013-9346624 (Whatsapp Only)
Tempat Menarik di Genting Highland – First Aniversari (Bahagian 3)

Tempat Menarik di Genting Highland – First Aniversari (Bahagian 3)

Tempat Menarik di Genting Highland | Beberapa hari lepas aku ada ceritakan tentang perjalanan aku dari Bentong sehinggalah menuju ke puncak Genting, pada bahagian dua. Pada bahagian dua tu aku saja ceritakan tentang pengalaman aku first time naik ke Genting supaya korang yang first time naik ni akan buat lebih persediaan.

Ok. Pada bahagian tiga ni adalah bahagian terakhir di mana aku akan ceritakan tentang tempat-tempat menarik di Genting Highland yang telah aku pergi.

Tempat Menarik di Genting Highland – First Aniversari (Bahagian 3)

Sesudah aku parking kereta aku di First World Plaza, tempat pertama yang aku tuju di sini adalah Snow World.

1. Snow World

Snow World ni adalah satu tempat untuk korang merasai suasana ketika berada di luar negara. Suhunya adalah antara 0 darjah celcius sehingga -5. Senang cakap dibawah tahap bekulah. Kalau korang simpan air dalam tu boleh beku.

Bayangkanlah sendiri macam mana sejuknya dalam ni. Ianya seperti sebuah peti ais yang besar.

Untuk berada di dalam ni, korang akan dihadkan selama 30 minit sahaja. Bunyi macam tak puas bukan?

Aku pada mulanya fikir macam tu juga. Bayar mahal-mahal boleh masuk 30 minit je?

Aku percaya, korang yang tak pernah merasai kesejukkan yang melampau apabila berada dalam tu, tak sampai 10 minit aku jamin korang rasa nak keluar.

Tangan korang akan rasa kebas-kebas sampai satu tahap tu korang tak rasa apa-apa pun bila pegang sesuatu.

Kepada yang ada masalah kesihatan yang kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, pernah buat pembedahan korang tidak boleh masuk ke sini dikhuatiri korang akan mengalami kejutan.

Ini bukan suka-suka aku beritahu tetapi kat situ sudah siap-siap tulis amaran siapa yang boleh masuk dan siapa yang tak boleh masuk.

Kepada wanita mengandung dan juga kanak-kanak yang kurang ketinggian 130cm juga tidak dibenarkan masuk.

Bayaran?

Masa aku pergi betul-betul time cuti sekolah. So kadarnya betul-betul naik mendadak iaitu RM40 untuk seorang. Ketika hari biasa aku pernah tengok ratenya sekitar dalam RM25 sahaja.

So korang fikirkanlah nak pergi ke sini time cuti sekolah.

Apabila tamat atau cukup 30 minit, wisel akan dibunyikan tandanya korang kenalah keluar.

2. Awana Skyway

Kat sini ada dua cabel car iaitu Awana Skyway dan juga Genting Skyway. Aku ingat nak merasai kedua-duanya tetapi Genting Skyway pada masa tu ditutup untuk tujuan penyelenggaran.

So aku pun mencubalah Awana Skyway.

Bermula dari Awana Skyway Station ke Genting Premium Outlet (GPO)

Di mana Awana Skyway ni terletak?

First time aku mencari Awana Skyway ni memamg tak jumpa. Konfem korang pun pening nak mencarinya.

Ini tips aku bagi untuk korang mencari Awana Skyway.

Kereta korang boleh parking di Hotel First World sebab nanti korang tak perlu berjalan jauh.

Lepas tu korang masuk saja dalam hotel tu dan lihat signboard. Ikut saja signboard. Korang akan jumpa dengan Awana Skyway.

Info Tambahan

Hotel First World di Genting Highland adalah hotel yang terbesar di dunia dengan jumlah bilik 7351. Mulai dibuka pada tahun 2001.

Jika korang nak lagi senang, parking kereta korang dekat dengan Genting Premium Outlet (GPO) dan naik ke puncak Genting dengan Awana Skyway ni. Lagi senang. Tak perlu mencari Awana Skyway di atas puncak Genting dan tak perlu susah-susah nak naik dengan kereta ke atas.

