Pengalaman Aku Bercuti di Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam

Bercuti di Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam | Hi gaisss…Pada artikel kali ni saja je aku nak berceritakan dan kongsikan pada korang tentang percutian aku di Pulau Perhentian. Mana tahu kepada korang yang nak merancang pergi ke Pulau Perhentian tu dapat gambaran serba sedikit macam mana nak pergi ke sana.

Sebelum aku teruskan cerita aku ni, aku nak tanya kepada korang. Dah pergi ke belum ke Pulau Perhentian ni? Kalau korang belum pergi, aku cadangkan korang plan satu kali untuk pergi ke sini. Sebab apa? Ni adalah antara salah satu pulau yang tercantik yang ada ni negara kita ni, Malaysia.

Kalau korang pertama kali datang ke sana, mesti korang terpegun melihat keindahan airnya yang super jernih. Korang boleh nampak ikan berenang di tepi pantai. Cantik weh…

pulau perhentian
Ai yang jernih. Aku ambil gambar guna kamera Sony RX0 ii

Untuk pengetahuan korang juga, semua pulau-pulau di sebelah pantai timur akan ditutup mulai Oktober sehingga Mac. Ini kerana pada waktu ini monsun timur laut sedang berlaku. Demi keselamatan pengunjung ianya ditutup. Lagipun pada musim ni air laut bergelora. Nak snorkeling pun tak best.

So, kalau korang plan nak pergi ke sini, korang kena plan antara bulan April hingga September.

Kisah Aku Bercuti di Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam

Mesti korang dah tak sabarkan nak baca kisah aku ni? Hahaha… Jom baca perkongsian aku ni pergi ke Pulau Perhentian.

20 September 2019 (Jumaat)

Jarang sangat aku nak bagun awal pagi ni. Tapi entah kenapa pada hari ni aku bagun awal pagi sangat.

Semangat nak pergi ke pulau la ni. Tapi, paling aku hairan, bangun dah awal tapi bertolak tetap lewat. Biasalah, typical Melayu. Tambah-tambah tunggu isteri aku bersolek. (harap-harap dia tak baca)

Huhu…

Aku bertolak dari Pengkalan Chepa ke Jeti Kuala Besut lebih kurang pada pukul 7.30 pagi. Plan asal nak bertolak sebelum pukul 7 pagi. Dan perjalanan aku memakan masa selama hampir satu jam lamanya.

Sampai di sana, aku terus mencari agen yang menguruskan aku ke Pulau Perhentian ni.

pulau perhentian
Sedang menunggu giliran untuk briefing

Ok satu lagi nasihat aku pada korang yang baru pertama kali datang. Kalau korang rasa blur macam mana nak pergi ke Pulau Perhentian ni, aku cadangkan kepada korang untuk ambil pakej sebab nanti mereka boleh guide korang walaupun pergi sendiri jauh lebih murah. So nanti takdelah korang terkial-kial nak pergi sana.

Ok sambung.

Agen yang aku ambil ni adalah dari DNAMIE Leisure & Tour. Overall aku puas dengan agen ni walaupun ada satu interinary yang tidak ikut jadual asal. Rating aku boleh bagi untuk agen ni 4/5 dari lima bintang.

Lepas aku selesai ambil tiket dan diberi penerangan oleh pihak Dnamie, aku pun pergi parking kereta. Parking kereta di sini memang ada tapi berbayar. Bayarannya adalah sebanyak RM10 sehari.

pulau perhentian
Tempat parking kereta untuk panas sahaja. Bayaran RM10.

Lepas semua settel, kami pun ambil semua barang dan beg kami dari kereta sebab feri pertama akan berlepas pada pukul 9 pagi.

Kemudian kami menuju ke bahagian perlepasan Jeti Kuala Besut. Tak jauh pun dari tempat parking. Lebih kurang 200 meter saja.

