Perjalanan Terakhir Sebagai Pelatih Penolong Pegawai Perubatan

Alhamdulillah…

Tanggal 4/Jun/2016, maka berakhirlah aku sebagai seorang pelatih Penolong Pegawai Perubatan di Kolej Pembantu Perubatan Seremban selama tiga tahun.

Bagi aku, banyak pengalaman dan pembelajaran yang aku perolehi di sini selain dari belajar mengenai perubatan. Antaranya, aku juga belajar mengenai erti persahabatan dan juga cara hidup di tempat orang.

Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga-tenaga pengajar di sana. Sir Arman Shah, Sir Murdin Amit selaku penyelaras kumpulan 83, Puan Indra selaku mentee yang banyak membantu dalam menyiapkan HSR dan beberapa tenaga pengajar yang lain.

Secara tidak langsung juga, terbinalah lima persahabatan yang sanggup susah senang bersama, makan bersama, bilik bersama dan pergi melancong bersama.

pelatih penolong pegawai perubatan

Asalnya, sepanjang aku berada di sini, aku ingat nak buat diari dalam blog ini. Tetapi kengkangan masa yang sangat hebat dengan kesibukkan praktikal, aku tidak terupdate kisah-kisah aku sepanjang belajar di sini.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kerana sanggup berkawan dengan aku.

Hahaha…

Walapun ramai yang kata aku ni macam katak bawah tempurung, tidak bergaul di dunia luar, ketahuilah bahawa aku sebenar sibuk nak uruskan website-website dan juga blog aku. Korang yang tak pernah ada blog dan website sendiri takkan faham bagaimana sibukkannya nak uruskan benda ni.

InsyaAllah, jika tiada halangan, aku bakal dilantik sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan. Bukan doktor ya. Cuma pembantu doktor je. Kalau korang perasan, yang duk bahagian depan triage kat kecemasan, itulah PPP bukanya doktor.

Nak tahu tentang PPP dengan lebih lanjut, boleh baca topik kerjaya Penolong Pegawai Perubatan.

Sebelum dilantik dalam jawatan kerajaan, kami perlu hadiri PTM dahulu iaitu Program Transformasi Minda di mana dalam program ni banyak menerapkan kepada kami tentang kerajaan.

Program ni lebih kurang untuk brainwash mengenai kerajaan la. Yang mana ada sifat benci pada kerajaan sebelum ni mesti menyokong apa-apa saja dasar Kerajaan 100%.

Masa ni aku telah berPTM di Kolej Kejururawatan Kuala Pilah digabung dengan tiga buah kolej iaitu Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah dan juga Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur.

pelatih penolong pegawai perubatan

Di bawah ni adalah group aku semasa Program Transformasi Minda.

pelatih penolong pegawai perubatan

Ok. Itu saja. Aku sebenar tak ada nak cerita banyak sangat. Cukuplah sekadar ini saja.

Kepada adik-adik yang bakal menjadi pelatih Penolong Pegawai Perubatan tu, jangan buat rajin-rajin sangat masa praktikal. Inilah masa nak rehat-rehat sikit sebelum bekerja.

Hahaha…

Apa-apa pun good luck kepada semua. Semoga semuanya berjaya di dunia dan di akhirat.

Ya! Ini mungkin perjalanan terakhir bagi seorang pelatih dan student, tetapi perjalanan sebenar tidak akan pernah berakhir.

Update 31 Ogos 2018 : Sekarang aku dah pun dipanggil bekerja di Hospital Segamat Johor. Aku menunggu panggilan lebih kurang hampir 2 tahun lamanya. Tapi tak kisah la sebab sepanjang aku menunggu, aku dah timba bermacam-macam pengalaman terutama buat bisnes dan kumpul duit.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top