Apa Itu Aqiqah Dan Panduan Lengkap Aqiqah

Apa Itu Aqiqah Dan Panduan Lengkap Aqiqah | Anak adalah satu anugerah yang sangat istimewa yang Allah berikan oleh kita. Tanpa kehadiran anak dalam hidup, hidup kita pasti akan berasa sunyi dan paling menyakitkan kita tidak akan ada peyambung keturunan. Jadi, salah satu untuk kita tunjuk terima kasih kita pada Allah kerana kurniakan anak adalah dengan melaksanakan ibadah Aqiqah.

Maksud Aqiqah

apa itu aqiqah

Apa itu aqiqah? Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada waktu kelahirannya.” Itu menurut pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.

Menurut istilah syarak, Aqiqah bermaksud peyembelihan haiwan ternakkan tertentu dengan tujuan tanda rasa syukur kita di atas kelahiran cahaya mata.

Aqiqah pada asalnya membawa maksud membuang segala kotoran yang ada di kepala bayi.

Masa Aqiqah

Untuk melakukan ibadah aqiqah, ia tiada masa yang terhad seperti ibadah qurban. Ibadah aqiqah, kita boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja. Ia menjadi satu tanggungjawab ibu bapa kepada anak tersebut selagi ianya tidak dilaksanakan sehinggalah anak itu mencapai umur akil baligh.

Namun, masa terbaik untuk melakukan ibadah aqiqah adalah 7 hari, 14 hari atau 21 hari selepas kelahiran anak seperti sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Tapi jika ada ibu bapa yang betul-betul tidak mampu untuk melakukan ibadah aqiqah, seseorang itu sunat buat aqiqah untuk dirinya sendiri apabila sudah dewasa.

Hukum Aqiqah

Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Jika buat boleh pahala besar dan jika tidak buat kita tidak berdosa. Tetapi sesiapa yang tidak buat ibadah aqiqah ni, kita akan rugi besar kerana kita tidak menunjukkan kesyukuran kita pada Allah yang mengurniakan cahaya mata pada kita.

Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. – (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

Menurut Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.

Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS dimana ada satu peristiwa dimana Allah memerintahkan kepada Nabi Ibrahim supaya menyebelihkan anaknya iaitu nabi Ismail. Namun ketika menyembelih, Allah menukarkan Nabi Ismail tadi kepada seekor Kibas.

Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

Syarat Sah Haiwan Aqiqah

Haiwan untuk aqiqah sama saja syarat dengan haiwan untuk melakukan ibadah qurban.

Untuk haiwan yang layak untuk disembelih boleh rujuk jadual di bawah.

Jenis HaiwanUmur Minima
1. KibasSatu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
2. Biri-Biri, Domba dan KambingMelebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
3. Lembu dan KerbauMelebihi dua tahun
4. UntaMelebihi lima tahun

Lain-lain syarat tambahan, haiwan yang disembelih untuk aqiqah mestilah:

  1. Tidak cacat
  2. Tidak buta
  3. Tidak bunting
  4. Tidak terlalu kurus

Soalan Lazim

Bila masa aqiqah boleh dilakukan?

Ibadah aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa saja sebelum mereka capai akil baligh. Waktu terbaik adalah selepas 7 hari kelahiran anak.

Apakah hukum aqiqah?

Hukum aqiqah adalah sunat muaakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Jika kita buat akan dapat pahala yang besar dan jika tidak buat kita tidak berdosa.

Boleh ke aqiqah dibuat masa hari raya haji?

Ya, aqiqah boleh dibuat masa hari raya haji atau semasa kita sambut hari raya aidiladha.

Apa itu Aqiqah sebenarnya?

Dalam bahasa mudah Aqiqah adalah satu ibadah untuk kita menzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana kurniakan cahaya mata.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top