Sampainya di sana, kami melalui satu lorong untuk berbaris dan disitu barulah aku tahu rupanya kena bayar cukai laut.

Serius, ni first time aku baru tahu. Nak pergi ke Langkawi setahu aku tak perlu bayar pun cukai laut. Cukai laut ni kalau tak silap aku RM5 untuk seorang. Maaf aku lupa sebab yang tolong bayar hari tu wife aku. Tangan aku dah penuh dengan beg masa tu.

pulau perhentian
Sedang menuju ke Jeti

Lebih kurang pada pukul 9.15 pagi, barulah kami menaiki boat dan menuju ke Pulau Perhentian kecil. Perjalanan kami ambil masa 45 minit.

pulau perhentian
Baru berlepas ke Pulau Perhentian Kecil

Sebenarnya boat ni berhenti ikut tempat korang bermalam. Contoh macam aku punya aku bermalam ni Tivoli Inn iaitu di tengah-tengah Pulau Kecil. So mereka turunkan aku di Jeti Coral Bay.

Paling aku tak dapat lupakan di sini adalah semasa mencari tempat penginapan. Dah la kedua-dua tangan penuh dengan barang. Berat lagi. Pusing-pusing tempat sama beberapa kali sehinggalah aku tanya orang kat sana barulah nampak “cahaya” sikit.

Dari jeti Coral Bay ke tempat penginapan aku lebih kurang 1 kilometer. So, terpaksalah kami berjalan kaki dari jeti ke sana. Letih tu memanglah letih tapi aura Pulau tu menyebabkan rasa letih tu hilang.

pulau perhentian
Baru tiba di Jeti Coral Bay

Sampainya di sana, aktiviti kami yang pertama adalah tidur. Serius beb. Dah la bangun awal, lepas tu terpaksa berjalan kaki 1 kilometer lebih mencari tempat penginapan. So kami cadang tidur dulu sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya.

tivolli inn
Keadaan bilik di Tivoli Inn

Sehinggalah pada pukul 3 petang, barulah kami keluar dan aktiviti kedua kami pada hari tu adalah pergi ke Windmill Point iaitu kawasan Kincir Angin dari atas bukit sambil melihat air laut membiru luas terbentang.

kincir angin pulau perhentian
Windmill. Aku ambil dengan GoPro 7 Black

Penat dan lelah kami mencari tempat penginapan belum lagi hilang, ni terpaksa pula kami mendaki bukit untuk menuju ke Windmill. Yes, memang penat tapi aktiviti nilah seronok. Tambah seronok lagi jika buat bersama tersayang.

Aku malas nak cerita panjang cantik macam mana kat windmill tu, korang lihatlah video ni kat bawah yang aku ambil sendiri ok. Sambil lihat YouTube aku tu, subscribe la sekali.

Lihat video pemandangan di Windmill

So macam mana korang lihat video atas ni?

Cantik kan?

Serius lawa. Korang seolah-olah berada di satu tempat lain dari yang lain. Kalau korang nak datang sini, korang boleh ambil jurupandu atau boleh naik sendiri. Tapi aku dengan wife aku hanya naik sendiri tanpa ada jurupandu. Jimat sikit wooii…

Selepas berpuas-puas bergambar di sini lebih kurang sejam, kami pun turun dari kincir angin ni dan menuju ke Long Beach untuk hilangkan penat.

long beach
Minum ABC berharga RM3.50. Sedappp…

So, itulah aktiviti kami pada hari pertama.

Ok guys..Aku rasa untuk part seterusnya aku akan sambung pada artikel yang lain sebab aku rasa artikel ni dah panjang sangat.

Stay tuned guys…

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

4 thoughts on “Pengalaman Aku Bercuti di Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam”

    1. secara personal ok bagi sy….kita just nak tidur dan rehat saja kat sana….kebanyakkan masa kita akan habis kat luar masa bercuti ni…dari segi air dan letrik xada masalah…

Leave a Comment

Scroll to Top