Bayaran?

Bayarannya adalah sangat berbaloi. Hanya RM14 sahaja untuk pergi dan balik.

3. Colmar Tropicale

Colmar Tropicale ni sebenarnya agak jauh dari Genting Highland tetapi ia juga termasuk dalam lokasi percutian aniversari aku.

Peta dari Colmar Tropicale ke Genting Highland

Cuba korang tengok peta di atas.

Kalau nak ikutkan jalan lurus tak sampai 4 kilometer pun jaraknya. Yang menjadi jauh kerana laluan yang bengkang bengkok. Jaraknya adalah lebih kurang 41 km dan mengambil masa sejam untuk sampai ke sini dari Genting.

So apa yang menarik di sini?

Tempat Menarik di Genting Highland

Menariknya di sini adalah korang boleh lihat rekaan bangunan yang cantik ala-ala Perancis. Kalau korang berada kat sini serius macam berada di luar negara cuma kat sini tak sejuk.

Lupa pula nak cerita pasal tiket.

Tiket untuk masuk ke sini adalah RM16 untuk seorang di mana RM16 ni korang boleh masuk di tiga buah tempat iaitu Colmar Tropicale, Japanese Garden dan juga Animal Park.

4. Japanese Garden

Colmar Tropicale dan Japanese Garden tidak jauh jaraknya lebih kurang 3km sahaja. Di sini ada sedia bas shutter dimana korang boleh naik bas shutter ni secara percuma atau boleh naik kenderaan sendiri.

Bas shutter ni disediakan bermula dari Colmar Tropicale dan dia akan bawa korang pergi ke Japanese Garden dan juga Animal Park.

Jika korang sayangkan masa dan budget masa cuti tak lama, aku sarankan naik saja kenderaan sendiri sebab aku menunggu bas hampir sejam nak pergi ke tempat seterusnya.

Japanase Garden ni korang boleh rasa ala-ala berada di jepun. Serius. Taman-taman kat sini cantik dan bersih. Sangat sesuai jika korang ingin melepaskan stress kerja dan bercuti bersama pasangan.

Tempat Menarik di Genting Highland
Dalam kawasan japanese garden

Bunyi air terjun di sini yang semula jadi sangat menyamankan.

Tempat Menarik di Genting Highland
Di kawasan air terjun kecil yang comel

5. Animal Park

Akhir sekali yang aku kunjungi adalah animal park. Kat sini bagi aku agak kecewa sedikit sebab aku ingatkan macam zoo ada bermacam-macam haiwan. Rupanya hanya beberapa jenis haiwan sahaja.

Antara haiwan di sini yang ada adalah burung, arnab, keldai dan kambing.

Aktiviti di sini rupanya lebih kepada memberi arnab makan. Siapa yang suka arnab bolehlah ke tempat ini.

Jadi inilah first aniversari aku di Genting Highland. Kepada korang aku nasihatkan first aniversari ni buatlah betul-betul memori dalam hidup korang kerana ianya amat bermakna bagi korang dan pasangan sepanjang hidup bersama.

Jom follow aku punya Channel YouTube “Blog Faiz

(Bahagian 2) First Aniversari Di Genting Highland – Perjalanan Dari Hotel ke Genting Highland

(Bahagian 2) First Aniversari Di Genting Highland – Perjalanan Dari Hotel ke Genting Highland

First Anniversary di Genting Highland | Ok. Ni sambungan kisah aku pada bahagian 1 menyambut first aniversary di Genting Highland.

Sesudah sampai aku di Hotel Golden Peak Inn di Bentong, aku ambil masa sebentar untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan yang seterusnya. Aku sampai kat sana lebih kurang pukul 2.30 petang dan berehat sehingga jam 5.00 petang sesudah solat asar.

Oleh kerana masa cuti aku pendek saja iaitu 3 hari, aku teruskan perjalanan ke Genting Highland pada petang tu juga.

(Bahagian 2) First Aniversari Di Genting Highland – Perjalanan Dari Hotel ke Genting Highland

Untuk menuju ke Genting dari Bentong, kami telah melalui jalan Karak lama. Yang ni agak menyeramkan sedikit kerana korang pun tahu di sini banyak kisah-kisah seram dan juga ramai yang mati dibunuh dibuang ke sini. Keadaan jalannya pun agak seram kerana ada banyak cerun dan juga jalan yang bengkang bengkok.

Setelah perjalanan kami selama hampir sejam iaitu sejauh 45 Kilometer, akhirnya kami tiba di Puncak Genting Highland.

Pintu masuk ke Genting Highlands. Belum sampai puncak lagi.

Ini adalah pengalaman aku yang pertama sebab ini adalah first time aku naik ke Genting. Aku ingatkan Genting ni tak sesejuk macam Cameron Highland tetapi suhu di sini sebenarnya lebih sejuk iaitu 16 darjah celcius.

Ok di sini aku nak ceritakan sedikit tentang perjalanan naik ke puncak Genting.

Jalan untuk naik ke puncak Genting ni bagi aku agak menakutkan la. Kalau korang naik dengan kereta kancil aku rasa tidak lepas. Kalau lepas pun kereta korang akan berasap selepas itu.

Nasihat aku kalau nak naik ke Genting ni korang kena naik dengan kereta sekurang-kurangnya dengan 1000 cc. Macam aku naik dengan kereta axia dengan enjin 1000 cc dan tak ada masalah. Cuma tak boleh nak laju macam kereta lain.

Pernah aku terpandang seorang lelaki dan seorang wanita yang naik motor nak ke puncak Genting. Mungkin suami isteri kot. Motor mereka hanya tersadai di tepi jalan kerana jalan kat situ agak curam. Benda ni sebenarnya agak bahaya sebab kalau korang naik motor tak cukup power nanti motor tu akan terundur dengan sendiri ke belakang dan korang boleh terbalik.

Walaupun puncak Genting tu tinggi setiap perjalanan tak putus-putus trafik.

Tiba sudah di Genting Highland.

Bila korang sudah sampai di puncak Genting, di sini korang akan pening sikit sebab jalannya bercabang-cabang. Tapi setiap cabang ni jika korang pusing-pusing akan sampai di tempat yang sama.

Cuma persediaan korang sebelum naik ke puncak Genting kenalah guna Waze kerana Waze akan bantu korang mencari jalan dengan tepat. Tambahan lagi pandangan korang adalah terhad 50 meter ke hadapan kerana kabusnya sangat tebal di sini. Hanya guna Waze korang akan dapat cari jalan yang dituju.

Buka dulu bonet kereta depan sebab nak sejukkan enjin

Pengalaman mencari parking kereta di sini pun aku menggunakan Waze juga. Jadinya, kalau korang pertama kali datang ke sini, korang mesti menggunakan Waze kalau tidak korang akan terpusing-pusing dan jika korang salah jalan mungkin korang akan turun balik dengan tidak sengaja.

Naik penat-penat dan turun balik tanpa disedari. Menangis la… 😀

Bergambar kali pertama selepas sampai di Puncak Genting

Pusing-pusing bergambar dahulu di sekitar puncak Genting.

Kabus ni tebal sebenarnya, Mungkin tak nampak dalam gambar.

Nampaknya setakat ini dahulu lah cerita aku naik ke puncak Genting. Aku akan sambung cerita pada bahagian tiga pula. Pada bahagian tiga nanti akau akan menceritakan tempat-tempat yang aku kunjungi semasa di Genting.

(Bahagian 2) First Aniversari Di Genting Highland – Perjalanan Dari Hotel ke Genting Highland

(Bahagian 1) First Aniversari di Genting Highland – Perjalanan

First Anniversary di Genting Highland |Syukur dan puji pada Allah. 1/12/2018 adalah genap setahun perkahwian kami. Kepada korang yang dah kahwin, masih ingat tak first anniversary korang kat mana?

