Macam mana nak jimatkan bajet kahwin? Untuk jayakan sesebuah majlis perkahwinan, banyak benda yang perlu diambil kira. Salah satunya adalah bajet berapa banyak pihak pengantin perlu habiskan untuk lengkapkan hari bahagia mereka.
Bagi mereka yang berduit, pastinya tak ada masalah bab bajet ni. Apa saja yang mereka idamkan, mereka boleh buat tanpa ada masalah nak fikir pasal bajet.
Tapi macam mana pula bagi mereka yang tidak berduit?
Jadi dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang 15 tips macam mana nak jimat bajet kahwin ni supaya lepas dah kahwin nanti korang tak perlu fikir masalah hutang sebab kahwin pula.
15 Tips Jimat Bajet Kahwin
Panduan yang saya buatkan ni bukanlah satu panduan rasmi cuma ia hanya perkongsian daripada saya supaya korang yang betul-betul mencari idea nak jimat bajet kahwin, boleh la cuba ikut cara ni.
#1. Tetapkan Jumlah Tetamu
Tetapkan jumlah tetamu adalah salah satu idea yang paling menarik untuk jimat bajet kahwin sebab banyak benda korang boleh cut cost.
Antara kos yang boleh kurangkan adalah bajet makan, sewa meja kerusi dan beberapa perkara yang lain lagi.
Lagipun bila korang tetapkan berapa orang dalam satu majlis, korang boleh bajet dengan tepat berapa perlu belanjakan sesuatu tu supaya tidak jadi lebih dan membazir.
Tetamu ni korang boleh ajak jiran terdekat dan saudara mara sahaja. Jika nak bajet lebih sikit boleh ajak kawan untuk memeriahkan suasana.
#2. Majlis Secara Gotong-Royong
Jika korang berada di kawasan kampung, korang boleh tengok amalan ni masih lagi diterapkan dalam masyarakat kita di Malaysia.
Inilah yang kita mahukan di mana masyarakat kampung masih lagi ada muafakat antara satu sama lain.
Bila ada majlis gotong royong macam ni, hubungan antara kejiranan pun makin erat selain dapat jimatkan duit dari korang upah katering.
Teringat zaman dulu-dulu.
Kalau ada je majlis kenduri atau majlis apa-apa, bukan main riuh lagi sekampung bergotong royong.
#3. Elakkan Tempah Pakaian Baru
Jika korang tidak cukup duit, tak perlulah pakaian kahwin yang grand atau jenis mewah-mewah.
Kalau si lelaki, cukup beli baju melayu dan pengantin perempuan pula cukuplah beli baju labuh yang berwarna putih.
Kalau nak rasai baju pengantin, tak ada salahnya untuk korbankan sedikit duit. Tapi biasanya untuk pengantin perempuan je la. Untuk pengantin lelaki cukup je dengan baju melayu dua pasang untuk pakai pada hari pertama dan hari kedua.
Nak lagi jimat pakai je baju melayu yang tahun-tahun lepas punya.
#4. Buat Majlis Di Rumah, Jangan Sewa Dewan
Majlis kahwin ni dalam islam harus dan sunat. Sunat buat majlis kahwin secara kecil-kecilan di rumah pengantin lelaki manakala hukum harus je buat majlis makan di rumah pengantin perempuan.
Jadi, bila hukum macam ni je, cukup je la buat kat rumah je dengan memasang kanopi.
Tak perlu nak fikir cari dewan dan sewa.
Sewa satu dewan bukannya murah.
Kalau kita ni hanya cukup-cukup ada je, buat kat rumah.
#5. Tempah Pakej Ketika Promosi Atau Sale
Salah satu cara terbaik untuk jimatkan kos bajet kahwin adalah dengan menempah sesuatu ketika promosi.
Sebab tu dalam perkongsian checklist persediaan kahwin yang saya buat, dalam tempoh 9 bulan korang dan boleh mula start mencari pakej. Dalam tempoh ni mungkin ada promosi-promosi tertentu yang akan dibuat oleh mereka.
Secara jujurnya, saya tak ambil kisah sangat yang ni sebab nak tunggu promosi yang dibuat kita tak tahu bila.
Kita nak rancang benda ni dengan cepat.
Tapi beruntungnya jika korang sedang mencari mereka tengah buat promosi.
#6. Hadkan Waktu Majlis
Cuba hadkan waktu majlis. Contoh biasanya majlis rasmi akan bermula pada pukul 12.30 hari dan akan berakhir pukul 5 petang.
Hadkan waktu sebegini supaya korang lagi senang nak bajet jamuan untuk tetamu yang datang.
Lagipun bila kita buat hidangan secara serentak dalam tempoh tersebut, dengan izin Allah makanan ataupun jamuan tadi dapatlah kita bajet dengan tepat.
#7. Elakkan Hantaran Mahal
Sebagai bakal pasangan pangantin, kita perlulah bijak dalam semua bajet termasuk bajet hantaran.
Hantaran ni orang tak pandang sangat pun. Beg jenama apa, kasut jenama apa.
Terus terang saya katakan di sini, hantaran saya dulu main beli Shopee je sebab nak jimat.
Tak semua tapi ada la beberapa barang yang saya beli dekat Shopee.
Paling penting bagi saya pada masa tu cincin je la ataupun gelang yang nak pakai lepas akad nikah.
Barang-barang yang lain semuanya barang bajet je.
#8. Elakkan Majlis Pada Musim Cuti Sekolah
Secara kebiasaannya, pada musim cuti sekolah orang akan buat majlis sebab saudara mara yang jauh pun senang nak datang tanpa ganggu anak-anak nak bersekolah.
Untuk tips ni, korang buatlah pilihan yang terbaik samaada nak ikut atau tak.
