Review Aircond Portable. Berbaloikah Untuk Dibeli?

Dalam artikel ni saya akan ulas atau buat review aircond portable samaada berbaloi atau tidak untuk korang beli.

Dua hari lepas saya baru saja terima barang yang dibeli dari lazada dengan harga RM1349. Barang tersebut adalah sebuah aircond portable jenama Midea.

Sebelum beli aircond portable jenama Midea ni, korang harus baca review yang saya buat ni dulu supaya korang dapat buat keputusan yang bijak samaada ingin membelinya ataupun tidak.

Review Aircond Portable. Berbaloi ke?

review aircond portable
Unboxing dan cara pasang aircond portable

#1. Review Ringkas

Sebelum tu saya nak tanya apa yang ada dalam fikiran korang sampai terfikir nak beli aircond portable ni?

Kenapa tak beli je aircond yang biasa tu yang boleh lekat kat dinding tu sebab aircond yang biasa lagi murah dan lebih sejuk (pada pengalaman saya) dan kenapa pula saya beli aircond portable ni jika aircond biasa jauh lebih baik?

Sebenarnya saya beli aircond portable ni untuk memudahkan diri sendiri jika berpindah rumah nanti. So tak perlu la nak fikir pasal nak buka balik aircond yang telah dipasang di dinding ketika pindah rumah nanti.

Just angkut je nanti

Kalau korang nak tahu pasang dan buang aircond korang akan dikenakan cas kerana korang perlu mengupah orang lain untuk melakukannya. Melainkan korang pandai untuk pasang dan buka sendiri.

Harga untuk pasang sebuah aircond sekarang pun diantara RM150 hingga RM300. So, sebab aku tak mahu fikir panjang, aku beli saja aircond portable ni walaupun aku sudah tahu kondisinya macam mana.

Ok, sekarang ni review aku sejujurnya tentang aircond portable ni setelah seharian aku menggunakannya. Nanti aku up lagi artikel lain setelah sebulan aku menggunakannya.

Aircond ni aku tempah dari Lazada. Dari apa yang aku perhatikan dan buat survey, beli online ni rupanya lagi murah. Bezanya ratus-ratus juga. Risiko beli online ni jika ada barang rosak susah korang nak jumpa seller sebab jauh. Kalau beli walk in ni korang senang nak berurusan jika ada masalah pada aircond.

Jika korang first time beli benda ni, korang akan blur kerana spare part agak banyak dalam ni untuk korang pasang saluran udara panas. So korang akan pening sekejap bila melihatnya.Tapi takpe. Aku ada sediakan video tutorial pada korang bagaimana nak pasang aircond portable ni.

Walaupun banyak barang yang diberikan, korang hanya gunakan separuh sahaja dari barang yang diberikannya.

#2. Kebaikkan dan Keburukkan Aircond Portable

Semua jenis aircond portable ni sama je kebaikkan dan keburukkan dia.

Jom kita tengok apa kebaikkan dan keburukkan aircond jenis portable ni.

Kelebihan

  • Senang nak bawa ke mana-mana tanpa perlu fikir untuk pemasangan.nak pindah jauh.
  • Senang pasang
  • Tidak perlu salur air untuk buang air sejuk aircond
  • Senang nak guna
  • Boleh control dari jauh dengan alat kawalan jauh

Kebaikkan

  • Harga agak mahal berbanding aircond biasa
  • Bilik lambat sejuk
  • Agak susah nak pasang untuk salurkan udara panas.
  • Walaupun senang untuk pindah berbanding aircond biasa, tapi beratnya boleh tahan.

Spesifikasi Aircond Portable Midea

Berikut adalah spesifikasi Aircond Portable Midea.

  • Brand & Model : Midea MPF-12CRN1 1.5hp Ionizer Portable Air-conditioners
  • Net Weight : 31.4 kg
  • Gross Weight : 35.5 kg
  • Power supply : 220v-240v
  • 1255W = 1.255kW
  • Packing Size : (515 x 443 x 880) m
  • Auto Swing
  • Timer Settings
  • R410A Refrigerant (Eco-friendly)
  • Ionizer
  • Cooling Capacity Btu/h 12000
  • Remote Control
  • Built-in Ionizer

Pengalaman Menggunakan Aircond Portable

Aircond ni mengambil masa antara 15-30 minit untuk menyejukkan secara keseluruhan ruangan bilik aku yang bersaiz sederhana.

Dari segi penjimatan elektrik, aku masih belum dapat kepastian lagi. Nanti aku tuliskan review lagi selepas sebulan aku menggunakannya. Untuk jimat kos elektrik, korang jangan pasang aircond ni tanpa henti. Ia perlu berehat juga. Nanti tak pasal-pasal bil elektrik korang melambung tinggi.

Berapa Kos Bil Letrik TNB Dalam Masa Sebulan?

Mungkin korang nak tahu kan berapakah kos dalam masa sebulan jika menggunakan aircond ni dalam masa-masa yang tertentu.

Di sini saya tolong buat kira-kira untuk korang dengan menggunakan tutorial cara kira kos elektrik yang pernah saya up sebelum ni.

Langkah 1 Power penggunaan untuk aircond ni adalah sebanyak 1255W atau 1.255kW

Langkah 2 Kita anggarkan penggunaan dalam masa sehari adalah 5 jam sahaja.

Langkah 3 Jadi 1.255kW x 5 jam = 6.275 kWh. Itu dalam masa sehari. Dalam masa sebulan 6.275 x 30 = 188.25 kWh.

Langkah 4 Kemudian, kita lihat pada jadual julat TNB di mana 188.25 kWh berada pada julat 21.80 sen/unit. Jika ditukarkan kepada RM akan jadi RM0.218/unit.

Langkah 5 Jadi, total secara kasar penggunaan aircond ni dalam masa sebulan jika kita guna 5 jam sehari adalah;

188.25 kWh x RM0.218 = RM41.03.

Jadi di sini kita dah dapat jawapan jika kita guna selama 5 jam sehari dalam masa sebulan kos yang perlu kita bayar untuk aircond ni adalah sebanyak RM41 sahaja.

Kesimpulan

Kesimpulan aku untuk korang yang ingin mendapatkan aircond portable ni, jika korang jenis berpindah randah, aircond portable ni sangat sesuai untuk korang. Jika korang dah ada penempatan yang tetap, aircond yang biasa tu jauh lebih baik.

Jika korang ada rumah yang tetap atau rumah tu hak milik korang sendiri, aku rekemenkan untuk beli aircond yang biasa tu sebab harganya jauh lebih murah.

Untuk dapatkan review yang lebih baik, korang boleh lihat video yang aku hasilkan di bawah atau boleh pergi ke channel YouTube blogfaiz.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

32 thoughts on “Review Aircond Portable. Berbaloikah Untuk Dibeli?”

Leave a Comment

Scroll to Top