Cara Renew SSM Online Melalui Website Ezbiz (Updated)

Macam mana cara renew SSM online tanpa perlu pergi ke kaunter? Sebelum ni saya ada banyak buat tutorial cara nak bayar bil elektrik secara online, cara nak beli barang Shopee dengan selamat dan pada kali ni saya rasa terpanggil pula nak buatkan tutorial cara renew lesen SSM secara online disebabkan ramai yang request mengenai tajuk ni.

Yela.

Musim wabak sedang melanda ni mana orang nak berjalan sana sini.

Setakat urusan renew lesen SSM kita boleh je buat secara online.

Tak perlu nak berebut ambil nombor giliran dan berkumpul di tempat orang ramai.

Sebenarnya nak renew lesen SSM ni tak semestinya korang kena pergi ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pejabat pos untuk renew lesen SSM. Cuma, jika nak daftar perniagaan baru je barulah korang kena pergi ke pejabat SSM. Tu pun untuk pendaftaran pertama kali saja.

Tahu ke tak sebenarnya ada cara yang lebih mudah iaitu korang boleh renew lesen SSM secara online je tanpa perlu pergi ke mana-mana pejabat untuk memperbaharui lesen SSM tu. Lagipun tak semua tempat ada pejabat SSM dan pejabat pos ni.

Jadi, cara paling mudah adalah dengan kita renew lesen SSM secara online je.

Cepat, murah dan jimat.

Tak sampai lima minit kita isi semua info yang diperlukan kita dah terus boleh download lesen perniagaan SSM kita tu secara online.

cara renew ssm online

Jadi, tutorial saya pada kali ni adalah macam mana cara nak nak renew lesen SSM online.

Tapi sebelum tu kita lihat dulu beberapa perkara penting yang patut korang perlu ambil tahu.

Harga Renew SSM Online

Ok di sini saya tak ceritakan mengenai syarikat SDN.BHD sebab pendaftaran syarikat tu jenis spesial sikit. Saya hanya cerita lesen SSM enterprise saja samaada menggunakan nama tred (trade name) atau nama sendiri mengikut dalam IC.

Trade name ni contohnya jika kita buat nama syarikat seperti Milo Ais Enterprise, Milo Production dan sebagainya.

So, ini adalah harga renew terkini untuk SSM.

  • Untuk pendaftaran SSM menggunakan trade name atau jenis perkongsian masih lagi kekal RM60/setahun.
  • Untuk pendaftaram SSM menggunakan nama sendiri masih juga kekal sebanyak RM30 setahun.

Terma & Syarat Renew SSM

Kemudian, kita tengok dulu syarat-syarat untuk renew lesen SSM.

  1. Untuk perniagaan enterprise, lesen yang nak direnew hendaklah tidak tamat tempoh dalam masa 12 bulan atau setahun. Jika tak direnew dalam tempoh tersebut, secara automatik lesen perniagaan SSM akan bebas didaftarkan oleh orang lain. Kalau kita nak semula nama tu terpaksalah buat pendaftaran yang baru.
  2. Jika renew melebihi tamat tempoh, akan ada denda dari pihak SSM. Ini adalah contoh pengiraan kompaun atau denda kalau lewat renew SSM kita. Bulan pertama lewat akan kompaun RM20. Bulan seterusnya tambah RM10 bagi setiap bulan lewat sehingga la satu tahun. Lebih dari satu tahun tidak renew, lesen kita akan terbatal sepenuhnya. Jika nak semula nama syarikat tu, kena buat pendaftaran baru semula.
  3. Untuk renew lesen SSM, paling minimum adalah 1 tahun dan paling maksimum adalah 5 tahun.
  4. Tiada masalah jika nak orang lain bantu renew lesen perniagaan korang. Macam contoh korang jauh di kawasan pedalaman. Internet tak ada. Kalau ada internet pun tak reti nak buat renew SSM online. Jadi, cara terbaik upah je sesiapa yang boleh bantu renew lesen SSM.

Cara Pendaftaran Akaun EZbiz

Ok sebelum kita pergi dengan lebih lanjut macam mana nak renew lesen SSM secara online, di sini saya nak tunjukkan terlebih dahulu macam mana nak buat pendaftaran akaun Ezbiz sebab nanti untuk kita buat renew SSM online kita akan gunakan laman web ni.

Langkah 1 Untuk pendaftaran akaun Ezbiz, kita pergi ke laman web Ezbiz dan masukkan nombor IC yang betul serta nama yang penuh.

cara renew ssm online

Kemudian klik pada butang register untuk pergi ke langkah yang seterusnya.