Bagi saya sendiri, saya akan pilih pada musim cuti sekolah sebab memudahkan urusan orang lain datang ke majlis kita. Jangan fikir nak jimat semata-mata.
Namun, tips ni juga salah satu faktor di mana korang boleh jimatkan bajet sebab pada musim cuti sekolah boleh dikatakan semua barang kahwin akan naik untuk seketika.
Korang boleh tengok perbezaan sewa kanopi dan meja pada musim cuti sekolah ianya agak berbeza dengan musim biasa. Sewa kanopi pada musim cuti sekolah kebiasaannya agak tinggi sikit berbanding musim biasa.
Jadi ini tips yang saya turut selitkan untuk korang fikir mana yang lebih baik.
#9. Dahulukan Keperluan Dari Kehendak
Dalam korang berjimat cermat, korang kena tahu antara keperluan dan kehendak.
Apa itu keperluan?
Keperluan adalah sesuatu di mana jika kita tak miliki ia membawa banyak mudharat pada kita.
Apa itu kehendak?
Kehendak adalah sesuatu perkara yang kita nak miliki kerana nafsu.
Sebagai contoh, saya boleh katakan zaman sekarang ni telefon itu adalah satu keperluan dan bukan lagi kehendak. Tapi bila korang mengidam telefon yang mahal seperti iPhone dan sebagainya, ia sudah menjadi barang kehendak, bukan lagi keperluan.
Selain tu juga, bila buat kad kahwin tu, buat hanya sekadar keperluan bukannya kehendak. Kalau korang buat kad kahwin mengikut kehendak, satu kad kahwin boleh mencecah RM5-RM10 setiap kad.
Bukan ke benda ni satu pembaziran?
Bila korang faham konsep keperluan dan kehendak, korang akan lebih bijak dalam berbelanja.
#10. Jangan Beli, Sewa!
Beli atau sewa?
Semestinya sewa itu lebih menjimatkan dari beli. Nak beli baju pengantin macam dekat butik pengantin tu bukannya murah harganya.
Satu set baju pengantin boleh mencecah ribuan ringgit jika korang beli tapi kalau korang sewa boleh je dapat antara RM100-RM200. Kat situ berapa dah korang boleh berjimat.
Kemudian, kalau korang nak lagi jimat, si lelaki pakai je baju melayu dan si perempuan pula pakai je baju yang labuh seperti jubah untuk dijadikan baju pengantin. Baju jubah labuh untuk perempuan ni boleh beli terus je. Lagi jimat dan boleh pakai pula lepas kahwin.
Nak jual semula lepas kahwin pun boleh.
Sebagai contoh saya nak tunjukkan di sini, satu set pengantin lelaki dan perempuan di atas ni harganya korang boleh dapat dalam RM490 je di Shopee.
Itu baru satu jenis warna. Ada pelbagai jenis warna lain lagi yang korang boleh tengok.
Sebenarnya benda ni nak tak nak je.
Kalau korang betul-betul nak jimat boleh buat macam ni.
#11. Simpan Duit 5 Tahun Sebelum Kahwin
Kalau korang baca artikel ni masih lagi muda dan nak rancang kahwin lambat lagi, cuba la buat simpanan duit secara konsisten dan berdisiplin sebanyak RM100 je sebulan selama lima tahun.
Dengan izin Allah jika nilah usaha yang korang buat, banyak duit akan terkumpul nanti apabila tiba hari perkahwinan nanti.
#12. Gubah Sendiri Hantaran
Hantaran merupakan salah satu perkara yang penting ketika majlis nanti. Walaupun ia bukan satu benda yang wajib tapi adat melayu takkan kita nak tinggalkan. Betul tak?
Jadi saya sarankan kepada korang yang jenis suka upah je semua benda, cuba la gubah sendiri hantaran tu.
Saya yakin bahawa ada antara keluarga kita yang sukakan dan pandai gubah hantaran ni.
Nak cantik macam mana kan?
Cukupla buat hiasan sikit-sikit, buat lipatan berseni sikit ok la tu.
Ni bukan pertandingan gubahan hantaran.
#13. Buat Survey Harga
Jika korang nak dapatkan harga sesuatu barang yang murah dan terbaik, korang kena buat survey harga.
Saya akui nak buat survey harga ni bukan sesuatu yang senang dan mudah sebab korang kena banyak benda perlu dibandingkan sampai kadang-kadang boleh buatkan rasa nak muntah pun ada.
Tapi nak tak nak, kena buat survey harga sesuatu barang kahwin.
Saya yakin jika korang pandai survey, korang boleh jimat antara RM100-RM1000.
#14. Sertai Program Kahwin
Kebanyakkan di negeri sekarang ni buat satu program di mana program ni pasangan pengantin akan berkahwin secara beramai-ramai.
Ni antara program kahwin yang akan buatkan korang jimat teruk sebab dengan hanya bayaran RM1000-RM2000 untuk setiap pasangan sahaja korang dan cukup lengkap pakej.
Nak buat majlis sendiri atau tak lepas ni terpulang.
Kalau tak nak buat pun tak mengapa dah sebab majlis tu siap dengan majlis meraikan pengantin.
#15. Berpakat Dengan Pasangan
Sebelum kahwin, apa kata kita berpakat dulu dengan pasangan masing-masing untuk kumpul dan cari duit kahwin bersama.
Masa nilah juga korang nak nilai sejauh mana pasangan korang tu lepas kahwin nanti tapi benda ni tak boleh dijadikan ukuran secara terus menerus.
Secara batilnya, jika pasangan kita tu sanggup berkorban bersama-sama dengan kita mencari dan mengumpul duit kahwin, sudah tentunya kita boleh baca sikap pasangan kita tu nanti macam mana.
Senang bawa bincang atau tak.
Penutup
Sebenarnya nak rancang jimat bajet kahwin bukanlah satu benda yang susah. Semuanya datang dari kita nak jimat ke tak nak jimat.
