Tutorial Penuh Cara Buat Iklan di Instagram

Macam mana cara buat iklan di Instagram? Antara pengalaman saya buat iklan, buat iklan di Instagram adalah yang paling mudah, senang, cepat dan user friendly. Murah pun murah rate iklan Instagram ni.

Sebelum tu mari kita tengok apa kelebihan beriklan di Instagram.

Kelebihan Iklan Di Instagram

Saya dah pernah cuba iklan di beberapa platform sebelum ni seperti Google ads dan Facebook ads. Saya dapati ada beberapa kelebihan dan keunikkan bila kita buat iklan di Instagram.

Antaranya adalah;

  1. Senang nak setting iklan. Lebih user friendly dan tidak serumit nak setting Google ads dan juga Facebook ads.
  2. Instagram dimiliki oleh syarikat Facebook. Jadi audience yang datang adalah audience atau prospek yang berpotensi untuk jadi pelanggan.
  3. Sesuai untuk target antara umur 18-50 tahun. So, jika korang ada barang yang nak dijual antara umur tersebut, Instagram adalah tempat yang sesuai.
  4. Budget murah. Paling saya suka tentang iklan di Instagram ni adalah kita akan dapat budget yang murah. Budget murah, trafik berkualiti memang sesuai sangat bagi mereka yang tiada budget besar.
  5. Analisis yang mudah dicapai. Kalau kita dah buat iklan di Instagram nanti, untuk kita lihat analisis sangat mudah dan tidak berserabut.

Sebenarnya ada beberapa perkara lagi kelebihan yang ada. Cukup ini saya kelebihan yang dapat saya senaraikan untuk korang nilai sendiri tentang beriklan di Instagram.

Selain tu juga, jika kita pandai buat iklan di Instagram ni, kita boleh buat beberapa perkara yang lain lagi. Antaranya adalah kita boleh naikkan follower yang berkualiti sebab kita boleh target umur, tempat, minat dan juga jantina.

Dalam tutorial sebelum ni saya dah tulis macam mana cara nak naikkan followers Instagram dengan teknik iklan berbayar di Instagram.

Jadi, pada tutorial kali ni pula saya akan tunjukkan pada korang macam mana nak buat iklan di Instagram sampailah pandai buat iklan sendiri.

Rugi tau kalau tak pandai buat iklan di Instagram ni.

Ok.

Jom ikut tutorial ni.

Cara Buat Iklan di Instagram

cara buat iklan di instagram

Jadi, di bawah ni saya sediakan tutorial lengkap pada semua beginner yang ingin mula iklan di Instagram.

Langkah 1 Klik Butang Promote

Untuk langkah pertama, klik pada butang promote yang ada pada setiap posting kita. Pilih posting mana yang kita nak iklan di Instagram dan klik pada butang promote seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.

cara buat iklan di instagram

Langkah 2 Pilih “Goals” Iklan

Kemudian, di sini korang perlu tentukan apa “Goal” atau tujuan nak buat iklan ni. Di sini jika kita tengok Instagram ada bagi kita tiga tujuan iaitu;

  • More profiles visits
  • More website visits
  • More messages

Ok apa maksudnya?

Jika korang pilih more profiles visits bermaksud bila ada orang klik pada iklan kita tu, mereka akan terus pergi ke akaun profile Instagram kita.

Jika kita pilih more website visits pula, bila orang klik pada iklan kita, mereka akan terus dibawa direct ke website yang kita telah tetapkan.

Terakhir jika kita pilih more message, mereka akan dibawa terus ke DM Instagram kita.

Jadi di sini, korang perlu tentukan yang mana terbaik untuk korang pilih.

cara buat iklan di instagram

So, untuk tutorial ni saya akan pilih more profile visits sebab saya nak orang klik follow jika mereka rasa content di Instagram saya ni menarik.

Bila kita dah pilih yang mana pilihan kita nak, kita klik pada butang next.

Langkah 3 Tetapkan Siapa Audience Kita.

Seterusnya di sini kita perlu pilih dan setting siapa yang kita nak lihat iklan kita tu. Dalam bahasa bisnes siapa Audience korang tu.

Sebagai contoh. Dia minat apa? Dia tinggal di kawasan mana? Berapa umur dia? Lelaki ke perempuan.

Jika korang tengok gambar di bawah ni, secara automatik sistem IG akan pilih siapa audience kita. Pilihan sistem IG ni adalah berdasarkan biodata yang telah kita masukkan masa kita daftar IG tu.

Dah lupa?

cara buat iklan di instagram

Tapi, jika korang nak custom siapa audience korang tu, just klik pada create your own seperti yang ditunjukkan anak panah di atas.

Jadi, tutorial ni saya akan tunjukkan macam mana cara nak create custom audience tu.

Kalau korang tengok gambar di atas ni ada perkataan Kereta, Kereta 2, Takaful dan Automotive.

Semua tu adalah custom audience yang pernah saya create sebelum ni.

So, abaikan. Saya takut korang pelik pula nanti.

Lepas dah klik pada Create your own, korang akan terus dapat lihat seperti gambar di bawah ni.

cara buat iklan di instagram,cara beriklan di instagram,cara buat ads di instagram,cara create ads instagram

Untuk coloum pertama adalah Audience name. Di sini korang just masukkan apa-apa saja nama sebagai nota rujukan saja.

Kemudian, pilih lokasi kawasan mana target audience kita tu? Kelantan saja? Pahang saja? Selangor saja atau seluruh Malaysia?

Pilih lokasi yang korang nak target tu.

Seterusnya, pilih apa yang audience kita minat? Sebagai contoh minat dalam kereta, sukan bola sepak, dan sebagainya. Korang just pilih sini. Ada beribu-ribu interest kita boleh pilih.

Dan yang terakhir adalah jantina dan umur. Umur berapa tahun boleh tengok iklan korang tu dan apa jantina mereka.

Siap!

Lepas dah siap, klik je Done.

cara buat iklan di instagram,cara beriklan di instagram,cara buat ads di instagram,cara create ads instagram

Lepas tu kita dapat review berapa jumlah pengguna IG yang bakal lihat iklan yang telah kita settings.

Langkah 4 Tentukan Budget

Seterusnya, kita perlu tentukan budget berapa sehari kita nak habiskan iklan ni dan berapa hari tempoh iklan ni run.

So, budget atas pilihan korang masing-masing.

Sebagai contoh di bawah saya pilih RM15/sehari dan run selama 6 hari sahaja.

Jadi, bila kita dah siap setting semua budget, secara automatik sistem IG akan beritahu kita berapa orang yang bakal lihat iklan kita tu.

So, di bawah ni iklan yang saya buat ni akan dilihat seramai 7800-21000 orang dalam tempoh enam hari.

cara buat iklan di instagram,cara beriklan di instagram,cara buat ads di instagram,cara create ads instagram

Langkah 5 Review dan Mulakan Iklan

Yang terakhir, review sekali lagi apa yang telah korang settings supaya tiada kesilapan yang berlaku.

Jika belum masukkan cara pembayara, boleh klik pada Payment dan korang just follow macam mana nak masukkan cara pembayaran di Instagram.

Kalau semua dah ok, klik pada butang Create Promotion.

cara buat iklan di instagram,cara beriklan di instagram,cara buat ads di instagram,cara create ads instagram

Jika korang nak tengok tutorial dalam bentuk video, boleh tengok video di bawah atau boleh tengok di Channel YouTube Blog Faiz.

Cara Tengok Analisis Iklan Instagram

Lepas kita dah berjaya buat iklan di Instagram, mesti kita nak tengok dia punya analisis kan?

Cara nak tengok analisis di Instagram pun tak susah.

Senang je.

Langkah 1 Login ke akaun Instagram.

Langkah 2 Pada bahagian atas dia ada tulis “View Professional Dashboard”. Pada pada link tersebut.

cara buat iklan di instagram,cara beriklan di instagram,cara buat ads di instagram,cara create ads instagram

Langkah 3 Kemudian pada bawah Grow Your Business, klik pada Promotions.

cara buat iklan di instagram,cara beriklan di instagram,cara buat ads di instagram,cara create ads instagram

Langkah 4 Ok di sini ada beberapa bahagian yang saya nak tunjuk.

Pada nombor satu merujuk gambar di bawah tu adalah post yang Instagram sarankan kepada kita untuk buat iklan.

Ia berdasarkan sejauh mana popular post yang pernah kita buat di Instagram sebelum ni.

Pada nombor dua tu pula adalah untuk kita lihat analisis iklan yang pernah kita buat di Instagram.

So, kalau korang nak tengok analisis iklan yang pernah korang buat sebelum ni, boleh klik pada link Past promotions.

Nanti di sana korang akan dapat lihat secara detail seperti;

  1. Berapa bilangan klik
  2. Peratusan jantina yang klik pada iklan kita
  3. Bilangan umur yang klik pada iklan
  4. Berapa orang yang save iklan kita
  5. Berapa orang yang share iklan kita
  6. Berapa orang yang lawat profile kita
  7. Berapa orang yang follow kita
  8. Berapa kali iklan kita muncul di Instagram orang lain

Manakala pada nombor tiga, tu adalah iklan yang sedang kita buat iklan di Instagram tapi belum complete lagi.

Maksudnya iklan kita tu sedang berjalan di Instagram sekarang.

Untuk lihat analisis iklan kita yang sedang berjalan, klik pada View insight (bawah gambar)

cara buat iklan di instagram,cara beriklan di instagram,cara buat ads di instagram,cara create ads instagram

Cara Nak Stop dan Pause Iklan di Instagram

Ok andaikata kita dan run iklan dan iklan tersebut berjalan elok di Instagram. Tapi tiba-tiba kita ubah fikiran nak stop atau pause dulu iklan tersebut.

Macam mana caranya?

Ok sebelum tu saya nak beritahu sikit beza pause dan stop ni.

Pause – Bermaksud kita hentikan sementara dan kita akan on balik seperti biasa.

Stop – Bermaksud kita hentikan terus iklan tersebut dan jika kita nak iklan semula, kita perlu buat step dari awal semula.

Ok itu beza Stop dan Pause.

So macam mana nak buat?

[akan diupdate]

Penutup

Dalam tutorial ni saya dah tunjukkan macam mana cara buat iklan di Instagram dari A-Z. Saya boleh akui buat iklan di Instagram adalah sangat mudah berbanding buat iklan di Facebook dan juga Google Ads.

Korang mesti cuba.

Pastikan jika nak buat iklan di Instagram, sentiasa pantau analisis supaya jika ada kesilapan kita boleh perbetulkan dengan kadar segera dan duit kita pun tidak rugi.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top