Langkah 2 Seterusnya korang akan di bawa ke halaman untuk isi semua info dengan lengkap di sini.

cara renew ssm online

Antara info yang perlu korang isi adalah;

  1. Username – Masukkan apa-apa saja username seperti contoh “blogfaiz”
  2. Password – Masukkan password yang selamat
  3. Re-type Password – Masukkan password yang sama untuk pengesahan
  4. Email – Masukkan alamat email yang betul dan aktif digunakan
  5. Nama – Masukkan nama yang penuh mengikut dalam IC
  6. ID Type – Pilih jenis ID. Biasanya di sini dia auto dah tolong isikan
  7. ID. No – Masukkan nombor ic yang penuh tanpa simbol ‘-‘
  8. Colour – Masukkan kod warna bagi IC kita. Untuk rakyat Malaysia biasa, warna IC kita adalah Biru.
  9. Nationality – Pilih status kerakyatan kita samaada Penduduk Tetap atau Rakyat Malaysia
  10. Gender – Pilih jantina samaada lelaki atau perempuan
  11. Date of Birth – Pilih tarikh lahir kita
  12. Race – Pilih bangsa kita apa samaada Melayu, Cina, India atau lain-lain lagi.
  13. Address – Nanti masukkan alamat rumah kita dengan lengkap
  14. Mobile Phone No – Masukkan nombor telefon kita dengan lengkap

Bila korang dah siap isi info yang diperlukan, klik pada butang Save dan pendaftaran korang dah pun berjaya.

Sekarang boleh login ke akaun Ezbiz untuk renew SSM secara online.

Cara Renew Lesen SSM Secara Online

Sebentar tadi kita dah buat pendaftaran akaun Ezbiz. So, apa tunggu lagi. Boleh login sekarang mengikut info yang telah kita daftar tadi.

Kalau belum lagi buat pendaftaran, sila buat daftar masuk dalam laman web Ezbiz SSM terlebih dahulu.

Andai kata korang dah daftar sebelum ni dan lupa password, klik je butang Forgot Password. Nanti follow je cara-cara nak reset password tu.

cara renew lesen ssm online

Lepas dah siap daftar, ikut tutorial di bawah untuk renew lesen SSM sendiri.

Langkah 1 Pergi ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/ dan log masuk dengan menggunakan info yang korang telah daftar sebentar tadi.

Langkah 2 Lepas dah log masuk ke akaun ezbiz, tengok pada menu My Business Service » Renewal by Owners.

cara renew lesen ssm online

Langkah 3 Lepas tu sistem akan kesen melalui IC kita jika kita pernah daftarkan perniagaan sebelum ni. Jika korang daftar 3 syarikat sebelum ni menggunakan IC yang sama, so sistem akan senarai kesemua ketiga-tiga syarikat kita tu pada bahagian ni.

cara renew lesen ssm online

Untuk mula renew lesen, klik pada icon pensil di bawah bahagian Action. Boleh rujuk gambar di atas.

Langkah 4 Pada halaman ni, korang scroll bawah sikit dan lihat pada bahagian Renewal Form.

cara renew lesen ssm online

Pada bahagian Business Info, korang boleh pilih Yes atau No. Busines info ni akan paparkan segala info maklumat bisnes korang tu.

Yang ni tak perlu ada pun takpe.

Sebab yang sebelum ni korang dah dapat sebenarnya masa awal-awal daftar dulu. Kalau hilang dan nak tengok balik apa info yang telah korang daftarkan, boleh klik Yes di sini.

Kemudian pilih berapa tahun nak renew. Lagi lama renew, lagi banyak diskaun kita dapat.

Kemudian dia akan tunjukkan berapa jumlah yang perlu kita bayar.

Macam perniagaan aku guna nama bisnes trend.

Jadi untuk nama bisnes trend ni adalah sekitar RM60-RM70 manakala kalau lesen dengan nama sendiri kalau tak silap aku RM20 je kot.

Murah je kan kalau untuk setahun?

Langkah 5 Kemudian, klik je pada butang Pay Online. Kalau korang rasa nak bayar cash kat kaunter, boleh tekan butang Pay Over The Counter (Cash Only)

cara renew ssm online

Tapi tutorial kali ni kita nak buat bayaran secara online kan?

So, klik pada butang Pay Online.

Langkah 6 Sekarang kita sudah masuk ke halaman pembayaran. Di sini ada dua kaedah yang korang boleh pilih samaada nak bayar guna Online Banking atau guna kad debit.

cara renew ssm online

Pilih je mana-mana semuanya senang nak buat pembayaran

Tapi di sini aku pilih online banking je la.

