Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis/Produk
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » Panduan Cara Isi SKT dan LNPT Online Dalam HRMIS

Panduan Cara Isi SKT dan LNPT Online Dalam HRMIS

Post on December 13, 2020 Last Updated on December 30, 2020 by FaizAlias

Panduan ni sebenarnya untuk rujukan aku juga pada masa depan sebab aku pun masih baru lagi dalam sistem HRMIS ni dan sementara masih fresh lagi cara-cara nak isi SKT dan LNPT ni aku buatkan tutorial ni.

Baiklah.

Sebelum tu, aku ceritakan sikit apa itu SKT dan LNPT ni?

Maksud SKT adalah Sasaran Kerja Tahunan di mana ia untuk kita dinilai samaada sasaran kerja kita tercapai ataupun sebaliknya manakala LNPT pula bermaksud Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

cara isi skt dan lnpt

Kalau korang kerja kerajaan korang tahulah benda apa sebenarnya tu dan kenapa ia penting. Setiap tahun kita sebagai pekerja perlu isi benda ni untuk dinilai.

Siapa yang nilai?

Pegawai atasan la yang nilai kita nanti.

Benda ni dia ada dua bahagian seperti yang aku ceritakan sebentar tadi iaitu bahagian pertama korang perlu isi dan hantar SKT dan bahagian kedua barulah korang isi dan hantar LNPT.

Jadi aku harap korang nampak sikitlah apa nak buat dengan SKT dan LNPT ni.

Mungkin yang ada di sini yang masih baru dalam HRMIS kan?

Jadi, tutorial kali ni aku nak tunjukkan bagaimana untuk isi SKT dan juga LNPT ni dalam HRMIS. So, korang taklah tergapai-gapai nak cari tutorial kat mana sebab tak ramai yang nak buat tutorial ni secara percuma.

Panduan Mengisi SKT dan LNPT Online Dalam HRMIS

Berikut adalah cara untuk mengisi SKT dan LNPT dalam HRMIS. Untuk mengisi benda ni korang perlu guna komputer atau laptop. Jangan sesekali guna smartphone korang yang canggih tu.

Bahagian I: Cara Mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Untuk bahagian 1 ni aku akan update kemudian sebab untuk bahagian ni aku dah terbuat. Jadi, nak buat untuk kali kedua semata-mata untuk tutorial dah tak boleh.

Jadi, aku terus bahagian kedua iaitu cara mengisi LNPT selepas selesai isi SKT.

Bahagian II : Cara Mengisi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

Lepas dah isi dan hantar bahagian I sekarang ni kita perlu isi dan hantar pula bahagian II.

Langkah 1 Pada bahagian menu pergi ke Fungsi » Penilaian Prestasi » Pegawai Yang Dinilai

cara isi skt dan lnpt

Langkah 2 Klik pada tahun semasa

cara isi skt dan lnpt

Langkah 3 Klik pada bahagian II untuk mengisi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

cara isi skt dan lnpt

Langkah 4 Untuk bahagian dua ni pecah pula kepada dua bahagian yang korang perlu isi iaitu “Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi” dan “Latihan“.

blank

Pada bahagian kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi korang isi je apa-apa aktiviti yang korang lakukan walaupun sekecil-kecil aktiviti.

Contohnya jika korang aktif mendaki bukit bersama dengan kumpulan-kumpulan tertentu, tulis je sini. Kalau korang suka aktiviti berbasikal berkumpulan, tulis juga di sini. Tapi pastikan korang aktif atau pernah join. Bahagian ni cuma nak tahu samaada korang ni aktif ke tak aktif selain dari bidang kerja hakiki.

blank

Pada bahagian latihan pula, isi je apa latihan yang korang nak walaupun tak terlibat langsung dengan pekerjaan atau bidang korang sekarang ni. Sebagai contoh korang kerja dalam bidang Penolong Pegawai Perubatan dan latihan yang korang nak tu kemahiran memasak. Tak ada masalah.

blank

Langkah 5 Lepas siap isi semua, scroll ke bawah sikit dan korang akan lihat butang klik hantar. Klik je pada butang tu untuk dihantar kepada penilai.

blank

Jadi, lengkaplah borang SKT dan LNPT korang untuk dinilai setiap tahun. Mudah je sebenarnya cara nak isi SKT dan LNPT ni kalau dah biasa.

Semoga bermanfaat! kalau boleh jangan lupa untuk subscribe channel YouTube aku iaitu “BlogFaiz“.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Siapa Saya?

blankMinat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives