Contoh Surat Berhenti Kerja (Mengikut Format Sebenar)

Macam mana nak tulis surat berhenti kerja? Membuat keputusan berhenti kerja adalah salah satu keputusan yang berat bagi seseorang individu. Mungkin mereka ada alasan tersendiri kenapa nak berhenti kerja bila dah ada kerja elok-elok.

Namun, berhenti kerja tidak bermana seseorang tu tidak akan membuat sesuatu lepas ni. Mereka masih kena bekerja tapi mungkin cara bekerja tu lain sikit. Biasanya mereka yang minta berhenti kerja jika perniagaan yang mereka usahakan selama ini telah pun berjaya.

Sesiapa yang nak berhenti kerja ni, korang mesti kena ada plan yang kukuh dan telah bersedia daripada apa-apa kemungkinan yang akan berlaku selepas ini.

Kalau bekerja swasta kira ok la lagi. Tak banyak sangat nak fikir. Tapi mereka yang bekerja dalam Kerajaan tiba-tiba nak buat keputusan berhenti tu adalah sesuatu yang amat berat.

Berhenti kerja adalah hak setiap orang. Tiada siapa boleh menghalang dan tiada siapa boleh menyuruh.

Jika kontrak korang sudah habis di sesuatu tempat korang bekerja, terus boleh minta berhenti tanpa ada denda apa-apa.

Tapi, sesiapa yang nak buat keputusan berhenti kerja tu, biarlah jadi seperti kisah abang ni macam mana dia berhenti kerja dan buat bisnes sehingga berjaya.

Tapi, macam mana nak berhenti kerja dengan prosedur yang betul serta menulis surat resign dengan cara yang betul?

Jadi dalam tutorial ni saya akan tunjukkan pada korang macam mana nak tulis surat berhenti kerja dengan cara dan format yang betul.

Korang tinggal edit je nanti. Lepas tu siap!

Contoh Surat Berhenti Kerja

surat berhenti kerja

Soal berhenti kerja ni sebenarnya soal individu. Hak seseorang individu tersebut samaada masih nak teruskan kerja yang mereka buat sekarang atau nak berhenti dan mencari peluang pekerjaan yang baru.

Jadi, orang lain tiada hak untuk menghalang seseorang individu tersebut dari berhenti kerja tapi hanya boleh menasihatinya sahaja supaya mencari pekerjaan yang lebih sesuai untuk dirinya.

Baik, sekarang mari kita lihat antara contoh-contoh surat berhenti kerja.

#1. Contoh Surat Berhenti Kerja Tempoh 24 jam

Di bawah ni adalah contoh surat berhenti kerja dalam tempoh 24 jam jika korang mendapat tawaran kerja di tempat lain ataupun sebab lain.

Sebelum tulis surat notis 24 jam, pastikan tempat kerja sekarang dibolehkan untuk berhenti dalam tempoh 24 jam. Jika tak dibenarkan bimbang kena bayar denda atau penalti.

Contoh surat:

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]

Tarikh :[Tarikh]
Pengurus,
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI [NAMA SYARIKAT]

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya [Nama Pekerja] yang bertugas sebagai [Jawatan Sekarang] ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa pada [Tarikh berhenti kerja]

Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada [Nama Syarikat] kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan [Nama Syarikat].

Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]
[Alamat Pekerja]
No. Tel : [No Telefon Pekerja]

#2. Contoh Surat Berhenti Kerja Serta Merta

Kerja di bawah tekanan boleh menyebabkan jiwa seseorang itu tidak sihat mental mahupun fizikal.

Jika korang kerja dalam suasana yang stress dan tidak suka, ada baiknya korang berhenti kerja serta merta dan cuba mencari bidang yang lebih sesuai dengan korang.

Berikut adalah surat untuk berhenti kerja serta merta.

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]

Tarikh :  [Tarikh]

Pengurus,
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA SERTA MERTA DI [NAMA SYARIKAT]

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya [Nama Pekerja] yang bertugas sebagai [Jawatan Sekarang] ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa serta-merta.

2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada [Nama Syarikat] kerana sudi memberi peluang pekerjaan di sini.

Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]
[Alamat Pekerja]
No. Tel : [No Telefon Pekerja]

#3. Contoh Surat Resign Notis Seminggu

Sebenarnya surat resign notis seminggu ni jarang dibuat oleh orang lain. Namun, tidak salah untuk korang buat jika dalam pekeliling dibenarkan.

Resign notis seminggu akan menyebabkan kesukaran untuk mengira gaji korang berapa yang perlu dibayar.

Namun, jika korang masih nak tulis surat berhenti dalam tempoh seminggu, boleh ikut format ni.

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]
Tarikh: [Tarikh]
Pengurus,
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  SEMINGGU DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya [Nama Pekerja] yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  [Tarikh berhenti kerja]

Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan [Nama Syarikat].

Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]
[Alamat Pekerja]
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

#4. Contoh Surat Resign Notis Sebulan

Jika korang memang nak resign dengan kerjaya sekarang, saya cadangkan untuk korang buat notis sebulan. Pilihan ni memang ramai yang pilih dan memudahkan untuk pengiraan gaji berapa yang akan dibayar nanti.

