7 Cara Kumpul Duit Kahwin Semasa Belajar

Macam mana cara kumpul duit kahwin semasa belajar? Walaupun tajuk dalam artikel ni untuk pelajar yang mahu kumpul duit kahwin, tapi cara yang saya akan tunjukkan ni sesuai untuk rujukan semua golongan apatah lagi yang dah bergaji.

Kumpul duit terutama nak kahwin memang perkara yang mencabar bagi seseorang lelaki sebab nak kahwin kebanyakkan lelaki akan guna duit sendiri 100%. Ia agak berbeza dengan perempuan di mana mungkin keluarga akan menanggungnya segala kos perbelanjaan.

Best kan jadi perempuan?

Huhu…

Sebagai lelaki, kita kena tunjukkan kesungguhan kita untuk menghalalkan bakal pasangan kita. Barulah keluarga sebelah sana lebih terbuka untuk menerima kita sebagai ahli keluarga mereka yang baru.

Jadi dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang 7 tips cara kumpul duit kahwin samaada korang masih belajar atau dah bekerja.

Senarai Penting Semasa Kahwin

Sebelum tu, mari kita lihat dulu list yang perlu ada untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu sebab ni pun salah satu cara “kumpul” duit kahwin yang kita tak nampak.

Apa je yang perlu masa kahwin?

Sebenarnya sikit je benda yang perlu masa kahwin nanti.

Yang lain-lain tu semuanya sampingan dan kita boleh cut cost untuk sampingan tersebut jika nak buat juga.

Jadi ini checklist benda yang perlu untuk diambil kira bajet untuk kahwin.

  • Hantaran
  • Mas Kahwin
  • Cincin kahwin

#1. Hantaran

Nak tak nak, adat melayu kita perlukan juga duit hantaran ni walaupun sikit.

Kalau tak ada duit hantaran ni nampak pelik la pula.

Kita tak nak perkahwinan kita ni dibual-bualkan oleh orang lain.

Kalau benda sedap dibual oklah. Ni benda-benda yang negatif.

Sikit atau banyak duit hantaran ni kita tak boleh nak kawal melainkan dengan perbincangan dengan ahli keluarga pasangan masing-masing.

Biasanya pada masa kini harga hantaran ikut akademik anak.

Kalau lagi tinggi belajar lagi tinggi dia punya hantaran.

Jadi benda ni subjektif dan kita sebagai lelaki hendaklah sentiasa bersedia dengan jumlah hantaran yang dikenakan oleh pasangan kita.

Tapi kalau melampau sangat hantaran tu, korang fikirlah sendiri nak settel macam mana.

Kan best kalau ada bakal mentua cakap “bagi semampu yang boleh”.

Kita nak kahwin pun lagi bersemangat!

#2. Mas Kahwin

Mas kahwin ni berbeza dengan hantaran.

Hantaran ni biasanya beribu-ribu manakala maskahwin ni dah ditetapkan oleh pejabat agama negeri masing-masing dan ianya adalah wajib.

Berikut adalah ketetapan maskahwin mengikut negeri masing-masing.

NegeriNilai JandaNilai Bujang
Johor22.5022.50
Melaka100.00100.00
Negeri Sembilan12.0024.00
Selangor300.00300.00
Kuala Lumpur40.0080.00
Perak101.00101.00
Pulau Pinang24.0024.00
KedahTiada KetetapanTiada Ketetapan
PerlisTiada KetetapanTiada Ketetapan
Pahang22.5022.50
TerengganuTiada KetetapanTiada Ketetapan
KelantanTiada KetetapanTiada Ketetapan
Sabah80.00100.00
Sarawak120.00120.00
Labuan80.0080.00

#3. Cincin Kahwin

Cincin kahwin ni adalah tanda sebagai ikatan sah kita dengan pasangan.

Jadi, jangan lupa untuk masukkan bajet yang perlu semasa kahwin.

Cincin kahwin sewaktu artikel ni ditulis boleh je dapat dengan harga antara RM500-RM700.

Tak perlu cari yang grand dan mewah.

Lainla kalau korang memang berduit atau anak orang kaya.

Jadi itu saja tiga perkara yang perlu korang masukkan dalam bajet.

Yang lain lain?

Saya tak katakan yang lain-lain tidak perlu.

Masih lagi perlu seperti baju persalinan kahwin, kenduri, photographer dan sebagainya.

Tapi semua benda tu kita boleh settel dengan cara kos yang paling minimum.

