Pernah tengok pisau belah durian yang viral di Instagram baru-baru ni? Kalau korang kaki instagram mesti pernah tengok pisau viral ni.
Secara peribadi, saya belum pernah lagi tengok pisau yang di design macam ni. So ni adalah pertama kali tengok dengan pisau yang ketot macam ni tapi kuat dan tajam.
Memang nice la.
So, disebabkan tergoda dengan review oleh Instafamous baru-baru ni, saya pun cubalah dapatkan satu pisau belah durian di Lazada.
Dalam artikel ni saya akan buat review pisau ni dengan lebih detail supaya korang mudah buat keputusan samaada nak beli pisau ni atau tak.
Review Pisau Belah Durian Untuk Belah Durian Dengan Mudah
Sebelum ni saya rasa belum pernah lihat lagi pisau yang direka khas untuk belah buah durian ni.
Tahun 2021 ni barulah saya ternampak pisau ni dan first impression saya bila tengok yang buat pisau ni agak “wow”.
#1. Material
Seperti yang diclaim oleh kilang pembuat pisau ni, ia diperbuat daripada besi Stainless Steel. Maksud besi Stainless steel ni adalah sejenis besi yang tahan karat dan kuat.
Kalau korang tengok parang yang biasa kita beli di kedai tu, ia akan cepat berkarat jika kita tidak jaga dengan elok. Sebab tu parang yang baru dibeli akan disalut dengan minyak supaya tidak mudah berkarat.
Tapi pisau belah durian jenama Zelex ni tak perlu disapu minyak pun untuk elak karat. Hanya cuci bersih-bersih lepas guna dan keringkan. Yang ni kalau korang nak pisau ni lagi lebih lama berkhidmat la.
Kalau lepas guna terus simpan pun tak mengapa.
#2. Kegunaan
Sebelum beli saya ingatkan pisau ni boleh guna untuk belah buah durian je tapi ternyata pisau ni juga boleh digunakan untuk potong tulang keras, menyiang ikan dan sebagainya. Senang kata untuk kegunaan berat atau lasak pisau ni tak ada masalah untuk digunakan.
Perfect!
Jadi, kalau korang rujuk gambar di atas pada hujung mata pisau tu adalah tempat untuk belah durian manakala pada bahagian tengah tu untuk korang cincang tulang dan sebagainya.
#3. Berat, Tinggi, lebar dan Panjang
Berat pisau ni lebih kurang 500g je atau setengah kilogram!
Bagi saya berat macam ni sedap untuk kita pegang dan memotong sesuatu sebab daya untuk memotong akan jadi lebih ringan.
Jadi, pisau ni tak terlalu ringan dan tak terlalu berat untuk digunakan. Sesuai untuk semua.
Sekarang kita tengok pula dimensi pisau ni iaitu lebar, tinggi dan panjang.
Untuk panjang pisau ni adalah 23.5 cm dengan ukuran dari pangkal sehingga hujung pisau. Lebar pula adalah 3.3 cm sahaja. So, bagi saya lebar pisau 3.3 cm ni adalah cukup tebal dan padu.
Manakala ketinggiannya pula adalah hanya 8.2 cm sahaja.
Jadi dengan dimensi dan berat seperti ni, pisau ni sedap untuk pegang ketika kita gunakan.
#4. Design
Seperti yang saya beritahu tadi, design pisau macam ni adalah first time saya tengok. Ketot tapi kuat dan gagah.
Biasanya pisau atau golok kita akan tengok hujung tu jenis runcing.
Tapi pisau ni tak. Di jadi lurus.
Tujuannya adalah untuk lebih senang ketika belah durian nanti.
Nama pun pisau belah durian kan?
Kalau korang tengok gambar di bawah ni, hulu pisau sama panjang dengan mata pisau.
Jadi sebab tulah kalau kita nak buat kerja dengan pisau ni rasa lain dari yang lain.
Rasa keseimbangan tu memang padu.
