013-9346624 (Whatsapp Only)
Tersalah Transfer Duit Dan Cara Ambil Semula

Tersalah Transfer Duit Dan Cara Ambil Semula

Korang tahu tak kalau kita tersalah transfer duit pada akaun orang lain, kita boleh dapatkannya semula dengan cara yang betul. Macam mana cara yang betul tu?

Jangan panik.

Stay calm and rileks.

Dalam artikel ni saya akan beritahu korang macam mana cara nak dapatkannya semula dengan cara yang betul tu supaya proses mengembalikan wang kita dapat berjalan dengan lancar.

Pada masa kini untuk melakukan apa-apa saja transaksi atau perpindahan wang sangat mudah dengan adanya online banking, kad debit, payment gateway dan sebagainya.

Dalam banyak-banyak perpindahan wang ni, mesti ada seorang dua yang tersilap.

Setuju tak?

Mungkin korang pun pernah alami situasi salah pindah wang pada akaun orang lain.

Jadi mesti ada caranya untuk dapatkkanya semula.

Ok sebelum tu saya nak beritahu sikit.

Sebenarnya, jika korang terkena scam, korang boleh ikut dengan cara ni. Cuma kita kena plot twist sikit dengan harapan duit kita yang kena scam tu dapat dikembalikan semula.

Tersalah Transfer Duit Dan Cara Ambil Semula

Di bawah ni saya tunjukkan beberapa step atau langkah yang perlu kita bertindak jika kita perasan duit yang kita transfer tu tersalah nombor akaun.

Langkah #1: Lapor Polis

Langkah pertama yang perlu korang buat adalah dengan membuat laporan polis dengan kadar segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Macam mana nak lapor pada polis dalam report?

Dalam laporan tersebut, korang perlu cerita detail mengenai nombor akaun bank yang tersilap bank in, jumlah wang yang tersalah pindah, tarikh, masa serta kaedah transaksi dibuat.

Kalau ada resit lagi cun. Tunjukkan resit tersebut.

Langkah #2: Pergi Bank

Langkah kedua pula, korang perlu pergi ke bank yang korang gunakan untuk buat transaksi. Sebagai contoh korang guna bank CIMB untuk transfer pada akaun Maybank. Korang perlu pergi ke bank CIMB.

Bawa laporan polis tersebut dan laporkan pula pada staff yang bertugas. Cerita sikit situasi macam mana boleh tersalah transfer dan minta bantuan mereka untuk dapatkan semula wang tersebut.

Langkah #3: Pihak Bank Bertindak

Selepas kita beritahu pada staff yang bertugas masalah kita, mereka akan menghubungi pemilik akuan tersebut supaya kembalikan semula wang yang korang tersalah bank in tersebut.

Korang perlu tahu pihak bank tidak boleh sesuka hati kembalikan wang korang melainkan pemilik akaun tersebut yang akan memulangkannya semula. Buat masa sekarang, samaada pemilik akaun tersebut nak kembalikan semula wang korang atau tak, itu hak mereka.

Jika pemilik akaun tersebut bersetuju untuk kembalikan semula wang tersebut, mereka akan pergi ke bank untuk isi satu borang bagi proses mengembalikan semula wang korang.

Itu saja langkah yang perlu korang ambil kira jika tersalah transfer duit pada akaun yang salah.

Macam Mana Jika Pemilik Akaun Enggan Bekerjasama?

Benda ni akan jadi lebih rumit jika pemilik akaun tidak mahu bekerjasama untuk kembalikan semula wang korang.

Jadi di sini, nak tak nak, korang kena bawa perkara ni ke mahkamah untuk dapatkan keadilan.

Jika wang tersebut tidak melebihi sebanyak RM5000, korang boleh isi borang tuntutan Small Claim Procedure di mahkamah majistret tanpa perlukan peguam manakala jika wang tersebut melebihi RM5000, korang terpaksa gunakan khidmat peguam untuk dapatkan semula wang korang.

Benda ni saya dah bincang pada topik yang lepas iaitu macam mana nak buat mahkamah tuntutan kecil.

Penutup

Saya harap dengan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah ini jika ianya benar-benar berlaku.

Tak dinafikan kes ni dah banyak berlaku jadi apa salahnya jika kita belajar perkara ni sikit supaya kita tahu apa tindakkan yang perlu kita buat.

Cara Reset Password CIMB Clicks Jika Terlupa

Cara Reset Password CIMB Clicks Jika Terlupa

Bagaimana cara reset password CIMB Clicks? Sebenarnya untuk menjamin keselamatan online banking anda, anda perlu reset password sekurang-kurangnya sekali sebulan sebab kita kerap kali dengar banyak hilang duit dari akaun bank sendiri.

Jadi, tutorial kali ni saya nak tunjukkan cara bagaimana kita boleh reset password CIMB Clicks kita supaya lebih selamat. Selain tu juga, jika korang terlupa password, boleh guna cara ni.

tutorial cara reset password cimb clicks

Cara Reset Password CIMB Clicks

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, untuk reset password ni anda mesti guna laptop dan bukannya melalui aplikasi Cimb Clicks.

Langkah 1 Buka laman web Cimbclicks.com.my. Kemudian klik pada link Forgot User ID or Password.

Langkah 2 Pada kotak nombor 1, anda perlu pilih macam mana cara anda daftarkan CIMB Clicks tempoh hari. Biasanya orang akan daftar CIMB Clicks dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.

Pada kotak nombor dua pula, masukkan nombor kad debit atau kad kredit anda. Boleh rujuk pada kad masing-masing.

Pada kotak nombor 3 pula, masukkan password pin ATM. Password ni sama dengan password yang anda tekan dekat ATM tu masa nak keluarkan duit.

Pada kotak nombor 4 masukkan huruf captcha yang diberikan.

Jika dah masukkan semua, tick pada terma & syarat dan klik pada butang next.

Langkah 3 Paparan skrin seterusnya, anda perlu masukkan password baru anda.

Kemudian klik pada butang Request for TAC.

Langkah 4 NOmbor TAC ni adalah nombor keselamatan. Ia akan dihantar pada nombor telefon anda yang berdaftar semasa daftar CIMB Clicks dulu.

Jika dah dapat nombor TAC, masukkan nombor TAC dan klik pada butang Next.

Jika berjaya, anda dapat mesej seperti ini.

Siap!

Jadi begitulah bagaimana cara anda boleh reset kembali passwords samaada anda terlupa atau nak ubah untuk keselamatan.

Untuk penjelasan lebih lanjut, boleh rujuk pada video tutorial di bawah ni.

Kesimpulan

Dalam tutorial ini saya tunjukkan cara bagaimana anda boleh tukar password CIMB Clicks. Pastikan masa anda buat semua ni, anda tidak menggunakan laptop orang lain ataupun komputer di Cyber cafe sebab mungkin password anda senang untuk diketahui oleh orang lain.

Jadi, sila berhati-hati.

Pin It on Pinterest