013-9346624 (Whatsapp Only)

Steamboat Segamat – Makan Sampai Kenyang

by FaizAlias | Jalan-jalan Cari Makan

Kepada peminat setia steamboat tentu korang tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba steamboat di setiap tempat yang korang kunjungi bukan?

Kadang-kadang rasa pencicah atau dikenali sebagai colek lain tempat lain rasanya dan juga harganya adalah berbeza-beza. Ini membuatkan steamboat unik di setiap tempat.

Saat aku menulis artikel ini, sudah hampir 9 bulan aku berada di Segamat atas urusan kerja. Pada awalnya aku pernah search di Google dengan kata kunci steamboat Segamat tetapi pada masa tu steamboat di Segamat belum lagi wujud.

Dikhabarkan memang sebelum ni pernah wujud sebelum ini steamboat di Segamat tapi sudah ditutup. Mungkin ada sebab-sebab tertentu samaada berpindah atau sebagainya.

Steamboat Segamat - Makan Sampai Kenyang

Alhamdulillah, pada Oktober 2018 yang lalu, ada seorang hamba Allah ni telah membuka warung steamboat. Kalau tak salah aku jika dilihat dari percakapanya, orangnya dari Kemboja. Warungnya tidak besar dan tidak terlalu kecil. Harganya hanya RM18 satu kepala dan korang boleh makan sampai kenyang.

steamboat segamat
Sedang memanggang
steamboat segamat
Antara beberapa menu

Jika korang lihat jenis makanan di atas, memang tidak banyak disediakan. Antaranya yang ada adalah daging lembu, daging kambing, sotong, daging ayam, kerang, kupang dan beberapa jenis makanan yong tau fu seperti sosej, bebola ikan dan lain-lain lagi.

Kat sini memamg tidak banyak pilihan seperti kebanyakkan steamboat di tempat lain. Tapi dengan harga RM18 dan korang boleh makan sampai kenyang rasanya amat berbaloi untuk korang mencubanya.

Antara colek yang aku suka kat sini adalah yang jenis colek berlada.

Fuhh...

Memang meremang habis bulu roma pekena colek berlada dia. Memamg masuk dengan semua jenis makanan yang ada.

Kalau korang datang ke Segamat, trylah steamboat kat sini. Tak rugi mencuba. Cuma air korang akan dikenakan cas berasingan. RM18 hanya untuk steamboat sahaja.

Lokasinya pula terletak agak tersembunyi sedikit. Ianya berada di belakang pasar basah pekan Segamat. Nak mudah, korang waze saja pasar basah pekan Segamat dan bila korang sampai di situ cuba intai sikit belakang pasar ni. Jadi, di situlah terletaknya warung steamboat ni.

Lokasi Dan Waktu Bisnes

Untuk memudahkan urusan korang, aku bagi info dekat bawah ni.

Alamat: Pasar basah pekan segamat Segamat 85000
No. Tel: 011-2870 1035
Masa Buka: 5.00 PM - 11.00 PM
Facebook: https://www.facebook.com/minibarstimbot/

Kalau korang nak mudah lagi dapatkan info, direct saja pergi ke Facebook mereka yang aku dah bagi kat atas ni.

Harap perkongsian aku ini dapat memudahkan urusan korang yang mencari steamboat di Segamat.

Adakah anda nak beriklan di halaman artikel ini? Jika artikel ini sesuai dengan bisnes ataupun servis anda, boleh hubungi saya untuk beriklan di sini. Boleh letak website, gambar produk atau nombor telefon terus ke Whatsapp anda untuk pelanggan hubungi. 😁

Jom jana income sampingan dengan Shopee bersama saya. Saya akan kongsikan cara jana income dengan affiliate Shopee. Gunakan code "3TFXAP9" jika anda baru mendaftar.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Related Post:

Faiz Alias

Seorang blogger (blogfaiz.com) dan freelancer yang aktif menulis. Selain berkongsi ilmu melalui blog, saya juga menawarkan servis pembinaan laman web profesional melalui Fastudio.my, membantu individu dan perniagaan mendapatkan laman web yang kemas, pantas, dan mesra pengguna.

Hubungi saya untuk kolaborasi, servis web, atau pertanyaan!

follow me

Kategori

|

Sponsored

|

Arkib Post

Iklan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest