Contest Malaysia Setiap Bulan di Channel YouTube BLOGFAIZ

Hi assalamualaikum semua. Korang nak tak kalau saya buat contest (contest Malaysia) setiap bulan di channel YouTube BLOGFAIZ dan hanya seorang saja saya akan pilih pemenang untuk dapatkan hadiah.

Korang okay tak?

Sebelum saya lanjutkan macam mana contest ni berlangsung, di sini saya nak beritahu sikitlah beberapa perkara kenapa saya nak buat contest ni.

Ok, tujuan utama saya nak buat contest ni setiap bulan adalah untuk berkongsikan rezeki yang saya dapat dari YouTube dengan korang semua dan secara tak langsung saya juga boleh mendekati “subscriber” saya.

Ala. Orang kata beramah mesra dengan subscriber la. Tapi secara maya.

Lagipun saya tengok tak ramai lagi YouTuber ni buat contest Malaysia macam ni. So, saya ambil inisiatif ni untuk memajukan lagi channel YouTube saya.

Kalau nak kira, saya ni dah aktif di YouTube ni dah pun dua tahun semasa artikel ni ditulis. Saya bermula sekitar Mei 2019 sehinggalah sekarang. Alhamdulillah walupun naik agak perlahan kira ok la sebab ada juga hasilnya.

contest malaysia

Jadi di sini, bila saya fikir why not saya tak buat satu aktiviti dalam channel ni supaya nampak lebih menarik dan ada komunikasi dua hala antara saya dan juga korang semua.

So, fikir punya fikir, saya putuskan nak buat satu kuiz bulanan atau contest di mana seorang pemenang saya akan pilih dan akan dapat hadiah wang tunai sebanyak RM100 terus ke akaun bank korang.

Jadi, kuiz ni saya akan buat secara bulanan dan rasanya mungkin saya tak stop aktiviti contest kuiz ni selagimana channel ni masih Live dan masih ada orang tonton.

Siapa penonton tu? Korang semua la.

Kalau saya nak stop kuiz ni pun mungkin saya akan maklumkan lebih awal. Itu pun jika contest ni tidak dapat sambutan yang baik.

Jika kuiz ni dapat sambutan yang baik dan pendapatan youtube saya makin bertambah, saya mungkin upkan lagi hadiah. Mungkin saya pilih dua orang pemenang setiap bulan. Atau seorang pemenang saya akan upkan lagi hadiah jadi RM500.

contest malaysia

Kemungkinan ni semua bergantung pada korang semua yang sudi support channel YouTube BlogFaiz.

So di sini saya dah tetapkan satu syarat paling mudah untuk korang sertai Kuiz ni.

Untuk sertai kuiz ni, korang mesti subscribe channel YouTube blogfaiz dan juga follow Instagram saya. Itu saja syaratnya. Jika korang tak buat dua benda ni, secara auto korang tak layak untuk sertai kuiz ni. Yang mana belum ada akaun Instagram lagi tu, nanti boleh create satu akaun Instagram.

Ok. Itu saja syarat untuk sertai kuiz ni.

Mengenai soalan dan jawapan pula adalah berdasarkan video yang saya telah upload ke dalam channel ni.

Korang jangan risau. Setiap jawapan tu saya akan sediakan link video siap-siap untuk korang cari jawapan dalam tu. Itu je.

Baiklah.

Untuk info penuh mengenai contest ni setiap bulan, korang tonton video di bawah ni.

Nanti saya bagi penerangan dengan lebih detail dan lengkap lagi.

Jika korang ada apa-apa soalan atau pertanyaan mengenai contest ni, boleh terus komen di sini atau di channel YouTube saya.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top