Untuk cara pembayaran ni aku tak cerita detail kat sini.

Korang just follow je cara-cara nak bayar tu.

Langkah 7 Lepas dah siap bayar, pergi ke halaman utama balik. Lihat menu My Business Services » Renewal History.

cara renew ssm online

Tujuan kita sekarang ni adalah untuk download lesen yang telah kita renew sebentar tadi.

Langkah 8 Kemudian, klik pada icon pensil.

cara renew ssm online

Langkah 9 Kemudian, klik butang Download Certificate untuk download lesen perniagaan yang baru.

cara renew ssm online

Perhatian! Setiap lesen yang baru hanya sah didownload dalam tempoh 14 hari sahaja dari tarikh pembayaran. Lepas itu link download lesen akan ditamatkan. Jadi, sila download dengan kadar segera.

Siap!

Mudah je kan?

Kalau nak tengok contoh lesen SSM boleh tengok sini » Contoh Lesen SSM

So lepas ni korang tak perlu susah-susah nak pergi ke kaunter nak buat bayaran.

Jimat masa korang sejam dua jam.

Kalau nak tengok dalam bentuk video, boleh tengok di bawah.

Jika sudi, jangan lupa subscribe juga tanda support dari korang semua.

Cara Renew Lesen SSM Untuk Orang Lain

Tahukah korang bahawa nak renew lesen SSM online bukan untuk lesen kita saja tapi juga kita boleh tolong renew untuk orang lain juga.

Contohnya jika ada saudara mara korang yang berada jauh di kampung dan susah untuk keluar bandar, korang boleh bantu mereka renew lesen perniagaan mereka dengan cara ni.

Jom kita mulakan.

Langkah 1 Layari laman web Ezbiz SSM dan terus login dengan menggunakan ID yang pernah korang daftar sebelum ni. Jika belum daftar lagi dalam laman web tersebut sila daftar terlebih dahulu.

Langkah 2 Bila dah login, tengok pada menu atas My Business Services » Renewal by Person Responsible.

cara renew ssm online

Langkah 3 Kemudian, masukkan nombor SSM yang korang nak renew tu. Tak kira la siapa pemilik nombor SSM tu korang boleh tulis sini untuk bantu mereka renew lesen SSM.

cara renew ssm online

Lepas dah masukkan nombor SSM, klik pada butang Search.

Langkah 4 Seterusnya korang perlu pilih berapa lama tempoh masa nak renew, tandakan tick pada terma dan syarat dan klik pada butang Proceed to Payment jika dah berpuas hati dengan apa yang korang buat.

cara renew ssm online

Jika korang tengok di atas ni, jumlah yang dikenakan RM60 adalah untuk nama trading. Jika korang menggunakan nama sendiri jumlah renew hanya RM30 sahaja sama seperti dulu.

Langkah 5 Kemudian, korang boleh pilih samaada nak bayar di kaunter SSM/pejabat pos atau nak bayar terus secara online.

cara renew ssm online

Jika nak bayar terus secara online, boleh klik pada butang Pay Online.

Kemudian apa yang perlu korang buat, lengkapkan saja pembayaran sehingga selesai.

Siap!

Kalau nak download sijil pula, sama juga dengan tutorial di atas sekali dalam post ni.

Jika korang maish tidak faham dengan tutorial bertulis, boleh lihat tutorial video di bawah ni cara renew SSM untuk orang lain.

Kesimpulan

Dalam tutorial ni saya dah tunjukkan cara macam mana cara renew SSM online tanpa perlu pergi ke kaunter. Pastikan sebelum renew tahu dulu terma dan syarat supaya tak timbul masalah masa nak renew nanti.

Mungkin ramai yang tidak tahu.

Untuk renew lesen SSM ni, kita boleh juga pergi ke pejabat post.

Jadi kalau korang tak tahu sangat IT boleh la pergi renew di pejabat pos sebab nak cari SSM ni bukan semua tempat mereka ada. Kalau ada pun mungkin jauh.

Soalan Lazim

Boleh ke renew SSM bayar di pejabat pos?

Ya. Untuk renew lesen SSM boleh bayar di pejabat pos yang terdekat. Tiada masalah.

Boleh ke renew SSM jika dah tamat tempoh?

Jika lesen SSM korang dah tamat tempoh walaupun sehari, korang kena pergi berurusan secara direct di kaunter SSM sahaja. Sebab tu jika boleh kita kena renew awal sehari sebelum tamat tempoh.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

4 thoughts on “Cara Renew SSM Online Melalui Website Ezbiz (Updated)”

Leave a Comment

Scroll to Top