Jenis Dan Perbezaan Ubat Panadol Yang Ada di Pasaran

Apakah Perbezaan Ubat Panadol Yang Ada di Pasaran? Kali ini aku nak tuliskan sedikit info perbezaan tentang ubat Panadol yang ada di pasaran. Ubat panadol ni nama lainya adalah Paracetamol (PCM) dan ia senang untuk di dapati mana-mana kedai.

Aku nak bagi peringatan disini. Aku bukanlah farmasi yang layak untuk bercakap pasal ubat. Tapi hasil pembacaaan aku dari sumber lain, aku tuliskan kembali di sini dan diolah dengan apa yang aku faham untuk berkongsi dengan korang.

perbezaan ubat panadol

Di sini aku cuma ingin share dengan korang apakah perbezaan ubat panadol yang ada bermacam-macam jenis kat pasaran seperti panadol actifast, panadol soluble, panadol extend dan sebagainya.

Apakah Perbezaan Ubat Panodol Yang Ada di Pasaran?

PANADOL yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

1. PANADOL BIASA

perbezaan ubat panadol
Panadol Biasa

Panadol biasa ni boleh didapati di mana-mana kedai walaupun di kedai runcit. Panadol ini mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan bergantung kepada berat badan seseorang.

Biasanya budak berumur 12 tahun ke bawah ambil sebiji manakala orang dewasa yang berumur 13 tahun ke atas ambil dua biji.

2. PANADOL EXTEND

perbezaan ubat panadol
Panadol Extend

Panadol Extend ini pula mengandungi Paracetamol 665mg. Makanya dosnya lebih kuat sedikit berbanding dengan panadol biasa. Ianya boleh bertahan sehingga 8 jam – 12 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 atau 12 jam.

3. PANADOL EXTRA

perbezaan ubat panadol
Panadol Extra

Panadol Extra mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine. So dalam panadol ni ianya ditambah dengan cafein. Cafein ni bertujuan untuk melegakan sakit yang lebih kuat dan membantu melegakan sakit kepala dengan lebih berkesan.

Panadol ini tidak akan menyebabkan ketidakkeselesaan perut korang.

4. PANADOL ACTIFAST

perbezaan ubat panadol
Panadol Actifast

Tentu ada ingat dengan ayat ni bukan? “Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”

Ini adalah ayat famous iklan Panadol Actifast di malaysia suatu ketika dahulu.

Dalam panadol ini mengandungi 500mg paracetamol dan ditambah 173mg Sodium untuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat. Oleh kerana ianya mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan juga jantung, dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan ubat ini.

5. PANADOL MENSTRUAL

perbezaan ubat panadol
Panadol Menstrual

Tentu korang tidak pernah dengan ubat panadol jenis ini bukan? Panadol Menstrual ini khasnya untuk perempuan yang datang haid. Ianya mengandungi paracetamool 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom ini pula bertujuan untuk mengurangkan ketikaselesaan perut semasa haid.

6. PANADOL SOLUBLE

perbezaan ubat panadol
Panadol SOluble

Panadol soluble ni panadol lagend. Sejak aku kecil lagi panadol ni sudah ada. Istimewanya panadol ni adalah ia boleh larut dalam air dan diminum terus.

Ia mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg untuk mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini pun agak tinggi. Jadi kepada pesakat darah tinggi dan pesakit jantung dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan ubat ini.

Nah.

Ini dia perbezaan ubat panadol yang korang mungkin tak pernah ambil tahu bukan?

Main makan je tanpa tahu kandungan dos dalam ubat ini. Walaupun ia sah dijual kepada orang awam tanpa preskrip dari doktor, aku nasihatkan kepada yang ada penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis perlulah berjumpa dengan doktor dahulu.

Penafian/Disclaimer: Sekali lagi aku nak ingatkan bahawa aku tidak layak untuk menulis tentang ubat. Apa yang aku tulis di sini adalah cuma olahan daripada pemahaman apa yang aku telah baca. Namun, aku juga adalah seorang yang bekerja dalam bidang kesihatan yang mengetahui serba sedikit tentang ubat-ubatan. Penulisan ini hanyalah perkongsian sahaja dan rujukan.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top