Kebanyakkan bakal pengantin sekarang ni nak buat majlis grand tapi masing-masing tak cukup wang ataupun jenis meminjam bank semata-mata nak buat kahwin.
Di sinilah silapnya.
Bila kahwin dengan buat pinjaman bank, akan banyak masalah berlaku timbul selepas kahwin.
Alhamdulillah.
Ikut pengalaman saya, saya tiada membuat pinjaman bank untuk kahwin.
Semuanya duit simpanan sendiri di mana saya buat bisnes sendiri sebelum ni.
Apa yang perlu korang buat untuk persediaan kahwin? Sebut je kahwin siapa je yang tak mahu kahwin kan? Semua manusia yang normal atas muka bumi ni nak berpasangan dan mahu kahwin kecuali yang tidak normal je la samada dari segi pemikiran, pandangan atau ada masalah peribadi.
Walau macam mana pun, kahwin ni bukanlah satu benda wajib tapi dengan perkahwinan kehidupan kita akan menjadi lebih lengkap lagi terutama di hari tua kita nanti.
Tak pe. Jodoh itukan rahsia Allah.
Baik.
Perkahwinan ni boleh dikatakan satu pengalaman yang kita akan rasa hanya sekali sahaja dalam seumur hidup kita.
Walaupun korang berkahwin banyak kali, perkahwinan yang pertama itu adalah satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa indahnya rasa saat itu.
Yela.
Mungkin masa pertama kali kahwin tu korang masih lagi berjiwa muda dan belum pernah lagi tempuhi alam perkahwinan. Jadi feel perkahwinan pertama tu lain macam dia rasa.
Jadi, kita hendaklah merancang majlis kita tu dengan teliti supaya bila tibanya hari majlis kita ia dapat berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah. Spoil mood tau jika hari perkahwinan kita ada masalah yang berlaku. Benda ni yang kita nak elakkan.
So, apa yang perlu korang buat untuk persediaan kahwin ni supaya tak ada masalah yang timbul?
Dalam artikel ni, saya akan bincangkan apa persediaan kahwin yang perlu korang buat supaya majlis korang nanti berjaya dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Checklist Persediaan Kahwin
Di bawah ni saya sediakan beberapa perkara yang perlu korang buat untuk persediaan kahwin mengikut tempoh bulanan.
Namun, panduan ni bukanlah satu panduan rasmi cuma ia adalah berdasarkan pengalaman dan juga untuk rujukan tidak rasmi korang.
Sekurang-kurangnya korang tahu apa yang perlu dibuat.
12 Bulan Sebelum
Saya mulakan dari 12 bulan sebelum tarikh kahwin sebab ini adalah tempoh yang ideal untuk korang mula membuat persiapan. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.
#1. Hadiri Kursus Perkahwinan
Perkara terawal yang korang perlu buat sebelum kahwin adalah dengan menghadiri kursus pra perkahwinan.
Kursus ni salah satu syarat wajib sebelum korang nak kahwin sebab dalam kursus ni korang akan belajar secara asas ilmu rumahtangga, tanggunjawab suami isteri dan seangkatan dengannya.
Untuk melayakkan diri korang dapat sijil dalam kursus kahwin, korang kenalah hadiri kusus ni selama dua hari berturut-turut. Selain tu juga jika korang lewat 15 minit setelah kursus ni bermula, korang tak layak untuk dapatkan sijil ni dan perlu ulang semula.
Kursus ini korang boleh hadir di pejabat agama daerah masing-masing.
Harga bayaran untuk kursus ni adalah sebanyak RM70 - RM80 selama dua hari
9 Bulan Sebelum
#1. Tentukan Lokasi Majlis
Dalam tempoh 9 bulan terakhir ni, kenalpasti lokasi majlis kahwin tu nanti terutama yang jenis nak buat di dewan serbaguna atau dihotel.
Kalau nak buat di rumah masing-masing tak kisah pun.
Jadi dalam tempoh ni adalah masa yang sesuai untuk tentukan lokasi dan buat bayaran pendahuluan tanda korang jadi atau sudah tempah.
Kalau lambat nanti penuh sebab setiap tahun mesti ramai pasangan baru yang akan berkahwin dengan buat tempahan hotel atau dewan.
#2. Cari dan Booking Vendor
Bila saya sebut vendor di sini, saya maksudkan kepada beberapa perkara iaitu;
Pelamin
Kanopi
Jurugambar/Juruvideo
Katering
Pakaian pengantin
Dalam tempoh ni korang dah mula boleh mencari beberapa vendor yang saya sebutkan di atas ni.
Saya yakin setiap di daerah atau di negeri masing-masing mesti ada busana butik pengantin atau kedai kahwin di mana mereka menyediakan pakej yang cukup lengkap untuk hari bahagia korang nanti.
Bincang nak pelamin macam mana ikut bajet korang, pakaian pengantin macam mana dan sebagainya.
Biasanya di kedai kahwin ada sediakan pakej-pakej yang lengkap termasuk kanopi, pelamin, jurugambar dan sebagainya. Pilih je yang mana ikut bajet.
Pada masa ni juga, korang perlu pilih tema apa yang korang nak supaya senang nak pilih warna pelamin, kanopi, hiasanya dan sebagainya.
Bagi korang yang jenis tak ikut tema tak ada masalah.
6 Bulan Sebelum
#1. Tempah Baju Kahwin dan Baju Tema Keluarga
Bagi yang jenis pentingkan tema, tempoh 6 bulan terkahir ni adalah paling sesuai untuk tentukan tema keluarga macam mana, baju pihak family warna apa dan sebagainya.
Ada kalanya kena buat tempahan khas.
Jadi kalau hantar dekat tukang jahit pun dalam tempoh 6 bulan ni adalah paling ideal.
