013-9346624 (Whatsapp Only)
Perjalanan Terakhir Sebagai Pelatih Penolong Pegawai Perubatan

Perjalanan Terakhir Sebagai Pelatih Penolong Pegawai Perubatan

Alhamdulillah…

Tanggal 4/Jun/2016, maka berakhirlah aku sebagai seorang pelatih Penolong Pegawai Perubatan di Kolej Pembantu Perubatan Seremban selama tiga tahun.

Bagi aku, banyak pengalaman dan pembelajaran yang aku perolehi di sini selain dari belajar mengenai perubatan. Antaranya, aku juga belajar mengenai erti persahabatan dan juga cara hidup di tempat orang.

Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga-tenaga pengajar di sana. Sir Arman Shah, Sir Murdin Amit selaku penyelaras kumpulan 83, Puan Indra selaku mentee yang banyak membantu dalam menyiapkan HSR dan beberapa tenaga pengajar yang lain.

Secara tidak langsung juga, terbinalah lima persahabatan yang sanggup susah senang bersama, makan bersama, bilik bersama dan pergi melancong bersama.

pelatih penolong pegawai perubatan

Asalnya, sepanjang aku berada di sini, aku ingat nak buat diari dalam blog ini. Tetapi kengkangan masa yang sangat hebat dengan kesibukkan praktikal, aku tidak terupdate kisah-kisah aku sepanjang belajar di sini.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kerana sanggup berkawan dengan aku.

Hahaha…

Walapun ramai yang kata aku ni macam katak bawah tempurung, tidak bergaul di dunia luar, ketahuilah bahawa aku sebenar sibuk nak uruskan website-website dan juga blog aku. Korang yang tak pernah ada blog dan website sendiri takkan faham bagaimana sibukkannya nak uruskan benda ni.

InsyaAllah, jika tiada halangan, aku bakal dilantik sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan. Bukan doktor ya. Cuma pembantu doktor je. Kalau korang perasan, yang duk bahagian depan triage kat kecemasan, itulah PPP bukanya doktor.

Nak tahu tentang PPP dengan lebih lanjut, boleh baca topik kerjaya Penolong Pegawai Perubatan.

Sebelum dilantik dalam jawatan kerajaan, kami perlu hadiri PTM dahulu iaitu Program Transformasi Minda di mana dalam program ni banyak menerapkan kepada kami tentang kerajaan.

Program ni lebih kurang untuk brainwash mengenai kerajaan la. Yang mana ada sifat benci pada kerajaan sebelum ni mesti menyokong apa-apa saja dasar Kerajaan 100%.

Masa ni aku telah berPTM di Kolej Kejururawatan Kuala Pilah digabung dengan tiga buah kolej iaitu Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah dan juga Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur.

pelatih penolong pegawai perubatan

Di bawah ni adalah group aku semasa Program Transformasi Minda.

pelatih penolong pegawai perubatan

Ok. Itu saja. Aku sebenar tak ada nak cerita banyak sangat. Cukuplah sekadar ini saja.

Kepada adik-adik yang bakal menjadi pelatih Penolong Pegawai Perubatan tu, jangan buat rajin-rajin sangat masa praktikal. Inilah masa nak rehat-rehat sikit sebelum bekerja.

Hahaha…

Apa-apa pun good luck kepada semua. Semoga semuanya berjaya di dunia dan di akhirat.

Ya! Ini mungkin perjalanan terakhir bagi seorang pelatih dan student, tetapi perjalanan sebenar tidak akan pernah berakhir.

Update 31 Ogos 2018 : Sekarang aku dah pun dipanggil bekerja di Hospital Segamat Johor. Aku menunggu panggilan lebih kurang hampir 2 tahun lamanya. Tapi tak kisah la sebab sepanjang aku menunggu, aku dah timba bermacam-macam pengalaman terutama buat bisnes dan kumpul duit.

Selamat Datang Ke BlogFaiz – Pengenalan BlogFaiz

Selamat Datang Ke BlogFaiz – Pengenalan BlogFaiz

Selamat datang ke blogfaiz – Pengenalan BlogFaiz – sebuah blog yang akan memberikan nilai kepada pembaca.

Alhamdulillah.

Syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana memberikan kepada aku peluang dan ruang untuk membangunkan sebuah blog di mana dalam blog ini aku akan kongsikan tentang Travel, Makanan, Review dan juga tutorial-tutorial yang berguna untuk kehidupan seharian korang.

selamat datang ke blogfaiz

Sebenarnya, sebelum ini aku sudah pun mempunyai beberapa buah blog peribadi. Namun begitu blog tersebut tiada perancangan yang rapi untuk aku berblog secara serius.

Jadi, kenapa aku bangunkan blog lain dengan domain yang baru?

Sebabnya aku ingin mengambil feeling semuanya baru dan ingin start from zero semula. Walaupun begitu, dengan ilmu yang pernah aku ada sebelum ni aku akan gunakan seoptimum mungkin untuk bangunkan blog yang baru ni.

Tujuan aku membangunkan blog ini adalah seperti yang aku telah nyatakan di atas. Aku ingin menabur bakti kepada orang ramai dengan cara aku menulis dan berkongsi melalui blog agar setiap pembaca yang singgah di blog ini mendapat sesuatu input yang bermanfaat untuk mereka.

Untuk pengetahuan korang juga, selain aku menulis blog, aku juga ada buat content melalui video yang diupload ke YouTube. Jika korang masih belum subscribe channel aku, boleh subscribe sekarang kerana content dalam video aku juga sama tujuaan iaitu ingin berkongsikan sesuatu yang menarik kepada korang semua.

Oklah.