Haa… First anniversary aku adalah kat Genting Highland dan inilah juga first time aku naik Genting Highland sejak 26 tahun hidup atas muka bumi ni. 😀

Sebenarnya perancangan aku nak sambut aniversary kat Genting ni adalah last minit. Yela. Sibuk dengan kerja katakan. Bayangkan dua hari dah nak pergi aku baru terkial-kial mencari hotel sedangkan musim tu adalah musim cuti sekolah. Banyak hotel sudah dipenuhi dengan ribuan manusia dari seluruh dunia yang pergi melancong di situ dan tak kurang juga ada hotel yang saja kenakan dengan harga yang tidak masuk akal.

Sebenarnya silap aku juga. Tahu nak sambut aniversary kenalah booking hotel awal-awal. Ye tak?

So akhirnya dapatlah booking satu hotel kat Bentong yang jauhnya lebih kurang 45km dari tanah tinggi Genting Highland.

Tempahan Hotel Golden Peak Inn, Bentong.

First Anniversary di Genting Highland – Bahagian 1

Pada pagi 30/11/2018, kami telah bertolak ke Genting dari Kuala Terengganu. Perjalanan kami nak sampai di Hotel yang kami booking tu ambil masa lebih kurang 5 jam. Yela sebab terpaksa redah bukit dan jalan yang tidak rata.

Pada awalnya rancang nak melalui jalan yang bertol. Jalan yang lebih elok katakan. Ntah kenapa aku di”pandu” oleh waze sampai masuk jalan berbukit-bukau. So, terpaksa teruskan juga perjalanan sebab kalau nak pusing balik akan memakan masa lebih lama.

Sesudah perjalan kami selama 5 jam akhirnya sampai juga di hotel penginapan kami di Bentong, Pahang.

Ok pasal hotel ni. Bagi aku Hotel Golden Peak Inn (GPI Hotel) yang terletak di Bentong Pahang ni adalah hotel terbaik bagi sesiapa yang nak hotel budget semasa bercuti di Genting Highland. Sebab aku pergi time musim cuti sekolah, harga memamg agak melambung tinggi tetapi masih lagi dalam tahap kemampuan aku berbanding dengan harga hotel di kawasan Genting Highland. Harga hotel paling murah dekat dengan kawasan Genting pada masa tu pun dalam RM250-350 untuk semalaman.

Walaupun jarak dari Genting Highland sejauh 45km sebenarnya ia tidak menjadi masalah. Tak terasa sangat pun 45km jika anda pernah berjalan jauh. Pejam celik dah sampai.

Dalaman hotel ini agak selesa dengan konsep minimalist di setiap bahagian. Yang ni aku suka. Sebab nampak ala-ala romantik gitu. Bilik pun besar dan luas. Masih ada ruang untuk korang solat. Solat jangan lupa kalau berjalan jauh tu. Arah kiblat pun siap ada lagi untuk memudahkan korang sembahyang.

Dalam bilik air pula, ada pancuran air panas dan air sejuk. Walaupun kat Bentong cuacanya tidak sesejuk di Genting Highland, tetapi mereka juga ada sediakan untuk korang yang malas nak mandi pagi sebab sejuk.

Sabun, syampu rambut, syampu badan disediakan untuk tempoh 2 hari. Jadi korang tak perlu beria nak bawa sabun dan syampu sendiri. Bilik air pun luas.

Selain itu juga, korang tak perlu risau kerana kawasan hotel ni berdekatan dengan banyak kemudahan seperti stesen minyak Petronas, kedai runcit dan juga warung makanan. Paling best sini ada restoran Ramli. Ala ramli buger yang popular tu. Rupanya Ramli burger pun ada restoran sendiri. So, korang boleh makan buger asli Ramli di sini. Boleh katakan tak ada la yang nak komen pasal hotel ni.

Ok. Nampakya banyak lagi aku nak bercerita ni pasal first aniversary aku kat Genting ni. Jadi aku akan sambung pada bahagian kedua nanti ya. Pada bahagian kedua nanti aku akan perjalanan aku menuju ke puncak Genting Highland.

Ok. Jumpa sambungan di bahagian dua nanti. 🙂

error: Kandungan ini dilindungi!!

Pin It on Pinterest