Walaupun follower saya di Instagram naik pun agak slow, tapi boleh la nak berkongsikan pada korang sedikit tips macam mana untuk menambah follower Instagram daripada tak naik langsung kan?
Mesti korang ada sebab tersendirikan kenapa nak banyakkan follower di Instagram.
So, itu korang punya pasal lah. Masing-masing ada tujuan. Macam saya pula tujuannya adalah untuk bisnes. Bukan nak popular pun. Dunia popular ni nampak je best. Tapi bila kat luar rasa macam tak bebas dan sentiasa diperhatikan. So, hilang dah privasi kita kat situ.
Kelebihan Tingkatkan Follower Instagram
Kita tak dapat nafikan lagi bahawa hidup zaman sekarang ni bagi sesiapa yang bergantung penuh income secara online, memmpunyai follower yang ramai ni adalah satu kewajiban. Tak kira samaada di YouTube, Twitter, Facebook mahupun Instagram.
Ok sekarang mari kita lihat dulu apa kelebihan jika kita ada Follower yang ramai terutama di Instagram.
- Ramai syarikat besar mencari Influencer yang mempunyai pengikut yang ramai untuk mereka hire dan suruh buat review. Biasanya bayaran sekali review yang dibuat oleh syarikat besar ni boleh mencecah RM1000-RM10,000. Bergantung pada populariti, bilangan follower dan juga interaksi follower kita dengan post kita di media sosial. Sebab ada je yang ramai follower tapi bila post, sikit je yang komen dan juga likes.
- Tingkatkan populariti kita. Dengan populariti, senanglah untuk kita buat sales nanti. Itu dah jadi macam lumrah.
- Mudah untuk dapatkan networking.
Ada lagi ke?
Kalau ada lagi nanti tolong tinggalkan komen di bawah.
Tips Menambah Follower Instagram
Jadi ni adalah lima tips yang saya buat research sendiri macam mana nak tambahkan follower di Instagram.
Tips #1: Pemilihan Content
Jika kita ni rakyat biasa, jangan post tentang kehidupan kita. Tiada siapa pun yang nak tahu apa yang kita buat setiap hari. Melainkan korang ni artis, atlet, selebriti atau dah memang terkenal sebelum ni. Sebagai rakyat biasa, kita perlu create content yang memberikan manfaat pada orang lain.
Tapi tak dinafikan. Ada je orang biasa yang post pasal seharian dia tapi boleh cecah ratusan ribu follower. Tapi yang tu mungkin 1 dalam sejuta la kot.
Jadi, kita kena pilih content yang menarik untuk post di Instagram kita tu. Boleh jadi masakkan, tutorial, kata-kata dan sebagainya.
Contoh seperti IG saya adalah di bawah ni.
Tips #2: Konsisten Post Setiap Hari
Ya. Korang kena usaha untuk post setiap hari. Sebaik mana pun content korang upload tapi kalau upload jarang-jarang, korang susah nak naikkan follower juga.
Cuba usaha untuk post sekurang-kurangnya satu content satu hari secara konsisten.
Tips #3: Penyusunan Content
Susun content dalam IG kita tu dengan menarik. Walaupun yang ni tak ada impak sangat untuk naikkan follower, tapi susunan yang menarik dan cantik dalam IG kadang-kadang menarik minat orang untuk follow kita. Nampak la juga kita ni seorang pengemas.
Tips #4: Reply Komen Follower
Rajin reply follower yang komen pada content kita tu dan kalau boleh bagi “love” sekali. Jangan biarkan. Jika kita biarkan komen dari Follower nanti lama-lama follower kita rasa boring dan tiada enganggment.
Kalau komen terlalu banyak tu, pilih-pilih la juga untuk reply. Jangan tak reply langsung.
Tips #5: Optimumkan BIO
Ramai yang pandang sinis terhadap penulisan BIO di Instagram. Jika korang perhatikan, BIO di Instagram adalah untuk memperkenalkan siapa diri kita. Apa yang kita minat. Apa lagi media sosial yang kita ada dan sebagainya. Jika seseorang yang lawat ke profile Instagram korang dan lihat BIO ni, mereka mungkin akan rasa tertarik untuk follow korang.
So, tulis BIO dengan kemas dan padat untuk memperkenalkan siapa diri kita ni.
Contoh BIO saya di Instagram.
Itu saja lima tips yang saya mampu kongsikan buat masa ni.
Jika ada penambahan atau update lain kali, saya akan update di sini. So, stay tune.
Sebelum terlupa, jika korang berminat nak naikkan follower Instagram boleh dapatkan servis naikkan Follower Instagram.
Penutup
Dalam perkongsian ni, saya dah tunjukkan cara macam mana menambah follower Instagram dengan cara yang paling selamat dan berkesan.
Kenapa saya cakap macam tu?
Sebab saya dah cuba sendiri memang boleh naikkan follower yang berkualiti.
Jangan lupa untuk follow saya di Instagram dan juga YouTube Channel.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.