Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer Lepas Kena Scam

Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer Lepas Kena Scam

Last Updated on December 29, 2020 by FaizAlias Leave a Comment

Macam mana cara nak dapatkan balik duit dari scammer lepas kena scam? Sebelum aku pergi dengan lebih jauh lagi, aku nak ajar sikitlah rakyat Malaysia ni tentang jual beli online supaya tak mudah kena scam.

Kadang-kadang aku rasa nak marah pun ada. Sebab, “jahil” sangat pembeli online kat Malaysia ni. Tak dapat nak beza kat mana selamat dan tak selamat nak jual beli. Bila kena tipu sibuk cari aku untuk minta nasihat sebab aku pernah kupaskan isu ni dalam channel YouTube aku dengan topik bagaimana nak dapatkan semula wang yang kena scam.

Dulu seingat aku yang selalu kena scam ni golongan-golongan tua je, tapi sekarang ni golongan muda pun ramai kena scam online sedangkan mereka ni boleh dikatakan celik IT.

cara dapatkan balik duit dari scammer
Apa Perlu Buat Jika Korang Kena Scam?

Cara #1 Report Polis dan Pergi Bank
Cara #2 Tuntutan Tribunal
Cara #3 Tuntutan Mahkamah Kecil

Jika kita lihat sekarang ni, sangat banyak kes-kes kena scam dekat online ni terutama di laman web jual beli tak rasmi seperti Instagram, Facebook, Mudah.my dan sebagainya.

Ya.

Korang kena tahu bahawa, walaupun Instagram dan Facebook adalah syarikat atau jenama besar, tapi korang jangan ingat jual beli kat sana selamat. Instagram dan Facebook memang dimiliki oleh syarikat yang dipercayai tapi masalahnya yang menjual barang atau servis kat sana bukanya pekerja Instagram atau Facebook. Itu semua pengguna sama macam korang.

Laman sosial seperti Instagram dan Facebook ni buka direka khas untuk tempat aktiviti jual beli. Ia adalah satu platform untuk kita bersosial secara alam maya. Jual beli kat sana tu hanyalah sampingan saja.

Begitu juga dengan Mudah.my.

Mudah.my ni pun bukan laman web rasmi untuk tempat jual beli. Mudah.my ni adalah satu platform tempat pengiklanan di mana semua orang boleh iklan apa-apa saja barang di sana. Kalau korang tengok macam-macam barang yang ada di Mudah.my dan masalahnya bila nak berurusan jual beli, kita kena terus direct bank in dengan owner barang tersebut. Ini yang menjadi masalah dan punca kenapa banyak yang kena scam dekat Mudah.my.

Mari pula kita lihat laman web rasmi untuk jual beli online ni.

Kalau di Malaysia, laman web rasmi jual beli online yang popular adalah Shopee dan Lazada.

Baik.

Lazada dan Shopee adalah laman web rasmi jual beli online dan laman web mereka 100% selamat untuk proses jual beli online.

Kenapa aku cakap mereka ni selamat?

Aku bagi contoh.

Katakan korang beli satu barang ni tapi bila sampai kat rumah barang ni rosak atau pecah. Dengan mudahnya korang boleh tukar balik barang tersebut melalui sistem yang telah disediakan.

Begitu juga dengan barang yang lambat sampai dari tempoh waktu yang ditetapkan, korang boleh request cancel dan dapatkan semula wang tersebut.

Sebabnya, bila korang bank in duit untuk beli barang, ia bukan direct kepada akaun bank seller. Korang akan bayar terlebih dahulu kepada Shoppe atau Lazada dan bila sistem web mereka kesan barang tersebut telah selamat diterima barulah duit tersebut dilepaskan kepada seller.

Disebabkan sistem ni tiada peluang untuk seller cuba scam korang melainkan korang tak tahu pun cara nak dapatkan balik semula wang tersebut.

Jadi di sini aku merayu pada mereka diluar sana kalau nak beli online tu belilah di tempat yang memang khas untuk jual beli online.

Dan kepada yang buat pelaburan-pelaburan yang “bodoh” aku nasihatkan siasat dulu latar belakang syarikat mereka. Jangan terus buat membuta tuli. Akhirnya jatuh terduduk bila syarikat lari.

Baiklah. Panjang pula mukadimah aku ni.

Tujuan aku tulis artikel kali ni adalah untuk beritahu korang macam mana nak dapatkan balik duit dari scammer yang korang penah kena tipu ni.

InsyaAllah, jika itu rezeki korang, korang akan dapat balik.

Apa Perlu Buat Jika Kena Scam?

Di sini aku ada tiga cara yang boleh kongsikan kepada korang macam mana nak dapatkan duit balik dari scammer jika kena scam.

Cara #1 Report Polis dan Pergi Bank

Untuk info anda, cara ni dah terbukti berkesan daripada pengalaman orang yang dah pernah kena tipu.

Ikut tutorial di bawah untuk buat cara ni.