Jika kita perhatikan pula pada hulu pisau tu, dia ada tulisan jenama bagi pisau ni iaitu Zelex. Sebenarnya tulisan tu berfungsi untuk tidak slip atau tergelincir masa kita menggunakan pisau ni.
Jadi taklah mudah terlucut atau rasa tidak kemas masa kita mencincang ikan dan sebagainya.
#5. Cara Asah Mata Pisau Zelex (Pisau Belah Durian)
Lepas dah guna pisau, kali ni kita tengok pula cara asah pisau ni bila mata dah mulai tumpul.
Cara nak asah pisau ni bukan main bedal je melainkan korang tak kisah nak beli pisau lain lepas ni.
Ada beberapa yang perlu kita buat sebelum mengasah pisau ni untuk menjaga kualiti dan juga jangka hayat penggunaan.
Sebelum asah pisau ni, pastikan batu asah atau whetstone direndam selama 5 minit dalam air untuk pastikan semua air masuk ke dalam batu asah tu. Ini akan menjadikan batu asah tidak terlalu kasar semasa mengasah pisau.
Kemudian condongkan mata pisau lebih kurang 10-15 darjah dan barulah asah.
Cara nak asah pula, masa kita nak tolak pisau ni kedepan, kita perlu berikan sedikit tekanan pada mata pisau tu pada batu asah. Masa nak tolak ke belakang pula, lepaskan mata pisau dari batu asah.
Lain-Lain Info Pisau Belah Durian Jenama Zelex
Tadi saya dah terangkan dengan lebih detail mengenai pisau belah durian ni. Sekarang ni mari kita lihat pula info tambahan yang mungkin korang nak tahu pasal pisau ni.
- Pisau ni telah dikemaskan dan dipolish dengan kaedah laser. Sebab tu pisau ni nampak bersinar.
- Sesuai untuk digunakan dengan semua aktiviti di dapur.
- Untuk tahan lebih lama guna pelapik kayu semasa mencincang tulang.
- Pisau Zelex adalah jenis 5Cr15 bermaksud jenis stainless steel yang kuat dan lasak. Jenis ni adalah paling popular dalam pembuatan pisau.
- Harga pisau belah durian jenama Zelex ni adalah RM36 tidak termasuk dengan kos hantar.
- Produk ni ada jaminan jika patah atau rosak. Boleh hubungi penjual. Jika korang membeli di Lazada, boleh lihat tutorial cara refund dan return barang di Lazada atau kalau korang membeli di Shopee boleh lihat tutorial cara refund dan return barang di Shopee.
Jika korang nak tengok review saya mengenai pisau belah durian ni secara video, boleh la tengok video di bawah ni atau boleh pergi ke channel YouTube blogfaiz.
Kesimpulan
Dalam artikel ni saya tunjukkan dan buat review mengenai pisau yang viral di Instagram pada musim durian tempoh hari.
Bila saya cuba dapatkan pisau jenama Zelex ni di Lazada, memang tak menyesal langsung sebab pisau ni memang padu. Nak belah durian pun jadi lebih senang. Dengan mata pisaunya yang agak tajam dan kuat seperti parang membuatkan kita rasa lebih selesa semasa membelah durian.
Ada orang kata parang kan ada nak belah durian.
Bagi saya parang tak sesuai untuk belah durian sebab parang ni dia panjang berbanding dengan pisau Zelex ni. Jadi, bila panjang kekuatan untuk kita belah durian tu akan kurang berbanding dengan saiz pisau yang pendek dan kuat.
Jika korang berminat nak dapatkan pisau belah durian jenama Zelex ni, boleh dapatkan di Lazada.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
terbaik. Pisau pun boleh buat review naa… hehe
kita buat je review selagi bermanfaat… 😀
pisau ni boleh guna untuk potong kelapa tak? nampak macam tebal
tak pasti…tak pernah try guna belah kelapa…rasanya macam boleh tapi tak sesuai dengan design macam ni