Dalam tutorial gambar profil Whatsapp ni, saya akan tunjukkan beberapa tutorial mengenai gambar profil Whatsapp sahaja sebab bila saya tengok di Google ramai juga yang cuba cari tutorial mengenai gambar Whatsapp ni.
Jadi, semua tutorial mengenai gambar profil Whatsapp ni saya kumpulkan di sini untuk rujukan korang.
Tutorial Gambar Profil Whatsapp
Dalam tutorial ni saya ada tunjukkan melalui iPhone sahaja. Tapi apa yang saya perhatikan adalah lebih kurang sama saja dengan phone Android. Jadi, saya harap korang tidak keliru dan boleh ikut satu persatu.
#1. Cara Tukar Gambar Profil Whatsapp
Kadang-kadang kita lupa kat mana nak tukar gambar profil jika kita jarang tukar gambar profil di Whatsapp. Jadi, ini cara nak tukar gambar profil.
Langkah 1 Buka Whatsapp
Langkah 2 Pergi “Settings”
Langkah 3 Klik pada mana-mana bahagian seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
Langkah 4 Klik “Edit” untuk pengguna iPhone dan untuk pengguna Android klik pada icon kamera untuk menukar gambar.
Langkah 5 Kemudian pilih samaada nak guna gambar sedia ada dalam galeri phone atau nak ambil gambar baru guna kamera.
Untuk lihat secara video, boleh lihat di bawah.
#2. Cara Buat Privasi Gambar Profil Whatsapp
Langkah 1 Buka Whatsapp
Langkah 2 Pergi “Settings”
Langkah 3 Klik pada “Account”
Langkah 4 Pilih “Privacy”
Langkah 5 Tekan “Profile Photo”
Kemudian korang akan nampak tiga pilihan berikut;
- Everyone – Sesiapa saja boleh lihat gambar profile Whatsapp kita walaupun kita tidak simpan nombor mereka dalam phone kita.
- My Contacts – Hanya senarai contact yang kita save dalam phone kita saja boleh lihat gambar profile Whatsapp kita
- Nobody – Tiada siapa boleh lihat gambar profile Whatsapp kita walau sesiapa pun.
Pilih pilihan dengan bijak demi privasi korang.
#3. Cara Save Gambar Profil Whatsapp
Untuk pihak Whatsapp menjaga privasi seseorang, kita tidak boleh save gambar seseorang secara terus.
Apa yang perlu korang buat adalah dengan screen shot gambar profil seseorang dan save dalam galeri telefon korang.
Itu saja cara macam mana nak save gambar profile Whatsapp.
#4. Cara Membuat Gambar Profil Whatsapp Bergerak
Untuk pengetahuan korang, buat masa ni belum ada lagi kelebihan untuk letak gambar bergerak sebagai gambar profil korang di Whatsapp.
Whatsapp hanya terima format dalam bentuk JPEG, JPG atau gambar yang statik sahaja.
Harap ini membantu.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.