Selain tu juga, masa ni korang dah mula boleh mencari dan tempah baju pengantin.
Kalau tak nak tempah pun boleh. Boleh beli terus dari kedai yang menjual pakaian pengantin.
3 Bulan Sebelum
Biasanya 3 bulan sebelum adalah masa yang paling genting untuk korang buat persediaan di hari perkahwinan korang tu nanti.
Banyak perkara yang korang kena lakukan dalam tempoh ni.
#1. Buat Ujian HIV
Dalam tempoh 3 bulan sebelum, perkara yang korang perlu buat adalah buat saringan ujian HIV sebab ujian HIV pun salah satu perkara wajib sebelum akad nikah.
Ujian HIV ni mula diwajibkan di Malaysia kalau tak silap sejak tahun 2009 lagi. Mana-mana pasangan yang nak berkahwin mesti buat saringan HIV dulu supaya dapat elakkan masalah yang akan berlaku selepas kahwin.
#2. Lengkapkan Dokumen Nikah
Lepas dah buat saringan HIV tadi, barulah korang boleh mula lengkapkan dokumen nikah dengan lancar.
Antara dokumen nikah yang perlu korang sediakan adalah seperti berikut:
Salinan kad pengenalan
Borang permohonan nikah
Borang saksi permohonan nikah
Surat perakuan bujang
Pengesahan ujian HIV
Borang nikah luar kawasan (jika ada kaitan)
Sijil kursus kahwin
Sijil nikah ibubapa pengantin perempuan
Surat mastautin
Macam mana pun, dokumen-dokumen ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Tapi buat masa sekarang ni, ni adalah dokumen yang perlu korang mesti lengkapkan sebelum kahwin.
Ikut pengalaman saya dulu, saya beli satu file khas untuk dokumen ni supaya dapat susun dengan kemas dan teratur apa yang perlu dibuat dan apa yang sudah siap.
#3. Tempah Kad Jemputan, Bunting dan Doorgift
Masa ni korang perlu cari dah kedai yang boleh buat kad jemputan dan bunting untuk buat tempahan.
Biasanya benda tu boleh siapa dalam masa 3-4 minggu saja.
So, waktu ni adalah waktu yang ideal untuk korang buat tempahan benda tu.
Kemudian, soal doorgift ni kalau korang ada budget lebih boleh je upah orang siapkan semua termasuk cari barang. Tapi kalau korang nak rasa suasana tu, baik buat sendiri.
Beli je apa-apa makanan ringan seperti sumi, gula-gula atau keropok untuk dijadikan dooorgift kemudian bungkus je sendiri.
Ajak saudara mara mari bungkus.
Best ada suasana macam ni.
Jimat pun jimat.
#4. Beli Barang Kemas
Kenapa saya pilih 3 bulan sebelum untuk membeli barang kemas?
Dalam tempoh tiga bulan ni ia tak terlalu awal dan tak terlalu lewat dengan hari perkahwinan kita. Paling penting, saiz jari pasangan kita tak terlalu ketara berlaku perubahan jika pasangan kita jenis cepat gemuk atau kurus.
Nanti, cuba ambil masa pergi beli cincin bersama untuk terus cuba on the spot. Barulah ngam nak sarung pada hari akad nikah nanti.
1 Bulan Sebelum
#1. Jaga Diri
Orang tua kata, bakal pengantin ni berdarah manis. Jadi, korang tidak digalakkan keluar rumah kerap kali jika tiada urusan yang mustahak terutama perempuan.
Yang lelaki pula jika selalu keluar malam lepak dengan kawan sebelum ni, hold dulu niat korang tu.
Duduk je rumah dan fikir tentang hari perkahwinan kita tu nanti.
Pesanan orang tua tersebut bukanlah satu ikutan wajib tapi sebagai peringatan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya.
Hati-hati.
#2. Jaga Penampilan Diri
Penampilan diri juga perlu dijaga terutama di kawasan muka supaya muka tak berjerawat masa hari pernikahan korang nanti.
Kalau ada bajet lebih pergilah SPA, salon dan sebagainya.
Sekali sekala apa salah kan untuk manjakan muka dan tubuh badan kita dengan pergi SPA.
Seminggu Sebelum
Ni adalah minggu paling sibuk. Korang dah tak ada masa benda lain lagi nak fikir selain lengkapkan persiapan kahwin yang korang dah rancang sebelum ni. Masalah luar letak tepi dulu dan fokus pada persiapan kahwin.
Ini benda yang korang kena buat seminggu sebelum.
#1. Follow Up Vendor
Pastikan korang follow up dengan vendor seperti katering (jika ambil katering), pembekal kanopi, jurugambar, pemasangan pelamin dan sebagainya.
Pastikan korang remind mereka untuk bersedia segala-galanya sebelum tiba majlis korang tu.
Sehari Sebelum
Masa ni korang tak ada masa lagi dah nak fikir benda lain selain tunggu je hari perkahwinan esok.
Rasa debaran kian terasa terutama si lelaki sebab nak lafaz nilah tu tu bukan perkara yang mudah sebab penuh dengan berdebar dan rasa gemuruh.
Di bawah nanti saya kongsikan tips cara untuk kurangkan debaran masa akad nikah bagi lelaki.
#1. Sediakan Pakaian Pengantin
Baik sebelah lelaki mahupun perempuan, sediakan baju pengantin korang dengan kemas.
Gosok dengan kemas dan pastikan double check jika ada sesuatu yang tak kena pada pakaian tersebut. Jika ada terkoyak dan kotor boleh la atasi awal-awal.
Di sini saya tak perlu sebutlah satu persatu apa pakaian pengantin tu.
Kalau lelaki tu songkok, samping dan sebagainya sediakan awal-awal sebab pagi nak akad nikah tu kira nak pakai je. Tak ada masa lagi dah nak cari itu ini.
