Dah Habis SPM? Boleh Cuba Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Berminat untuk jadi Penolong Pegawai Perubatan? Hi Assalamualaikum kepada adik-adik lepasan SPM.

Apa khabar semua. Saya harap korang baik-baik jelah. Apa saja keputusan SPM yang korang dapat, terima dengan hati terbuka dan korang kena tanam dalam fikiran bahawa SPM bukanlah penamat tapi ia adalah permulaan sebenar dalam kehidupan.

Jangan jadi macam saya dulu. Dalam fikiran ni kalau gagal exam, gagal lah dalam hidup. Jahilnya dulu sebab ada pemikiran macam ni.

SPM Bukanlah Segala-galanya

Betul.

Dulu saya selalu dengar orang duk sebut-sebut ayat tu, SPM ni bukanlah segala-galanya malah ia adalah permulaan sebenar kehidupan dan arah tuju kita. Bila saya dengar je ayat macam tu, ni ayat nak sedapkan hati je yang mana tak dapat straight A’s.

Tapi bila dah lama-lama sehingga masuk ke alam pekerjaan, betullah ayat yang dikatakan tu.

Sebab apa saya setuju dengan ayat tu?

Dulu saya selalu fikir orang yang kelas bawah ni tak ada masa depan. Exam confirm ada subjek tak lulus dan sebagainya. Bila saya lihat dengan kepala mata saya sendiri sekarang ni, kebanyakkan kelas-kelas hujung di sekolah saya ni dulu lah ada yang masuk maktab perguruan, jadi bomba, polis, askar dan sebagainya.

Manakala kawan saya yang sekolah berasrama penuh dan sekolah elit dulu, masih lagi tercari-cari peluang pekerjaan. Ada yang terlalu kejar belajar sampai master pun ada.

Biarlah.

Itu hak masing-masing.

Point saya nak sampaikan di sini, kelas hujung ke apa, tak bermakna dia tu akan gagal dalam hidup.

Jadi, kepada korang yang tak dapat capai target keputusan yang korang nak, jangan risau, Allah dah aturkan kehidupan kita yang penuh dengan madu dan racun. Apa yang penting, kita jangan malas dan sentiasa rajin mencari peluang untuk memperbaiki diri.

Sebelum korang lanjutkan pembacaan ni, jom subscribe channel YouTube BLOGFAIZ dulu.

Apa Itu Penolong Pegawai Perubatan Dan Skop Kerja?

Penolong Pegawai Perubatan ni dulu dikenali sebagai dressar.

Itu orang kampung panggil la.

Nama popular yang disebut-sebut di hospital adalah MA atau nama panjangnya adalah Medical Assistance. Kalau dalam bahasa melayu pula Pembantu Perubatan.

Tapi, nama moden sekarang ni adalah Penolong Pegawai Perubatan.

Ok itu adalah pengenalan secara ringkas mengenai Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Untuk skop kerja, nanti saya huraikan di bawah.

Teruskan pembacaan.

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

penolong pegawai perubatan

Ok.

Hari ni saya nak sharelah dengan korang semua yang baru habis SPM ni dan masih lagi tercari-cari nak jadi apa lepas ni. Nak mohon jawatan apa lepas ni.

So di sini, saya rekemenkan kepada korang untuk cuba mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan atau orang kampung panggil Dressar atau nama yang paling glamour adalah Medical Assistance (MA).

Saya tahu masih ramai yang tidak tahu dan wujudnya jawatan ni. Tapi sejak Covid-19 melanda, orang ramai dah mula tahu apa itu MA. Dulu mereka ingat kat hospital ni Doktor dan Nurse je.

Ok di sini saya akan cerita beberapa bahagian iaitu macam mana nak apply jawatan Penolong Pegawai Perubatan, pengenalan mengenai Penolong Pegawai Perubatan dan juga gaji. Gaji saya terpaksa cerita juga sebab ramai yang request. Yelah, semua kerja orang akan tengok gaji dulu. Betul tak?

#1. Cara Mohon Penolong Pegawai Perubatan

Macam mana nak mohon jawatan ni?

Senang je. Korang hanya perlu isi SPA.

Masa saya dulu isi SPA8. So, sekarang ni korang perlu isi SPA9.

Pergi ke laman web mereka dan isi apa yang patut.

Nanti pada bahagian pilih jawatan, letak pilihan Latihan Penolong Pegawai perubatan (Separa Perubatan) pada pilihan yang pertama.

Jika ada kesempatan masa, saya akan cuba buat tutorial macam mana nak isi SPA9.

Sebelum korang dipanggil masuk latihan, mereka akan buat sesi temuduga terlebih dahulu. Kalau nak tahu macam mana sesi temuduga berlangsung, boleh baca pengalaman saya temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

Untuk isi SPA9 dan mohon jawatan ni, hanya perlukan result SPM saja. Jika korang pernah masuk Matrikulasi sebelum ni, tak laku pun result Matrik untuk mohon jawatan ni.