Sebagai contoh set persalinan kahwin tak perlu sebenarnya nak sewa baju pengantin bagai.

Cukup la dengan baju ala-ala pengantin bagi perempuan dan baju melayu je bagi lelaki.

Jurugambar pula sebenarnya cukup je saudara mara kita.

Percuma je.

Nanti kita boleh photobook je gambar kahwin kita tu nanti.

Lainla kalau korang nak gambar yang rare dan nak tengok setiap hari.

7 Cara Kumpul Duit Kahwin Semasa Belajar

cara kumpul duit kahwin

Mesti ramai yang fikir cara yang saya nak tunjukkan lebih kepada idea mencari duit.

Tidak.

Saya tidak fokus cara cari duit saja tapi juga strategi-strategi lain yang boleh membantu dan mempercepatkan semasa mengumpulkan duit.

#1. Buat Kerja Sambilan

Pada zaman sekarang ni dah banyak peluang pekerjaan yang boleh kita buat sambilan dan juga fulltime. Nak buat secara online atau offline. Semuanya boleh pilih je sekarang ni.

Tinggal nak atau tak nak je.

Kalau sesiapa nak buat secara online, banyak yang boleh saya rekemenakan untuk korang cuba buat.

Antaranya adalah;

  1. Fiverr – Sebuah laman web yang boleh dapatkan duit dengan hanya menawarkan kemahiran yang kita ada. Sebagai contoh kemahiran melukis, menulis, buat web, buat video dan sebagainya. Jadi, jika korang ada apa-apa saja kemahiran yang boleh dibuat secara online, tawarkan servis di sini.
  2. Menulis Blog – Ramai yang tidak percaya kelebihan berblogging ni. Masa dulu pun saya pernah fikir menulis blog ni hanya “sumbangan” dan kita tak peroleh apa-apa melaluinya. Tapi sangkaan saya silap lepas saya terlihat blogger luar negara boleh mencapai ratusan ribu setiap bulan dengan hanya menulis blog saja. Sebab tu blogfaiz.com diwujudkan. Selain untuk berkongsi info seperti ini, saya juga dapat income walaupun bukan beratus ribu setiap bulan.
  3. Meniaga di Shopee – Shopee antara website jualan ecommerce yang terbaik di Malaysia setakat ini selepas Lazada. Untuk panduan Shopee nanti boleh baca panduan yang saya dah tulis sebelum ni cara bisnes di Shopee. Kalau nak panduan yang lagi lengkap boleh dapatkan Ebook Bisnes Shopee.

Kerja secara offline pula, ini kerja yang boleh saya rekemenkan;

  1. Jadi rider Foodpanda – Dengan jadi rider Foodpanda korang boleh buat fulltime ataupun half-time. Yang mana dah habis study tu boleh la buat fulltime dan yang mana masih belajar atau bekerja, boleh buat secara halftime. Purata pendapatan seorang Foodpanda fulltime, sehari boleh mencecah RM80-RM200 sehari. Ia bergantung pada kepadatan penduduk di tempat tersebut.
  2. Upah mesin rumput – Cuba pergi ke kawasan atau taman-taman dan cuba pacakkan sedikit banner untuk iklankan servis mesin rumput. Setiap kali mesin kita boleh caj antara RM50-80 mengikut keluasan tanah.
  3. Servis cuci pinggan – Masa saya di Universiti dulu, saya pernah pergi ke cafe kampus dan minta nak kerja cuci pinggang. Boleh la dalam masa sehari tu dapat RM14 ringgit. Ok la tu kan?

Sebenarnya ada banyak lagi idea-idea bisnes atau servis yang boleh dibuat untuk kumpul duit.

Apa yang saya sebutkan di sini adalah salah satu antaranya.

#2. Simpan Duit Dalam ASB atau Tabung Haji

Dalam ASB ni dia ada dua cabang iaitu simpanan ASB dan juga pinjaman ASB.

Kedua-dua ni sama je manfaat cuma ada la beberapa perbezaan sikit.

cara kumpul duit kahwin

Saya tak nak ulas lanjut pasal perbezaan simpanan ASB dan pinjaman ASB dalam artikel ni. Kalau saya nak ulas lanjut mungkin saya akan buatkan satu artikel yang lain mengenai ASB.

Baik, di sini saya nak berikan contoh jika korang buat pinjaman ASB untuk pelaburan.

Katakan paling minimum lagi korang nak kahwin tinggal 5 tahun je lagi.

Jadi, cuba pergi ke bank dan cuba buat pinjaman ASB untuk pelaburan.

