5 Jenis Game Online Best di Solitaire

Dalam artikel ni saya nak share dengan korang lima jenis game online best di Solitaire. Pernah dengar tak apa itu Solitaire?

Jika korang masa kecil dulu ada komputer di rumah, mesti korang tahu dan pernah dengar apa itu Solitaire sebab dalam Windows 98 atau 99 dulu mesti game ni ada dalam komputer. Sempat la juga saya main game ni dulu.

Tapi pada masa tu game Solitaire ni hanya ada satu game saja iaitu main kad mahjong. Rupanya bila saya cuba explore sendiri hari ni di website Solitaire, rupa-rupanya Solitaire ni hanya jenama yang mereka cipta game tersebut. Sebenarnya dalam tu terdapat berpuluh-puluh lagi game yang korang boleh main secara percuma!

Disebabkan tu, saya teruja nak share kepada korang semua mengenai permainan online yang terdapat di sana yang sangat sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk menghilangkan stress.

Jadi di sini saya nak share lima jenis permainan online best di Solitaire.

5 Jenis Game Online Best di Solitaire

game online best di solitaire

Kelima-lima game ni adalah daripada pandangan saya sendiri yang dah mencuba permainan ni di Solitaire.

Tujuan saya berkongsi ni adalah untuk korang mencuba game yang saya katakan best ni dan rasai sendiri keseronokkan permainan online yang percuma ni.

Sebenarnya ia bukan sekadar game online untuk suka-suka tapi juga boleh melatih kita berfikir dan banyak menggunakan otak.

Game #1: China Temple – Hidden Object Games

Secara ringkasnya permainan ni kita perlu main dengan mencari objek yang tersembunyi.

Objek yang perlu kita cari tu ada di bahagian bawah dalam kotak merah yang telah saya kotakkan seperti dalam gambar di bawah ni.

Game Online Best di Solitaire

Kemudian, untuk bermain permainan ni, kita hanya klik saja pada objek yang dia suruh cari tu pada ruangan atas tu.

Korang kena klik pada objek yang sama dengan apa yang disuruh.

Jika korang tersalah klik, masa permainan akan ditolak sebanyak lima saat.

Jadi masa mencari kita akan semakin singkat jika korang main klik je tanpa klik pada objek yang sepatutnya.

Setiap klik pada objek yang betul, kita akan mendapat score sebanyak 500 point.

Jika kita tak jumpa cari objek yang disuruh cari tu, kita akan diberikan hint sebanyak tiga kali saja. Kalau korang guna hint ni, mesti jumpa punya.

Permainan ni sangat sesuai untuk kanak-kanak yang ingin melatih matanya mencari objek yang tersembunyi mengikut objek yang dinyatakan. So, boleh la latih anak-anak korang mengenali sesuatu disamping menguji tahap kecekapan matanya.

Game #2: Candy House – Match 3 Games

Permainan ni pula ia lebih kurang dengan permainan yang popular pada masa dulu iaitu Candy Crush.

Cara mainnya cukup senang dan simple.

Korang hanya perlu samakan ketiga-tiga warna dalam keadaan melintang atau menegak dan mereka akan menghilang ataupun hancur tandanya kita dah berjaya dan dapat point.

Game Online Best di Solitaire

Kita akan diberikan masa selama 5 minit untuk selesaikan misi sebanyak 20 misi. Maksudnya korang kena matchingkan tiga warna yang sama sebanyak 20 kali dalam tempoh 5 minit.

Setiap yang berjaya, kita akan dapat sebanyak 9 point sahaja.

Dalam permainan ni ada sebanyak 50 level di mana level 1 paling mudah untuk dimainkan dan level 50 adalah yang paling susah.

Pada pandangan saya, permainan ni sangat sesuai untuk melatih kanak-kanak mengenali warna yang sama dan juga melatih mengikut arahan.

Orang dewasa pun boleh main.

Cubalah.

Game #3: Zuma Legend – Match 3 Games

Zuma Legend ni lebih kurang sama dengan Candy House yang saya ceritakan sebentar tadi iaitu kita kena samakan 3 warna ataupun bentuk untuk menghancurkannya bentuk tersebut.

Game Online Best di Solitaire

Tapi cara dia lain sikit. Jika Candy House tadi kita hanya swipe untuk samakan warna/bentuk, tapi untuk permainan Zuma Legend ni kita kena tembak pada bola yang sama warna/bentuk sehingga tersusun tiga supaya bola tu hancur sebelum sampai ke garisan penamat.

Untuk permainan ni dia tak ada masa.

Cuma kita kena pastikan bola tu tidak sentuh pada garisan penamat.

Jika dah sampai pada garisan penamat, korang dikira kalah.

Kelebihan game ni yang saya perhatikan adalah boleh mengajar kanak-kanak mengenal bentuk yang sama jenis selain ianya menarik boleh main tembak.

Game #4: Daily Sodoku

Sodoku adalah salah satu permainan yang sesuai bagi semua golongan sebab ia mengabungkan konsep matematik dalam permainan.

Jadi, ia amat sesuai dimainkan oleh semua orang terutama kanak-kanak untuk melatih kecekapan dalam pengiraan matematik.

Macam mana cara nak main Sodoku ni?

Cuba korang tengok gambar di bawah.

Setiap board mempunyai 9×9 grid bersamaan dengan 81 segi empat sama.

Game Online Best di Solitaire

Setiap dalam grid, garisan melintang dan juga menegak, korang tak boleh mempunyai nombor yang sama. Nombor mestilah nombor yang berlainan iaitu dari nombor 1 sehingga 9.

Permainan ni tidak mempunyai masa tamat. Tapi dia dikira berapa lama korang boleh habiskan permainan ni. Kalau sejam, sejamlah rekod korang akan dikira.

Game #5: Daily Word Search

Akhir sekali game yang boleh dikatakan menarik bagi pandangan saya adalah Word Search.

Game ni tak susah pun nak dimainkan.

Rasanya semua orang pernah main permainan ni zaman kanak-kanak dulu.

Korang hanya cari perkataan yang disuruh dalam kotak yang mengandungi banyak huruf.

Game Online Best di Solitaire

Game ni bagus untuk menguji ketajaman mata kita dan juga mengeja.

Jadi saya sangat syorkan permainan ni dimainkan oleh kanak-kanak yang mula nak belajar mengeja di samping mengenal perkataan dalam bahasa Inggeris.

Di bawah ni saya sediakan video mengenai 5 game best yang ada di Solitaire.

Penutup

Sekarang ni kita dah makin lupa pada game yang lebih banyak berfikir dari game yang hanya untuk keseronokkan semata-mata.

Biasanya game yang banyak untuk kita berifkir ni game yang klasik. Kadang-kadang grafik pun dah ketinggalan zaman.

Tapi game macam nilah baru dikatakan dua dalam satu. Selain berseronok boleh juga meningkatkan daya fikiran kita.

Ok itu saja perkongsian saya mengenai 5 jenis game online best di Solitaire

Jom cuba semua permainan online yang ada di Solitaire.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

4 thoughts on “5 Jenis Game Online Best di Solitaire”

Leave a Comment

Scroll to Top