lilit tadi, kemudian kita rujuk pula pada carta saiz cincin bagi negara Asia.

cara ukur saiz cincin

Dalam jadual di atas dia ada tunjuk untuk ukuran lilit dan juga ukuran diameter.

Jangan tersalah bacaan pula.

Disebabkan cara pertama ni kita ukur secara ukuran lilit, jadi korang kena tengok pada bacaan circumference.

Contohnya ukur lilit jari manis saya adalah 60mm. Jadi saiz cincin yang boleh saya ambil mungkin saiz 18 atau saiz 19.

Itu je untuk cara yang pertama.

#2. Cara Ukuran Diameter

Untuk ukuran diameter ni pula ianya sangat ringkas tapi mungkin bacaan tidak tepat. Masalah yang timbul nanti mungkin saiz cincin yang korang pilih tidak padan samaada ketat atau longgar.

Caranya, ambil pembaris dan ukur atas jari korang tu.

cara ukur saiz cincin

Jadi, itulah diameter yang kita dapat.

Sebagai contoh diameter yang ukur pada jari saya adalah 1.8 cm atau convert dalam unit mm akan dapat 18.5 mm

Jika dirujuk pada carta saiz cincin di atas tu, saiz cincin yang patut saya ambil adalah 17. Ianya agak berbeza sikit dengan cara ukur lilit tadi di mana saiz cincin yang patut saya pakai adalah 18 ataupun 19.

Untuk ukur lilit saiz cincin, itu saja caranya.

Jika korang baca tutorial di atas ni tapi masih tidak faham, korang juga boleh rujuk video yang saya sediakan di bawah ni.

Nanti lepas tengok subscribe sekali ya.

Alat Pengukur Saiz Cincin

Jika korang ada kedai emas sendiri, ada baiknya korang cuba dapatkan alat pengukur saiz cincin ni pada jari.

Cara guna hanya strap pada jari dan korang boleh baca terus berapakah saiz ukuran lilit supaya cincin yang korang beli nanti sama padan dan sesuai untuk korang.

Ala. Murah je benda ni. Boleh tengok Ring Sizer CIrcle Reuseable Gauge Finger Size Measuring Tool.

cara ukur saiz cincin

Info Tambahan Ukur Saiz Cincin

Berikut adalah tips ataupun info tambahan untuk korang sebelum, semasa dan selepas mengukur saiz cincin di jari.

  1. Sila tukarkan dalam unit milimiter (mm). Untuk tukarkan unit centimeter kepada milimeter, darabkan dengan 10.
  2. Pastikan cuci dulu tangan dan keringkan sebelum mula mengukur.
  3. Ukur pada waktu siang kerana saiz jari boleh mengembang mengikut cuaca.
  4. Jika anda menggunakan kedua-dua teknik di atas dan didapati ianya berbeza, pilih saiz yang lebih besar kerana ia masih boleh adjust mengikut saiz jari.
  5. Kebiasaan, saiz jari kanan tidak sama dengan saiz jari kira dan sebaliknya.

Penutup

Pernah saya nak beli cincin untuk tunang (sekarang dah jadi isteri) tapi saya dan tunang tak tahu saiz berapa cincin patut beli. Main agak je semua. Nasib baik saya punya longgar sikit dan isteri saya ngam-ngam.

Bagi pasangan yang jauh atau korang nak beli cincin emas secara online, inilah cara macam mana nak ukur saiz cincin yang padan dengan jari korang tu.

Soalan Lazim

Apakah cara terbaik untuk ukur saiz cincin di jari?

Cara yang terbaik untuk ukur saiz cincin di jari adalah dengan menggunakan kaedah ukur lilit

Ada ke alat untuk ukur saiz cincin di jari?

Ya ada…Boleh beli di sini https://shp.ee/cyw9ek9

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top