Jangan salah faham bila dikatakan pinjaman ASB. Pinjaman tersebut bukan untuk korang gunakan beli barang keperluan lain tapi pinjaman tersebut adalah untuk kita melabur supaya dividen yang kita dapat lagi besar.

Di sini saya berikan contoh.

Katakan korang buat pinjaman ASB adalah sebanyak RM30,000 dan bayaran bulanan adalah RM165 setiap bulan.

  • Tempoh pinjaman: 30 tahun
  • Keuntungan bank: 5.2%
  • Purata dividen tahunan: 6.75%(berubah-ubah setiap tahun tapi saya ambil contoh yang ni)
  • Takaful: Tiada

Katakan lepas 5 tahun dah nak dekat kahwin korang pun nak jual semula sijil tadi.

Jadinya lepas 5 tahun sijil pertama tadi akan jadi macam ni;

  • Baki prinsipal: RM2374
  • Dividen terkumpul: RM 12,570

Jadi jumlah keseluruhan yang korang dapat kumpul adalah RM2374 + RM12570 = RM14,944.

Jumlah yang korang dapat tadi sangat berbeza jika korang buat simpanan biasa.

Jika kita kira simpanan biasa setiap RM165x60 bulan = RM9900 sahaja.

Jadi buatlah loan ASB atau ASB financing dan korang akan dapat beranakkan lagi duit tersebut.

#3. Rancang Perbelanjaan

Macam mana nak rancang perbelanjaan?

Sebenarnya semua benda yang kita lakukan mestilah ada disiplin yang tinggi.

Di sini saya nak bagi sedikit tips macam mana nak rancang perbelanjaan.

  1. Tinggalkan perbelanjaan yang tidak perlu. Sebagai contoh jika korang jenis penghisap rokok tegar, sekarang cuba tinggalkan tabiat tersebut dan korang boleh jimat banyak duit setiap bulan selain meningkatkan tahap kesihatan korang.
  2. Buat list sebelum pergi membeli. Ramai yang pandang remeh pada list barang sebelum pergi membeli. Sebenarnya inilah kuasa yang dapat mengawal kita membeli barang lain yang tidak perlu.
  3. Makan sampai kenyang sebelum keluar rumah. Jika korang nak pergi mana-mana, kalau boleh makan dahulu sampai kenyang sebab bila berjalan dalam keadaan lapar, semua benda korang rasa nak beli. Tak pun rasa nak makan KFC la, MCD la dan sebagainya. Jadi di sini korang dah dapat jimat duit tanpa sedar.
  4. Asingkan siap-siap duit perbelanjaan dengan duit simpanan pada setiap bulan. Biasanya orang yang betul-betul komited dalam mengawal perbelanjaan mereka akan tetapkan setiap hari berapa ringgit yang perlu dibelanjakan. Bagi saya tidak perlu sampai ke tahap tersebut. Cukup je jika setiap bulan kita ada simpanan.
  5. Kenalpasti keperluan dan kehendak. Keperluan adalah sesuatu yang kita perlukan dan jika tidak ada kita tak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna. Contohnya makan, tempat tinggal dan pakaian. Manakala kehendak pula adalah sesuatu yang kita ingin miliki untuk kepuasan. Sebagai contoh telefon canggih, barang perhiasan, alat mainan dana sebagainya. Jadi, korang perlu kenalpasti mana kehendak dan keperluan barulah kita dapat berbelanja secara terkawal.

#4. Kerjasama Dengan Pasangan

Cuba tanya pasangan masing-masing boleh ke mereka membantu kita dalam mengumpulkan wang ni iaitu dengan cara kita pinjam sikit wang mereka untuk topup belanja kahwin nanti.

Boleh gunakan cara ni jika nak kurangkan tempoh masa kumpul duit kahwin.

Nanti kalau dah kahwin, bayar sikit-sikit. Andaikata dihalalkan, Alhamdulillah.

Rezeki korang la tu. 😀

Bukan senang nak kumpul duit kahwin ni.

#5. Beli Barang Kahwin Time Promosi

Jika rezeki korang, mungkin akan dapat harga promosi untuk beli barang kahwin.

Jadi, pastikan alert setiap masa jika ada promosi seperti ini kerana sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk kahwin.

#6. Rancang 5 Tahun Sebelum

Jika korang bijak dalam merancang kewangan, korang mesti akan fikir tentang nak beli rumah dan juga perbelanjaan kahwin sejak dari awal.

