Senarai Lokasi Meggi Belut Sedap di Kelantan

Senarai Meggi Belut Sedap di Kelantan | Sebenarnya meggi bukanlah makanan kegemaran aku. Aku langsung tak minat nak makan meggi ni apatah lagi yang jenis bersup sebab aku tak suka dengan kandungan perencah meggi. Ianya tak bagus untuk kesihatan.

Namun ia bukan menjadi satu halangan bagi aku bila aku mula jatuh hati ketika mencuba meggi belut untuk pertama kalinya di Bukit Marak, Melor, Kelantan.

So, kalau nak makan meggi aku akan cari meggi belut jelah.

Meggi Belut Sedap
Meggi belut sedap di Kelantan

Senarai Lokasi Meggi Belut Sedap di Kelantan

Kepada penggemar meggi belut yang melancong ke Kelantan, mungkin korang tercari-cari meggi belut kat mana yang paling best.

Dalam artikel ni, aku akan kongsikan beberapa buah gerai yang menghidangkan menu meggi belut sedap di Kelantan yang pasti memikat selera korang.

#1. Meggi Belut Bukit Marak

Meggi Belut Sedap
Meggi belut Bukit Marak.Abaikan muka jalan jauh ni.

Di sinilah tempat pertama kali aku menghirup meggi belut sehingga aku jatuh hati padanya.

Boleh katakan meggi belut di sini paling best yang aku pernah rasa kerana cara masakkan meggi biasa yang pernah aku makan sebelum ini tersangat jauh bezanya dengan meggi belut ni.

Supnya amat pekat dan pedas.

Amaran mesra kepada yang tidak suka pedas dan ada alahan pedas.

Meggi belut di sini pedas berapi.

Tapi bagi aku lagi pedas lagi kaw. Cuma tidaklah pedas macam cili baru tumbuk tu.

Kuantiti daging belut dia letak dalam meggi korang jangan risau. Agak banyak juga dan padan dengan harganya.

Bintang aku bagi untuk meggi belut di sini adalah 4.9 daripada 5 bintang.

Lokasi terletak di 212, Jln Bukit Marak, 16400 Melor, Kelantan atau Waze/Google Maps “meggi belut bukit marak”.

#2. Meggi Belut Pengkalan Chepa (Tepi Penjara)

Meggi Belut Sedap
Meggi belut tepi penjara Pengkalan Chepa

Kat sini, meggi belut dia ada dua jenis iaitu meggi belut tomyam dan juga meggi belut kari.

Pada mulanya aku ingat meggi belut macam di Bukit Marak, supnya pekat dan pedas. Tetapi ianya biasa-biasa saja. Jika tomyam, tomyam biasa, jika kari, kari biasa.

Ok. So di sini korang boleh pilih nak makan meggi belut tomyam ataupun meggi belut kari.

Pada masa tu aku pilih tomyam.

Tomyam dia agak biasa-biasa saja. Kuahnya tidak pekat. Siapa yang tak suka pedas sangat, aku rekemenkan makan meggi belut di sini.

Rating peribadi yang aku boleh berikan adalah 3.9 daripada 5 bintang.

Lokasi restoran ni terletak betul-betul tepi pagar penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

#3. Meggi Belut Pengkalan Chepa (Depan Pasaraya Pantai Timor)

Meggi Belut Sedap
Muka tak berapa nak gembira dengan meggi belut

Meggi belut depan Pantai Timur Pengkalan Chepa ni betul-betul macam meggi biasa. Ala. Macam meggi biasa yang kita buat sendiri dekat rumah tu. Cuma ditambah belut je.

Aku tak katakan ia tidak sedap. Cuma ianya bukan taste aku kuah yang tidak pekat dan tidak terasa pedas. Mungkin ada diantara korang yang minat macam meggi biasa. So inilah tempatnya.

Rating aku secara peribadi adalah 3.5 daripada 5 bintang. Harga RM10.

Ok.

Lokasi lain-lain yang ada meggi belut aku akan update di sini dari semasa ke semasa. Buat masa ni, ini saja dulu.

Semoga korang yang nak merasai meggi belut di Kelantan tak perlu bersusah payah mencari tempat.

Kongsikan meggi belut yang best di Kelantan dalam komen. Aku akan pergi buat review walaupun tu kedai korang sendiri. Cuma jangan buat iklan spam dalam komen. Nanti tak pasal-pasal kena delete komen.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top