#2. Persiapan Diri
Kalau yang perempuan suka berinai tu, berinai la awal-awal.
Jangan risau.
Inai boleh buat solat.
Jadi pakailah awal-awal
#3. Pastikan Vendor Bersedia
Korang kena pastikan segala tempahan yang korang buat sebelum ni dah dihantar dengan jayanya.
Macam contoh kanopi dan dipasang, katering dah siap untuk hidang pada tetamu pada hari majlis, kerusi meja dah tersusun elok dan sebagainya.
#4. Jaga Makan & Minum
Nampak je remeh benda ni. Tapi jika tak kena cara, silap hari bulan korang tak boleh nak akad nikah sebab asyik berulang ke tandas.
Jadi nasihat saya pada malam hari sebelum tu, jangan makan benda pelik-pelik sebab takut nanti korang tercirit pula keesokkan hari.
Kalau boleh cuba amalkan pemakanan yang sihat.
Hari Perkahwinan
Tahniah! Hari ini adalah hari tiba masanya untuk korang disatukan dengan pasangan. Segala penat lelah korang buat persiapan selama setahun, inilah bayarannya.
#1. Bangun Awal
Untuk elakkan darah gemuruh, bangun awal sebelum subuh. Kemudian solatlah subuh.
#2. Sarapan
Bab sarapan ni, saya tak galakkan korang ambil makanan berat atau tak ambil langsung. Cuba makan roti atau telur je sebagai tenaga pada hari tersebut. Kalau nak makan nasi, jangan terlalu banyak sebab makan nasi yang terlalu banyak pada waktu pagi boleh buat tubuh badan korang jadi lemah disebabkan mengantuk.
Satu lagi. Jangan minum air terlalu banyak dan minumlah air masak. Kalau korang minum air terlalu banyak nanti asyik nak berulang ke tandas pula.
Boleh spoil mood pada hari kahwin nanti.
#3. Datang Awal
Kalau boleh pengantin lelaki datanglah awal ke tempat akad nikah sebab ni adalah rahsia terbesar untuk korang hilangkan rasa gemuruh.
Ikut pengalaman saya, saya datang ke masjid (tempat akad nikah) sebelum orang lain sampai lagi.
Jadi, di sini saya boleh ambil masa bertenang sebelum orang ramai mulai memenuhi ruangan masjid.
Cara Hilangkan Rasa Gemuruh di Hari Perkahwinan
Rasa gementar dan rasa gemuruh masa hari perkahwinan adalah perkara normal bagi semua orang.
Yela benda yang tak pernah kita lalui sebelum ni tiba-tiba hari ni kita berada dalam suasana yang agak ganjil. Dikelilingi oleh orang ramai dan semua orang fokus pada kita.
Jadi di sini saya nak kongsikan seidkit tips dengan korang macam mana nak hilangkan rasa darah gemuruh ni terutama bagi pengantin lelaki yang akan melafazkan akad nikah.
Pada hari perkahwinan, korang kenalah bangun awal pagi. Kalau boleh sebelum subuh lagi. Mandi, siapkan diri, buang apa yang patut dan sebagainya.
Makan dan minum ala kadar untuk ambil tenaga sahaja. Jangan makan dan minum berlebihan dikhuatiri korang berulang alik ke tandas.
Mulut sentiasa berselawat dan berzikir.
Bersedia dengan soalan yang bakal ditanya oleh imam. Biasanya imam akan menyoal korang beberapa soalan yang berkaitan dengan fardhu ain. Contohnya bacaan dalam solat dan sebagainya. Jadi belajarlah fardhu ain.
Datang awal ke tempat akad nikah. Kalau boleh sejam atau setengah jam sebelum tu korang dah ada di sana. Sampai awal di tempat akad nikah kita boleh menyesuaiakan diri dulu keadaan di sana. Jadi rasa gemuruh tu akan kurang sikit.
Jangan pandang sekeliling orang ramai sebab ini akan buatkan korang lagi rasa gementar.
Jika dalam masjid, ambil wuduk awal-awal dan duduk satu tempat untuk berzikir sambil menunggu tok kadi dan juga pengantin perempuan.
Penutup
Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya apa yang perlu korang buat untuk persediaan kahwin.
Kalau korang nak tips dan juga mencari kelengkapan kahwin, boleh la cuba tengok website NikahSatu sebab saya tengok dalam website tu sangat bagus dalam memberi tips tentang nikah kahwin.
Soalan Lazim
Sampai bila sah sijil kursus pra perkahwinan?
Sijil kursus pra perkahwinan tiada tamat tempoh. Katakan korang hadiri kursus pra perkahwinan dengan lengkap pada tahun 2010. Korang boleh guna sijil tu untuk berkahwin pada tahun 2020.
Apakah syarat sah nikah?
Syarat sah nikah kita rujuk kepada rukun nikah. Dalam rukun nikah ada 5 iaitu:
1. Pengantin Lelaki (suami) 2. Pengantin Perempuan (isteri) 3. Wali 4. Dua orang saksi 5. Ijab dan Kabul
Apakah susunan wali yang betul mengikut turutan?
1) Bapa 2) Ayah kepada bapa (datuk) 3) Adik-beradik lelaki seibu sebapa 4) Adik-beradik lelaki sebapa 5) Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa) 6) Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa) 7) Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa) 8) Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa) 9) Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa) 10) Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa) 11) Jika semua wali di atas tidak ada maka yang menjadi wali ialah wali sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).
Macam mana cara kumpul duit kahwin semasa belajar? Walaupun tajuk dalam artikel ni untuk pelajar yang mahu kumpul duit kahwin, tapi cara yang saya akan tunjukkan ni sesuai untuk rujukan semua golongan apatah lagi yang dah bergaji.