Langkah 1 Pergi ke balai polis berhampiran untuk buat report polis. Masa buat report polis tu, korang beritahu macam ayat yang diberitahu dalam gambar di bawah.

SAYA TELAH MEMASUKKAN WANG KE DALAM AKAUN YANG SALAH. REPORT INI BERTUJUAN UNTUK RUJUKAN PIHAK BANK.

cara dapatkan balik duit dari scammer

Langkah 2 Lepas dah siap report, terus pergi ke bank untuk tuntut balik wang tersebut.

Dari apa yang aku baca dan dengar pengalaman orang lain, duit tu pihak bank akan bagi semula dengan cara tarik duit dari akaun scammer tu.

Pernah ada orang tanya aku.

Bank mana nak pergi kalau terlibat dua bank? Macam contoh korang bank Maybank dan scammer ni bank CIMB.

Pergi ke bank yang korang buat transaksi tu.

Sebagai contoh korang guna bank Maybank, pergi ke Maybank.

Pergi dulu dan cuba dapatkan nasihat dari pihak bank macam mana.

Jika itu memang rezeki korang, korang boleh dapat balik duit tersebut.

Cara #2 Tuntutan Tribunal

Untuk tuntutan tribunal ni adalah berjumlah kurang daripada RM25,000 sahaja. Dan cara ni berkesan jika kita tahu info scammer tu seperti alamat rumah, nombor telefon dan akaun bank.

Untuk buat tuntutan tribunal, sila ikut tutorial di bawah.

Langkah 1 Pergi ke laman web https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home dan buat pendaftaran akaun dulu.

Langkah 2 Lepas dah daftar sila login dan buka file tuntutan. File tuntutan ni korang akan dikenakan sebanyak RM5 sahaja.

Itu saja.

Kemudian file yang korang isi tu pihak tribunal tuntutan akan menghantar kepada seller. Dalam tu nanti seller atau scammer ni akan diberitahu tarikh dan masa untuk perbicaraan di mahkamah.

Jika perbicaraan di mahkamah didapati seller/scammer salah dan buyer betul, pihak mahkamah akan menyuruh buyer ni membayar ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan.

Apa terjadi jika seller/scammer tidak bayar dalam tempoh yang ditetapkan?

Pihak mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap seller yang tidak mahu bayar balik duit.

Cara #3 Mahkamah Tuntutan Kecil

cara dapatkan balik duit dari scammer

Untuk mahkamah tuntutan kecil ni pula hanya untuk bernilai RM5000 ke bawah sahaja. Jadi, kalau korang kena scam bawah RM5000 boleh guna cara ni.

Cara ni digunakan untuk saman penjual yang telah melanggar kontrak. Bila sebut pasal kontrak mesti korang fikir kertas hitam putih kan?

Tak. Istilah kontrak ni boleh jadi dengan sangat mudah di mahkamah apabila ada perjanjian dua hala dan masing-masing bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan di bawah akal yang waras.

Sebagai contoh korang ada buat pembelian telefon dan dijanjikan oleh seller akan sampai dalam tempoh 7 hari. Tapi, dalam masa 21 hari telefon belum sampai. Ini dinamakan melanggar kontrak.

Untuk cara ni, prosedure sangat ringkas dan mudah. Kita tak perlukan peguam pun

Cara-cara nak buat tuntutan boleh rujuk tutorial bagaimana nak buat tuntutan mahkamah kecil.

Jadi, sebaik sahaja korang ikut prosedur untuk memulakan kes, ini adalah perkara paling penting yang korang kena tunjukkan kepada hakim:

  • Pertama, korang kena buktikan adanya kontrak antara korang dan penjual. Korang boleh buktikan hal ini, dengan tunjukkan screenshot teks antara korang dan penjual, atau cetak pengesahan pesanan.
  • Kedua, korang kena buktikan yang penjual tak hantar barang kepada korang. Sebagai contoh, korang tunjukkan screenshot teks korang yang tanya penjual mana barang korang, atau dengan kegagalan penjual untuk tunjukkan resit pos.

Aku harap langkah ni korang tahu bagaimana proses perjalanan untuk tuntutan tribunal pengguna ni.

Kesimpulan

Dalam artikel ini, korang telah belajar macam mana cara nak dapatkan balik duit dari scammer. Nasihat aku, kalau nak buat apa-apa transaksi online tu, berhati-hatilah terutama dalam jumlah yang besar.

Sedih bila lihat pada hari ini masih ramai lagi yang kena tipu dan scammer pula bersuka ria atas kedukaan kita.

Kalau nak lihat dalam bentuk video, boleh lihat video di bawah ni.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Baca juga..

  • Cara Memindahkan Whatsapp ke Smartfon Baru Dengan Nombor Yang Sama
  • Cara Mohon Unifi Mobile – Unlimited Internet
  • Aku, PKP dan Covid-19
  • Cara Tukar Password Unifi Pada Router atau Modem
  • Kisah Aku Dengan Peminta Sedekah Online

Siapa Saya?

blankMinat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives