Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah Serta Doa

Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah | Setiap yang hidup, pasti akan merasai kematian. Itulah lumrah alam yang perlu kita lalui semasa hidup atas dunia ni. Sekecil-kecil virus pun ada fasa hidup dan matinya. Begitulah juga dengan manusia di mana tujuan kita hidup atas muka bumi ni hanya satu saja iaitu ikut perintah Allah.

Dalam islam, bila berlakunya kematian seseorang orang islam, salah seorang mesti buat solat jenazah untuk mayat tersebut kerana ia adalah Fardhu Kifayah.

Jadi dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara lengkap cara solat jenazah tetapi ringkas dan padat untuk korang mudah follow.

Panduan Lengkap Niat & Cara Solat Jenazah

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut cara solat jenazah, mari kita lihat terlebih dahulu rukun solat jenazah.

7 Rukun Solat Jenazah

  1. Niat
  2. Berdiri bagi orang yang mampu
  3. Empat kali takbir
  4. Membaca surah Al-fatihah
  5. Membaca selawat ke atas nabi
  6. Mendoakan keampunan buat si mati
  7. Memberi salam

Niat Solat Jenazah

Untuk pengetahuan korang, untuk niat ni kita boleh je niat dalam bahasa apa sekali pun. Nak niat dalam bahasa india pun boleh. So, tak perlu korang beria nak hafal niat dalam bahasa arab. Kalau korang hafal pun lagi baik.

Jadi di sini saya berikan niat dalam bahasa melayu supaya korang cepat hafal.

Yela, sembahyang jenazah sekali sekali mesti korang lupa niat dalam bahasa arab. So, niat je dalam bahasa melayu.

Niat Solat Jenazah Lelaki

Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

Niat Solat Jenazah Perempuan

Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

Kedudukan Jenazah Ketika Solat

Di bawah ni saya tunjukkan kedudukan jenazah lelaki dan wanita ketika disembahyangkan.

Ianya hanya berbeza kedudukan kepala.

Untuk jenazah lelaki, kepalanya adalah sebelah kiri imam manakala untuk jenazah wanita kepalanya adalah sebelah kanan imam.

Seperti biasa, untuk solat jenazah ni, kita perlu menghadap kiblat juga.

cara solat jenazah
cara solat jenazah

Cara Solat Jenazah

Langkah 1 Niat, Takbir Pertama & Al-fatihah – Berdiri tegak dan mengangkat takbir sambil bacakan niat. Niat boleh lafaz dalam bahasa melayu atau dalam bahasa arab. Kemudian baca Al-fatihah.

Langkah 2 Takbir Kedua & Selawat – Lepas baca Al-Fatihah, angkat takbir kali kedua dan baca selawat sekurang-kurangnya “Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad”

Langkah 3 Takbir Ketiga & Doa – Selepas selesai selawat, angkat takbir kali ketiga kemudia baca doa pengampunan untuk Jenazah.

  • Doa Jenazah Lelaki: Allahumagfirlahu Warhamhu Wa ‘Aafihi Wagfu ‘Anhu
  • Doa Jenazah Perempuan: Allahumagfirlaha Warhamha Wa ‘Aafiha Wagfu ‘Anha

Atau reka je doa sendiri dalam bahasa melayu supaya Jenazah diampunkan. Baca dalam hati.

Langkah 4 Takbir Keempat & Doa – Lepas doakan keampunan untuk jenazah tadi, angkat sekali lagi takbir yakni takbir keempat iaitu takbir terakhir dan disunatkan baca doa berikut:

  • Doa Jenazah Lelaki: Allahumma Laa Tahrimnaa Ajrohu WaLaa TafTinNaa Ba’Dahu (Ba’DaHaa)
  • Doa Jenazah Perempuan:  Allahumma Laa Tahrimnaa AjRaHaa WaLaa TafTinNaa Ba’DaHaa

Untuk takbir keempat tak baca doa pun tak apa. Lepas takbir keempat terus bagi salam. Doa cukup masa takbir ketiga tadi.

Langkah 5 Beri Salam – Selesai semua tadi, beri salam iaitu dengan cara memalingkan muka kiri dan kanan dalam keadaan berdiri untuk keluar dari solat Jenazah.

cara solat jenazah

Doa Selepas Solat Jenazah

Bacaan dalam kurungan (***) dengan tanda * adalah untuk jenazah wanita

cara solat jenazah

Bismillahi Rahmanirrahim

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil ‘Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain.

Allahumma Bihaqqi Muhammadin Wa Ali Muhammadin Ala Tuazziba Hazal Mayyiti *(Mayyitati).

Allahummaj-‘Al Qobrohu *(Qobraha) Raudhotan Min Riyadhil Jannati Walaa Taj’al Qobrohu *(Qobraha) Hufratan Min Hufarinniirani.

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Ashaabihi Ajmain Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia rasul dan ke atas kaum keluarga serta para Sahabat sekalian. Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi Muhammad dan ahli keluarganya, janganlah Engkau siksa jenazah ini. Ya Allah jadikan kuburnya sebagai taman daripada taman-taman syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai lubang daripada lubang neraka. Selawat dan salam Allah ke atas Junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Soalan Lazim

Bilakah waktu solat Jenazah?

Solat jenazah boleh dilakukan pada bila-bila waktu kerana ia mempunyai sebab.

Apakah hukum solat Jenazah?

Hukum solat jenazah adalah Fardhu Kifayah di mana sekurang-kurangnya SEORANG sahaja yang menguruskan dan melakukan solat jenazah. Jika tidak, satu kampung akan berdosa.

Boleh ke wanita solat Jenazah?

Ya boleh. Walaupun jarang kita lihat wanita solat jenazah, ianya dibolehkan dan tiada larangan untuk wanita solat jenazah.

Perlukah ada wuduk untuk solat jenazah?

Ya. Anda perlu ada wuduk untuk solat jenazah. Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh rujuk di laman web jabatan mufti.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top