Jadi, apa yang penting, kena LULUS subjek teras seperti

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam – Untuk pelajar beragama Islam
  • Pendidikan Moral – Untuk pelajar bukan Islam
  • Sejarah
  • Mathematics / Matematik
  • Sains (Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja)

So, syarat ni lulus saja. Bukannya nak dapat A pun.

Ada juga yang tanya pada saya. Kalau bukan aliran sains boleh juga ke mohon?

Ya, boleh mohon. Tak ada masalah sebab bila masuk nanti, kita akan belajar semula biologi apa yang telah kita belajar masa tingkatan 4 dan 5 dulu. Tapi advance sikit lah.

#2. Info Penolong Pegawai Perubatan

Jadi, apa sebenarnya Penolong Pegawai Perubatan ni?

Ok, di sini kita ambil definisi daripada nama jawatan. Bila kita sebut Pegawai Perubatan, itu adalah doktor. Jadi, kita ni adalah seorang pembantu atau penolong bagi seorang doktor.

Ikut pengalaman saya, doktor ni lebih kepada assesement kepada pesakit untuk lihat rawatan apa terbaik untuk diberikan dan bila ada sesuatu yang perlu dibuat seperti jahit luka-luka kecil, bancuh ubat, beri rawatan awal dan sebagainya, MA lah yang akan dipertanggungjawabkan.

Sebenarnya, tempat MA ni adalah di kecemasan. Itu adalah kawasan untuk MA sebenarnya sebab MA ni adalah seorang paramedik yang dilatih untuk memberi rawatan awal dan rawatan kecemasan sebelum diserahkan kepada Pegawai Perubatan untuk dilihat secara lebih lanjut.

Pernah korang tengok ambulan atas jalan raya dengan siren?

Korang jangan ingat atas ambulan tu ada doktor. Doktor ni jarang benar nak naik ambulan untuk pergi ke tempat kejadian. Yang ada hanya MA, pemandu dan PPK. Kita sebagai MA yang akan jadi ketua di tempat kejadian apa yang perlu dibuat.

Kerja MA ni seronok jika korang berjiwa perawat dalam diri korang. Jika korang mohon jawatan ni sebab perkara lain, mungkin korang akan kecundang awal sebab kerjaya sebagai MA ni agak mencabar sebenarnya.

Selain tu juga, jika korang ni jenis alim-alim yang tak boleh nak lihat aurat orang lain, minta jauhkan dari minta jawatan ni sebab boleh dikatakan setiap hari lihat akan lihat aurat orang lain. Dah menjadi kebiasaan bagi perawat-perawat di hospital. Sebab apa saya cakap macam ni, sebab ada yang dah terkena. Masa mohon tak fikir apa kerja yang dibuat.

#3. Gaji

Bab gaji ni yang ramai suka nak dengar tapi bab gaji ni saya tak reti nak hurai. So, korang boleh tengok la sendiri jadual di bawah ni.

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
U32RM2,331.00RM6,394.00RM155.00
U36RM3,590.00RM7,605.00RM180.00

So, jika korang tengok di atas ni basic gaji permulaan kita hanyalah RM1,797.00. Standardlah di Malaysia bertaraf Diploma banyak tu je la boleh. Tapi bila korang campur dengan pelbagai elaun yang lain, mungkin gaji korang untuk permulaan akan cecah sehingga RM2500 sebulan.

Setiap tahun, gaji kita akan naik sebanyak RM145.

Kalau nak kenaikkan gaji bertambah setiap tahun, kenalah upgrade jawatan dari U29 ke U32 atau yang lebih tinggi lagi.

So, untuk gaji itu jelah yang boleh saya beritahu.

Penutup

Baiklah. Kepada adik-adik yang baru saja dapat result SPM, terimalah apa saja keputusan yang kita ada. Ingat pesan saya awal-awal tadi. Jangan rasa down, jangan rasa terlalu rendah diri, jangan berputus asa jika apa yang kita target tak capai.

Jangan risau. Tengoklah nanti 5-10 tahun akan datang, semuanya akan berubah secara total. Nanti korang akan lihat sendiri apa yang telah saya laluinya sekarang.

Dan kepada yang masih pening-pening nak sambung belajar kat mana, nah boleh cuba minta jawatan Penolong Pegawai Perubatan ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

8 thoughts on “Dah Habis SPM? Boleh Cuba Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan”

    1. peratusan nak lulus PPK tu agak rendah sbb mereka tak nak ambil lulusan tinggi jadi PPK…just yang layak dengan kelayakkan je…terlebih layak pun tak boleh juga

  1. Nak tanya, adakah kita masih dapat sambung pengajian ke degree atau master setelah diterima untuk penolong pegawai perubatan atau semasa masih berkhidmat?

Leave a Comment

Scroll to Top