Kumpul duit terutama nak kahwin memang perkara yang mencabar bagi seseorang lelaki sebab nak kahwin kebanyakkan lelaki akan guna duit sendiri 100%. Ia agak berbeza dengan perempuan di mana mungkin keluarga akan menanggungnya segala kos perbelanjaan.
Best kan jadi perempuan?
Huhu...
Sebagai lelaki, kita kena tunjukkan kesungguhan kita untuk menghalalkan bakal pasangan kita. Barulah keluarga sebelah sana lebih terbuka untuk menerima kita sebagai ahli keluarga mereka yang baru.
Jadi dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang 7 tips cara kumpul duit kahwin semasa belajar.
Klik Untuk Lihat Isi Kandungan
Senarai Penting Semasa Kahwin
Sebelum tu, mari kita lihat dulu list yang perlu ada untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu sebab ni pun salah satu cara "kumpul" duit kahwin yang kita tak nampak.
Apa je yang perlu masa kahwin?
Sebenarnya sikit je benda yang perlu masa kahwin nanti.
Yang lain-lain tu semuanya sampingan dan kita boleh cut cost untuk sampingan tersebut jika nak buat juga.
Jadi ini checklist benda yang perlu untuk diambil kira bajet untuk kahwin.
Hantaran
Mas Kahwin
Cincin kahwin
#1. Hantaran
Nak tak nak, adat melayu kita perlukan juga duit hantaran ni walaupun sikit.
Kalau tak ada duit hantaran ni nampak pelik la pula.
Kita tak nak perkahwinan kita ni dibual-bualkan oleh orang lain.
Kalau benda sedap dibual oklah. Ni benda-benda yang negatif.
Sikit atau banyak duit hantaran ni kita tak boleh nak kawal melainkan dengan perbincangan dengan ahli keluarga pasangan masing-masing.
Biasanya pada masa kini harga hantaran ikut akademik anak.
Kalau lagi tinggi belajar lagi tinggi dia punya hantaran.
Jadi benda ni subjektif dan kita sebagai lelaki hendaklah sentiasa bersedia dengan jumlah hantaran yang dikenakan oleh pasangan kita.
Tapi kalau melampau sangat hantaran tu, korang fikirlah sendiri nak settel macam mana.
Kan best kalau ada bakal mentua cakap "bagi semampu yang boleh".
Kita nak kahwin pun lagi bersemangat!
#2. Mas Kahwin
Mas kahwin ni berbeza dengan hantaran.
Hantaran ni biasanya beribu-ribu manakala maskahwin ni dah ditetapkan oleh pejabat agama negeri masing-masing dan ianya adalah wajib.
Berikut adalah ketetapan maskahwin mengikut negeri masing-masing.
Negeri
Nilai Janda
Nilai Bujang
Johor
22.50
22.50
Melaka
100.00
100.00
Negeri Sembilan
12.00
24.00
Selangor
300.00
300.00
Kuala Lumpur
40.00
80.00
Perak
101.00
101.00
Pulau Pinang
24.00
24.00
Kedah
Tiada Ketetapan
Tiada Ketetapan
Perlis
Tiada Ketetapan
Tiada Ketetapan
Pahang
22.50
22.50
Terengganu
Tiada Ketetapan
Tiada Ketetapan
Kelantan
Tiada Ketetapan
Tiada Ketetapan
Sabah
80.00
100.00
Sarawak
120.00
120.00
Labuan
80.00
80.00
#3. Cincin Kahwin
Cincin kahwin ni adalah tanda sebagai ikatan sah kita dengan pasangan.
Jadi, jangan lupa untuk masukkan bajet yang perlu semasa kahwin.
Cincin kahwin sewaktu artikel ni ditulis boleh je dapat dengan harga antara RM500-RM700.
Tak perlu cari yang grand dan mewah.
Lainla kalau korang memang berduit atau anak orang kaya.
Jadi itu saja tiga perkara yang perlu korang masukkan dalam bajet.
Yang lain lain?
Saya tak katakan yang lain-lain tidak perlu.
Masih lagi perlu seperti baju persalinan kahwin, kenduri, photographer dan sebagainya.
Tapi semua benda tu kita boleh settel dengan cara kos yang paling minimum.
Sebagai contoh set persalinan kahwin tak perlu sebenarnya nak sewa baju pengantin bagai.
Cukup la dengan baju ala-ala pengantin bagi perempuan dan baju melayu je bagi lelaki.
Jurugambar pula sebenarnya cukup je saudara mara kita.
Percuma je.
Nanti kita boleh photobook je gambar kahwin kita tu nanti.
Lainla kalau korang nak gambar yang rare dan nak tengok setiap hari.
7 Cara Kumpul Duit Kahwin Semasa Belajar
Cara Kumpul Duit Kahwin Semasa Belajar
Mesti ramai yang fikir cara yang saya nak tunjukkan lebih kepada idea mencari duit.
Tidak.
Saya tidak fokus cara cari duit saja tapi juga strategi-strategi lain yang boleh membantu dan mempercepatkan semasa mengumpulkan duit.
#1. Buat Kerja Sambilan
Pada zaman sekarang ni dah banyak peluang pekerjaan yang boleh kita buat sambilan dan juga fulltime. Nak buat secara online atau offline. Semuanya boleh pilih je sekarang ni.
Tinggal nak atau tak nak je.
Kalau sesiapa nak buat secara online, banyak yang boleh saya rekemenakan untuk korang cuba buat.
Antaranya adalah;
Fiverr - Sebuah laman web yang boleh dapatkan duit dengan hanya menawarkan kemahiran yang kita ada. Sebagai contoh kemahiran melukis, menulis, buat web, buat video dan sebagainya. Jadi, jika korang ada apa-apa saja kemahiran yang boleh dibuat secara online, tawarkan servis di sini.
Menulis Blog - Ramai yang tidak percaya kelebihan berblogging ni. Masa dulu pun saya pernah fikir menulis blog ni hanya "sumbangan" dan kita tak peroleh apa-apa melaluinya. Tapi sangkaan saya silap lepas saya terlihat blogger luar negara boleh mencapai ratusan ribu setiap bulan dengan hanya menulis blog saja. Sebab tu blogfaiz.com diwujudkan. Selain untuk berkongsi info seperti ini, saya juga dapat income walaupun bukan beratus ribu setiap bulan.
Meniaga di Shopee - Shopee antara website jualan ecommerce yang terbaik di Malaysia setakat ini selepas Lazada. Untuk panduan Shopee nanti boleh baca panduan yang saya dah tulis sebelum ni cara bisnes di Shopee. Kalau nak panduan yang lagi lengkap boleh dapatkan Ebook Bisnes Shopee.
Kerja secara offline pula, ini kerja yang boleh saya rekemenkan;
Jadi rider Foodpanda - Dengan jadi rider Foodpanda korang boleh buat fulltime ataupun half-time. Yang mana dah habis study tu boleh la buat fulltime dan yang mana masih belajar atau bekerja, boleh buat secara halftime. Purata pendapatan seorang Foodpanda fulltime, sehari boleh mencecah RM80-RM200 sehari. Ia bergantung pada kepadatan penduduk di tempat tersebut.
Upah mesin rumput - Cuba pergi ke kawasan atau taman-taman dan cuba pacakkan sedikit banner untuk iklankan servis mesin rumput. Setiap kali mesin kita boleh caj antara RM50-80 mengikut keluasan tanah.
Servis cuci pinggan - Masa saya di Universiti dulu, saya pernah pergi ke cafe kampus dan minta nak kerja cuci pinggang. Boleh la dalam masa sehari tu dapat RM14 ringgit. Ok la tu kan?
Sebenarnya ada banyak lagi idea-idea bisnes atau servis yang boleh dibuat untuk kumpul duit.
Apa yang saya sebutkan di sini adalah salah satu antaranya.
#2. Simpan Duit Dalam ASB atau Tabung Haji
Dalam ASB ni dia ada dua cabang iaitu simpanan ASB dan juga pinjaman ASB.
Kedua-dua ni sama je manfaat cuma ada la beberapa perbezaan sikit.
Saya tak nak ulas lanjut pasal perbezaan simpanan ASB dan pinjaman ASB dalam artikel ni. Kalau saya nak ulas lanjut mungkin saya akan buatkan satu artikel yang lain mengenai ASB.
Baik, di sini saya nak berikan contoh jika korang buat pinjaman ASB untuk pelaburan.
Katakan paling minimum lagi korang nak kahwin tinggal 5 tahun je lagi.
Jadi, cuba pergi ke bank dan cuba buat pinjaman ASB untuk pelaburan.
Jangan salah faham bila dikatakan pinjaman ASB. Pinjaman tersebut bukan untuk korang gunakan beli barang keperluan lain tapi pinjaman tersebut adalah untuk kita melabur supaya dividen yang kita dapat lagi besar.
Di sini saya berikan contoh.
Katakan korang buat pinjaman ASB adalah sebanyak RM30,000 dan bayaran bulanan adalah RM165 setiap bulan.
Tempoh pinjaman: 30 tahun
Keuntungan bank: 5.2%
Purata dividen tahunan: 6.75%(berubah-ubah setiap tahun tapi saya ambil contoh yang ni)
Takaful: Tiada
Katakan lepas 5 tahun dah nak dekat kahwin korang pun nak jual semula sijil tadi.
Jadinya lepas 5 tahun sijil pertama tadi akan jadi macam ni;
Baki prinsipal: RM2374
Dividen terkumpul: RM 12,570
Jadi jumlah keseluruhan yang korang dapat kumpul adalah RM2374 + RM12570 = RM14,944.
Jumlah yang korang dapat tadi sangat berbeza jika korang buat simpanan biasa.
Jika kita kira simpanan biasa setiap RM165x60 bulan = RM9900 sahaja.
Jadi buatlah loan ASB atau ASB financing dan korang akan dapat beranakkan lagi duit tersebut.
#3. Rancang Perbelanjaan
Macam mana nak rancang perbelanjaan?
Sebenarnya semua benda yang kita lakukan mestilah ada disiplin yang tinggi.
Di sini saya nak bagi sedikit tips macam mana nak rancang perbelanjaan.
Tinggalkan perbelanjaan yang tidak perlu. Sebagai contoh jika korang jenis penghisap rokok tegar, sekarang cuba tinggalkan tabiat tersebut dan korang boleh jimat banyak duit setiap bulan selain meningkatkan tahap kesihatan korang.
Buat list sebelum pergi membeli. Ramai yang pandang remeh pada list barang sebelum pergi membeli. Sebenarnya inilah kuasa yang dapat mengawal kita membeli barang lain yang tidak perlu.
Makan sampai kenyang sebelum keluar rumah. Jika korang nak pergi mana-mana, kalau boleh makan dahulu sampai kenyang sebab bila berjalan dalam keadaan lapar, semua benda korang rasa nak beli. Tak pun rasa nak makan KFC la, MCD la dan sebagainya. Jadi di sini korang dah dapat jimat duit tanpa sedar.
Asingkan siap-siap duit perbelanjaan dengan duit simpanan pada setiap bulan. Biasanya orang yang betul-betul komited dalam mengawal perbelanjaan mereka akan tetapkan setiap hari berapa ringgit yang perlu dibelanjakan. Bagi saya tidak perlu sampai ke tahap tersebut. Cukup je jika setiap bulan kita ada simpanan.