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]

Tarikh: [Tarikh]

Pengurus,
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  SEBULAN DI [NAMA SYARIKAT]

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya [Nama Pekerja] yang bertugas sebagai [Jawatan Sekarang] ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa [Tarikh berhenti kerja]

1. Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada [Nama Syarikat] kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan [Nama Syarikat].
3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]
[Alamat Pekerja]
No. Tel : [No Telefon Pekerja]

#5. Resign Sebab Dapat Kerja Lain

Jika korang ditawarkan dengan pekerjaan yang lebih menarik lagi dan gaji pun lumayan, resign je. Jangan fikir banyak. Tinggalkan bos sekarang demi kehidupan yang lebih sempurna.

Berikut adalah contoh surat resign sebab dapat kerja lain.

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]

Tarikh :  [Tarikh]

Pengurus,

[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  DI [NAMA SYARIKAT]

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa [Tarikh berhenti kerja]

Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana telah mendapat kerja lain.

Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.

Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]

[Alamat Pekerja]

No. Tel : [No Telefon Pekerja]

#6. Resign Kerana Sambung Belajar

Pada pandangan saya, jika korang nak sambung belajar, tak perlu sampai berhenti kerja sebab sistem pelajaran di Malaysia ada Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk pengajian penuh dan menghadiri kuliah.

Tapi, jika korang ada perancangan lain yang lebih hebat, boleh resign dari kerja sekarang dengan format surat berikut.

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]

Tarikh :  [Tarikh]

Pengurus,

[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  DI [NAMA SYARIKAT]

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

2. Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana ingin menyambung pengajian di <Institusi Pengajian Tinggi> dalam <Nama Kursus>. Pengajian tersebut akan bermula pada <Tarikh Mula Pengajian>. Saya perlu menyelesaikan pelbagai urusan sebelum memulakan pengajian di sana.
3. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]
[Alamat Pekerja]
No. Tel : [No Telefon Pekerja]

#7. Surat Berhenti Kerja Kilang

Kebiasaan kerja kilang adalah kerja pertama dan pengalaman pertama bagi majoriti masyarakat di luar sana sebab kerja kilang ni senang nak apply tapi bergaji kecil.

Jika korang sudah ada kerja yang lebih baik, boleh berhenti kerja kilang dan teruskan kerja yang lebih baik untuk diri sendiri.

Berikut adalah contoh surat berhenti kerja kilang.

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]

Tarikh :  [Tarikh]

Pengurus,

[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA KILANG>

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana telah mendapat kerja lain.

Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.

Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]

[Alamat Pekerja]

No. Tel : [No Telefon Pekerja]

#8. Contoh Surat Resign Sebab Ikut Suami

Ikut suami adalah wajib bagi isteri jika itu perintah dari suami. Jika pekerjaan korang jauh dari suami, jangan fikir banyak. Resign terus. Jangan pening-pening kepala.

Nak contoh surat resign sebab nak ikut suami boleh tengok contoh di bawah ni.

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]

Tarikh :  [Tarikh]

Pengurus,

[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI [NAMA SYARIKAT] KERANA IKUT SUAMI

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya [Nama Pekerja] akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa [Tarikh berhenti kerja]

Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana mengikut suami yang kini bekerja di [Tempat Kerja Suami].

Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.

Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]
[Alamat Pekerja]
No. Tel : [No Telefon Pekerja]

#9. Contoh Surat Resign Sebab Sakit

Setiap manusia akan sakit. Tapi yang membezakan adalah ada yang sakit kuat dan ada yang sakit biasa-biasa saja.

Bagi mereka yang sakit kuat, sudah semestinya mengalami kesukaran untuk bekerja.

Jadi langkah terbaik yang korang perlu ambil adalah, resign dari kerja dan cuba cari kerja yang lebih sesuai dengan orang sakit seperti meniaga online. Jika korang berminat nak berniaga secara online boleh la lihat panduan asas Bisnes Shopee Online.

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]

Tarikh :  [Tarikh]

Pengurus,
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA SYARIKAT> ATAS SEBAB KESIHATAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya [Nama Pekerja] akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa [Tarikh berhenti kerja]

2. Tujuan saya meletak jawatan ini adalah atas sebab kesihatan.
3. Seperti Tuan sedia maklum, saya terlalu kerap mengambil cuti sakit. Saya bimbang ia akan menjejaskan prestasi syarikat.
4. Saya juga selalu berulang-alik ke <Nama Klinik / Hospital> untuk mendapatkan rawatan.
5. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.

Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]
[Alamat Pekerja]
No. Tel : [No Telefon Pekerja]

Penutup

Jadi itu saja yang boleh saya kongsikan pada korang format surat berhenti kerja dan idea apa yang patut korang tulis dalam surat berhenti kerja tersebut.

Dari semasa ke semasa saya akan kemaskini format surat berhenti kerja ni supaya lebih baik lagi.

Soalan Lazim

Adakah boleh berhenti kerja jika ada loan LPPSA?

Jawapan pendek Ya boleh. Tapi anda perlu selesaikan loan LPPSA dengan transfer jadikan ia sebagai pinjaman bank.

Adakah berbaloi saya berhenti kerja sebab stress dengan kerja?

Stress dengan kerja adalah perkara biasa. Tapi stress dengan kerja atas dasar tidak minat itu boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan seseorang. Jadi ianya sangat berbaloi jika anda berhenti kerja sekarang dan cuba cari kerja yang anda minat.

Apakah plan terbaik untuk berhenti kerja?

Jika anda merancang untuk berhenti kerja, pastikan kewangan sedia ada kukuh sebelum mencari kerja lain. Jika yang berniaga, pastikan perniagaan anda betul-betul boleh “bawa diri”. Namun, yakinlah rezeki adalah pemberian daripada Allah. Kita usaha saja.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top