Tempat Menarik di Genting Highland – First Aniversari (Bahagian 3)

Tempat Menarik di Genting Highland | Beberapa hari lepas aku ada ceritakan tentang perjalanan aku dari Bentong sehinggalah menuju ke puncak Genting, pada bahagian dua. Pada bahagian dua tu aku saja ceritakan tentang pengalaman aku first time naik ke Genting supaya korang yang first time naik ni akan buat lebih persediaan.

Ok. Pada bahagian tiga ni adalah bahagian terakhir di mana aku akan ceritakan tentang tempat-tempat menarik di Genting Highland yang telah aku pergi.

Tempat Menarik di Genting Highland – First Aniversari (Bahagian 3)

Sesudah aku parking kereta aku di First World Plaza, tempat pertama yang aku tuju di sini adalah Snow World.

1. Snow World

Snow World ni adalah satu tempat untuk korang merasai suasana ketika berada di luar negara. Suhunya adalah antara 0 darjah celcius sehingga -5. Senang cakap dibawah tahap bekulah. Kalau korang simpan air dalam tu boleh beku.

Bayangkanlah sendiri macam mana sejuknya dalam ni. Ianya seperti sebuah peti ais yang besar.

Menarik di Genting Highland

Untuk berada di dalam ni, korang akan dihadkan selama 30 minit sahaja. Bunyi macam tak puas bukan?

Aku pada mulanya fikir macam tu juga. Bayar mahal-mahal boleh masuk 30 minit je?

Aku percaya, korang yang tak pernah merasai kesejukkan yang melampau apabila berada dalam tu, tak sampai 10 minit aku jamin korang rasa nak keluar.

Tangan korang akan rasa kebas-kebas sampai satu tahap tu korang tak rasa apa-apa pun bila pegang sesuatu.

Kepada yang ada masalah kesihatan yang kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, pernah buat pembedahan korang tidak boleh masuk ke sini dikhuatiri korang akan mengalami kejutan.

Ini bukan suka-suka aku beritahu tetapi kat situ sudah siap-siap tulis amaran siapa yang boleh masuk dan siapa yang tak boleh masuk.

Kepada wanita mengandung dan juga kanak-kanak yang kurang ketinggian 130cm juga tidak dibenarkan masuk.

Menarik di Genting Highland

Bayaran?

Masa aku pergi betul-betul time cuti sekolah. So kadarnya betul-betul naik mendadak iaitu RM40 untuk seorang. Ketika hari biasa aku pernah tengok ratenya sekitar dalam RM25 sahaja.

So korang fikirkanlah nak pergi ke sini time cuti sekolah.

Apabila tamat atau cukup 30 minit, wisel akan dibunyikan tandanya korang kenalah keluar.

2. Awana Skyway

Kat sini ada dua cabel car iaitu Awana Skyway dan juga Genting Skyway. Aku ingat nak merasai kedua-duanya tetapi Genting Skyway pada masa tu ditutup untuk tujuan penyelenggaran.

So aku pun mencubalah Awana Skyway.

Menarik di Genting Highland
Bermula dari Awana Skyway Station ke Genting Premium Outlet (GPO)

Di mana Awana Skyway ni terletak?

First time aku mencari Awana Skyway ni memamg tak jumpa. Konfem korang pun pening nak mencarinya.

Ini tips aku bagi untuk korang mencari Awana Skyway.

Kereta korang boleh parking di Hotel First World sebab nanti korang tak perlu berjalan jauh.

Lepas tu korang masuk saja dalam hotel tu dan lihat signboard. Ikut saja signboard. Korang akan jumpa dengan Awana Skyway.

Info Tambahan

Hotel First World di Genting Highland adalah hotel yang terbesar di dunia dengan jumlah bilik 7351. Mulai dibuka pada tahun 2001.

Jika korang nak lagi senang, parking kereta korang dekat dengan Genting Premium Outlet (GPO) dan naik ke puncak Genting dengan Awana Skyway ni. Lagi senang. Tak perlu mencari Awana Skyway di atas puncak Genting dan tak perlu susah-susah nak naik dengan kereta ke atas.

Bayaran?

Bayarannya adalah sangat berbaloi. Hanya RM14 sahaja untuk pergi dan balik.

3. Colmar Tropicale

Colmar Tropicale ni sebenarnya agak jauh dari Genting Highland tetapi ia juga termasuk dalam lokasi percutian aniversari aku.

Menarik di Genting Highland
Peta dari Colmar Tropicale ke Genting Highland

Cuba korang tengok peta di atas.

Kalau nak ikutkan jalan lurus tak sampai 4 kilometer pun jaraknya. Yang menjadi jauh kerana laluan yang bengkang bengkok. Jaraknya adalah lebih kurang 41 km dan mengambil masa sejam untuk sampai ke sini dari Genting.

So apa yang menarik di sini?

Tempat Menarik di Genting Highland

Menariknya di sini adalah korang boleh lihat rekaan bangunan yang cantik ala-ala Perancis. Kalau korang berada kat sini serius macam berada di luar negara cuma kat sini tak sejuk.

Lupa pula nak cerita pasal tiket.

Tiket untuk masuk ke sini adalah RM16 untuk seorang di mana RM16 ni korang boleh masuk di tiga buah tempat iaitu Colmar Tropicale, Japanese Garden dan juga Animal Park.

4. Japanese Garden

Colmar Tropicale dan Japanese Garden tidak jauh jaraknya lebih kurang 3km sahaja. Di sini ada sedia bas shutter dimana korang boleh naik bas shutter ni secara percuma atau boleh naik kenderaan sendiri.

Bas shutter ni disediakan bermula dari Colmar Tropicale dan dia akan bawa korang pergi ke Japanese Garden dan juga Animal Park.

Jika korang sayangkan masa dan budget masa cuti tak lama, aku sarankan naik saja kenderaan sendiri sebab aku menunggu bas hampir sejam nak pergi ke tempat seterusnya.

Japanase Garden ni korang boleh rasa ala-ala berada di jepun. Serius. Taman-taman kat sini cantik dan bersih. Sangat sesuai jika korang ingin melepaskan stress kerja dan bercuti bersama pasangan.

Tempat Menarik di Genting Highland
Dalam kawasan japanese garden

Bunyi air terjun di sini yang semula jadi sangat menyamankan.

Tempat Menarik di Genting Highland
Di kawasan air terjun kecil yang comel

5. Animal Park

Akhir sekali yang aku kunjungi adalah animal park. Kat sini bagi aku agak kecewa sedikit sebab aku ingatkan macam zoo ada bermacam-macam haiwan. Rupanya hanya beberapa jenis haiwan sahaja.

Antara haiwan di sini yang ada adalah burung, arnab, keldai dan kambing.

Aktiviti di sini rupanya lebih kepada memberi arnab makan. Siapa yang suka arnab bolehlah ke tempat ini.

Jadi inilah first aniversari aku di Genting Highland. Kepada korang aku nasihatkan first aniversari ni buatlah betul-betul memori dalam hidup korang kerana ianya amat bermakna bagi korang dan pasangan sepanjang hidup bersama.

Jom follow aku punya Channel YouTube “Blog Faiz

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top