Kenalpasti keperluan dan kehendak. Keperluan adalah sesuatu yang kita perlukan dan jika tidak ada kita tak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna. Contohnya makan, tempat tinggal dan pakaian. Manakala kehendak pula adalah sesuatu yang kita ingin miliki untuk kepuasan. Sebagai contoh telefon canggih, barang perhiasan, alat mainan dana sebagainya. Jadi, korang perlu kenalpasti mana kehendak dan keperluan barulah kita dapat berbelanja secara terkawal.
#4. Kerjasama Dengan Pasangan
Cuba tanya pasangan masing-masing boleh ke mereka membantu kita dalam mengumpulkan wang ni iaitu dengan cara kita pinjam sikit wang mereka untuk topup belanja kahwin nanti.
Boleh gunakan cara ni jika nak kurangkan tempoh masa kumpul duit kahwin.
Jika rezeki korang, mungkin akan dapat harga promosi untuk beli barang kahwin.
Jadi, pastikan alert setiap masa jika ada promosi seperti ini kerana sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk kahwin.
#6. Rancang 5 Tahun Sebelum
Jika korang bijak dalam merancang kewangan, korang mesti akan fikir tentang nak beli rumah dan juga perbelanjaan kahwin sejak dari awal.
Sebagai manusia, kita takkan terlepas dari benda ni. Nak ada kediaman sendiri dan juga pasangan sendiri.
Jadi, cuba rancang 5 tahun sebelum untuk mengumpulkan duit kahwin kerana saya pasti dalam tempoh lima tahun korang boleh kumpul lebih dari mampu jika ikut tips yang saya nyatakan dalam artikel ini.
Ikut pengalaman saya sendiri, saya hanya ambil masa setahun sahaja untuk kumpul sebanyak RM30,000 untuk kahwin.
Masa kahwin dulu saya hanya buat sederhana saja dan saya hanya habiskan RM15,000 sahaja.
Hantaran kahwin saya tak banyak sebab tu boleh bajet dalam RM15,000 sahaja tanpa pinjaman.
Sebab tu penting untuk kita bincang dengan pasangan masing-masing jika boleh kurangkan perbelanjaan hantaran kahwin.
Jika tak boleh kurangkan juga hantaran kahwin, terpaksa kita target dalam masa lima tahun untuk kumpulkan duit kahwin.
#7. Buat Tabung Kahwin
Bunyi lucu bukan?
Tabung ni bukan apa sebenarnya tapi sedikit sebanyak ia dapat membantu menampung kita mengumpulkan duit. Sebagai contoh dalam masa sehari cuba buat simpanan RM5. Sebulan dah jadi RM150
Jika dalam masa 5 tahun lagi kita nak kahwin, RM150 x 60 bulan = RM9000
Dalam masa 5 tahun korang dah boleh simpan sebanyak RM9000 jika simpan sebanyak RM5 sehari.
Banyak benda dah tu boleh buat dengan RM9000.
Silap-silap kos belanja kahwin tu je.
Jadi cubalah menabung dari awal dan rancang awal untuk simpanan kahwin.
Tips Jimat Perbelanjaan Kahwin
Sebentar tadi kita dah lihat 7 cara macam mana nak kumpul duit kahwin dengan merancang strategi-strategi mengumpul dan mencari wang.
Sekarang ni pula saya nak kongsikan tips jimat perbelanjaan kahwin supaya korang dapat kurangkan kos
Tips #1: Listkan Perkara Penting
Untuk jimatkan bajet masa kahwin, cuba listkan senarai barang yang penting saja untuk dibeli da kegunaan masa majlis perkahwinan.
Mana-mana barang yang tidak perlu, jangan beli dan cuba simpan untuk kegunaan lain yang lebih penting.
Tips #2: DIY Sendiri
Cuba buat sendiri bunga gubahan, menghias rumah dan apa-apa saja yang rasa boleh buat sendiri, cuba buat sendiri tanpa upah orang lain.
Tentu ramai ahli keluarga kita yang pandai buat bunga gubahan dan sebagainya.
Tips #3: Design dan Kos Kad Kahwin
Kad kahwin penting untuk jemputan orang ramai tapi tak perlu buat kad kahwin seperti orang akan simpan kad kita tersebut buat selamanya.
Bila dah habis majlis, mereka akan tong sampahkan je kad kahwin kita tu.
Jadi cuba buat bajet seminimum mungkin untuk kad kahwin supaya dapat jimat kos untuk keperluan lain.
Tips #4: Sewa Barang
Banyak kedai perkahwinan menyediakan barang yang boleh disewa.
Jika ada barang yang boleh disewa, sewakan je sebab biasanya sewa ni lagi jimat berbanding barang yang dibeli.
Sebagai contoh set persalinan kahwin agak mahal untuk dibeli.
Jadi, cari yang boleh sewa.
Tapi ada je jenis beli sendiri set persalinan kemudian jual pada orang lain.
Pun boleh juga buat macam tu asalkan tidak membazir kemudian hari.
Tips #5: Gotong-Royong Majlis
Gotong royong antara semasa jiran sekampung adalah perkara yang menyeronokkan ketika majlis hampir tiba.
Biasanya tak mereka yang gotong royong menyiapkan majlis bukannya mereka nak upah duit.
Cukup bagi mereka bawa balik lauk sebagai upah.
Ia lebih jimat dari korang buat katering yang mungkin habis beribu-ribu ringgit.
Penutup
Jadi itulah 7 cara kumpul duit kahwin jika korang merancang nak kahwin.
Saya rekemenkan, nak kumpul duit kawin ni rancang seawal minumum tempoh 3 tahun dan maksimum tempoh 5 tahun. Jika kurang daripada tu lagi baik seperti yang saya buat sebelum ni. Lagi cepat kumpul duit kahwin, lagi cepat la kita boleh rancang untuk kahwin.
Selain tu juga kita ada bincang mengenai tips untuk mengurangkan perbelanjaan kahwin supaya duit yang ada kita boleh gunakan untuk benda yang lebih penting lagi.