Untuk pembukaan ini sahaja yang aku ingin sampaikan.

Kepada yang ingin menjadi rakan blogger aku, bolehlah letak komen di bawah. Jom sama-sama kita tambah kenalan blogger tak kira samaada dari Malaysia ataupun Indonesia.

Ok?

Nanti aku akan kunjungi blog korang satu persatu.

Ouh ya. Sebelum aku akhiri penulisan ni, dalam blog ini aku akan bahasakan diri aku sebagai “Aku” dan anda semua aku akan bahasakan sebagai “Korang”.

Ini kerana aku ingin mewujudkan suasana yang friendly dalam blog ini. Bukanya suasana yang formal dan serius.

Minta maaf kepada gelaran-gelaran terhormat jika korang membaca posting dalam blog ini.

BlogFaiz.com ni adalah sebuah blog peribadi. Blog yang santai dan terbuka. Bukan tempat untuk serius tetapi untuk tempat berkongsi pendapat secara santai.

Jadi aku rasa tidak perlulah bahasakan panggilan yang formal.

Untuk kenali aku dengan lebih lanjut, boleh baca dengan lanjut di halaman tentang aku.

Itu saja pengenalan BlogFaiz.

Selamat membaca kisah dan pengalaman aku dalam blog ini. 😀

Sertai Seminar Ebay Bersama Noorizam Shah

Sertai Seminar Ebay Bersama Noorizam Shah

Buat julung pertama kalinya, aku menghadiri seminar ebay yang di kendalikan oleh pakar ebay Malaysia, iaitu Tuan Noorizam Shah. Masa tu seminar tersebut diadakan di hotel Fair Park Perak pada 18/11/2012. Seminar ebay ini menekankan kaedah jualan dropship iaitu dengan menggunakan artsnow sebagai pembekal. Kaedah ini amat-amat sesuai untuk yang baru bermula dengan ebay sebelum menjual produk fizikal yang lain.

Awas! Korang tidak digalakkan mencuba sendiri sebelum menghadiri seminar beliau.

pelatih penolong pegawai perubatan

Nak tahu berapa semua aku habiskan untuk hadiri seminar ini?

Seminar ini berharga RM350 dimana aku kira ianya cukup-cukup murah jika nak dibandingkan apa yang bakal aku dapat nanti. Lepastu harga tiket bas pergi balik dan makan minum semuanya habis lebih kurang dalam RM500.

Fuhh…. berani tak berani, aku sanggup habiskan sebanyak tu dalam masa 2 hari sahaja walaupun aku masih tidak ada sumber pendapatan tetap kerana masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar.

Semasa nak hadiri seminar ni banyak halangan dan dugaan terpaksa aku tempuhi seorang diri.

Baiklah, pada masa tu aku bertolak dari Kangar ke Ipoh pada pukul 3.30 petang dan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke destinasi. Masa aku sampai ke stesen bas Ipoh pada pukul 10 malam, aku kehilangan arah untuk mencari tempat bermalam kerana tersilap bawa peta walaupun aku dah sediakan peta. Nak pergi terus ke Hotel Fair Park terpaksa cari teksi dan sudah tentu bayaran yang dikenakan sangat mahal. Maklumlah teksi pada masa tu memang mahal.

Ntah kenapa tiba-tiba ada seorang pemuda umur pertengahan ni ajak aku naik kereta dia untuk bawa ke destinasi yang tuju. Rupa-rupanya pemuda tu cari rezeki dengan kereta sapunya. So, apalagi aku pun naiklah asal bayaran murah.

Sampai sahaja kat Hotel Fair Park, sekali lagi aku kehilangan arah. Nak cari masjid tak jumpa. Nak tempah hotel duit tak cukup. Fikir punya fikir, jalan sana sini tiba-tiba nampak kedai mamak. Kalau tak silap nama kedai mamak tu Restoran Tasneem. Di situlah tempat bermalam aku dimana hanya beralaskan meja dan kerusi untuk tidur. Tidur dari malam sampai ke pagi. Nasib baik mamak tu semuanya baik-baik.

Pernah sorang mamak ni tanya kerja apa. Saya jawab pelajar Unimap. Unimap pun diorang tak kenal.

Haha…

Keesokkan subuhnya, aku mula mencari masjid untuk solat subuh. Terbeliak mata aku. Rupa-rupanya ada masjid besar dekat Hotel Fair Park tu. Taklah dekat sangat tapi lebih kurang dalam 500 meter sahaja. Rasa menyesal pulak tidur kedai mamak sebab banyak duit habis beli makanan nak cover supaya tak nak nampak macam menumpang nak tidur.

Hehe…

Semasa balik pula, sekali lagi aku terpaksa tempuhi halangan yang hampir sama. Sampai di Kangar pada pukul 3 pagi dan aku hilang arah untuk balik ke asrama kerana pada masa tu harga teksi cekik darah. Nak tak nak aku terpaksa berjalan ke masjid dekat sekolah agama perempuan Kangar untuk tidur. Jarak tu adalah lebih dalam 2 kilometer.

Semasa dalam perjalanan, aku terpaksa melalui lorong-lorong kedai yang sunyi dan seram. Nasib saya baik kerana tiada apa-apa yang berlaku. Maklumlah kawasan Kangar tu macam pekan sikit. Bila malam ia memang sunyi.

pelatih penolong pegawai perubatan

Itulah serba sedikit kisah pahit manis aku untuk menghadiri seminar tersebut. Bagi aku, nak berjaya itu tidak mudah. Tetapi bila berjaya ia terasa sangat manis. Ebay akan menjadi pendapatan tetap aku suatu hari nanti.

error: Kandungan ini dilindungi!!

Pin It on Pinterest