Sebagai manusia, kita takkan terlepas dari benda ni. Nak ada kediaman sendiri dan juga pasangan sendiri.

Jadi, cuba rancang 5 tahun sebelum untuk mengumpulkan duit kahwin kerana saya pasti dalam tempoh lima tahun korang boleh kumpul lebih dari mampu jika ikut tips yang saya nyatakan dalam artikel ini.

Ikut pengalaman saya sendiri, saya hanya ambil masa setahun sahaja untuk kumpul sebanyak RM30,000 untuk kahwin.

Masa kahwin dulu saya hanya buat sederhana saja dan saya hanya habiskan RM15,000 sahaja.

Hantaran kahwin saya tak banyak sebab tu boleh bajet dalam RM15,000 sahaja tanpa pinjaman.

Sebab tu penting untuk kita bincang dengan pasangan masing-masing jika boleh kurangkan perbelanjaan hantaran kahwin.

Jika tak boleh kurangkan juga hantaran kahwin, terpaksa kita target dalam masa lima tahun untuk kumpulkan duit kahwin.

#7. Buat Tabung Kahwin

Bunyi lucu bukan?

Tabung ni bukan apa sebenarnya tapi sedikit sebanyak ia dapat membantu menampung kita mengumpulkan duit. Sebagai contoh dalam masa sehari cuba buat simpanan RM5. Sebulan dah jadi RM150

Jika dalam masa 5 tahun lagi kita nak kahwin, RM150 x 60 bulan = RM9000

Dalam masa 5 tahun korang dah boleh simpan sebanyak RM9000 jika simpan sebanyak RM5 sehari.

Banyak benda dah tu boleh buat dengan RM9000.

Silap-silap kos belanja kahwin tu je.

Jadi cubalah menabung dari awal dan rancang awal untuk simpanan kahwin.

Tips Jimat Perbelanjaan Kahwin

Sebentar tadi kita dah lihat 7 cara macam mana nak kumpul duit kahwin dengan merancang strategi-strategi mengumpul dan mencari wang.

Sekarang ni pula saya nak kongsikan tips jimat perbelanjaan kahwin supaya korang dapat kurangkan kos

Tips #1: Listkan Perkara Penting

Untuk jimatkan bajet masa kahwin, cuba listkan senarai barang yang penting saja untuk dibeli da kegunaan masa majlis perkahwinan.

Mana-mana barang yang tidak perlu, jangan beli dan cuba simpan untuk kegunaan lain yang lebih penting.

Tips #2: DIY Sendiri

Cuba buat sendiri bunga gubahan, menghias rumah dan apa-apa saja yang rasa boleh buat sendiri, cuba buat sendiri tanpa upah orang lain.

Tentu ramai ahli keluarga kita yang pandai buat bunga gubahan dan sebagainya.

Tips #3: Design dan Kos Kad Kahwin

Kad kahwin penting untuk jemputan orang ramai tapi tak perlu buat kad kahwin seperti orang akan simpan kad kita tersebut buat selamanya.

Bila dah habis majlis, mereka akan tong sampahkan je kad kahwin kita tu.

Jadi cuba buat bajet seminimum mungkin untuk kad kahwin supaya dapat jimat kos untuk keperluan lain.

Tips #4: Sewa Barang

Banyak kedai perkahwinan menyediakan barang yang boleh disewa.

Jika ada barang yang boleh disewa, sewakan je sebab biasanya sewa ni lagi jimat berbanding barang yang dibeli.

Sebagai contoh set persalinan kahwin agak mahal untuk dibeli.

Jadi, cari yang boleh sewa.

Tapi ada je jenis beli sendiri set persalinan kemudian jual pada orang lain.

Pun boleh juga buat macam tu asalkan tidak membazir kemudian hari.

Tips #5: Gotong-Royong Majlis

Gotong royong antara semasa jiran sekampung adalah perkara yang menyeronokkan ketika majlis hampir tiba.

Biasanya tak mereka yang gotong royong menyiapkan majlis bukannya mereka nak upah duit.

Cukup bagi mereka bawa balik lauk sebagai upah.

Ia lebih jimat dari korang buat katering yang mungkin habis beribu-ribu ringgit.

Penutup

Jadi itulah 7 cara kumpul duit kahwin jika korang merancang nak kahwin.

Saya rekemenkan, nak kumpul duit kawin ni rancang seawal minumum tempoh 3 tahun dan maksimum tempoh 5 tahun. Jika kurang daripada tu lagi baik seperti yang saya buat sebelum ni. Lagi cepat kumpul duit kahwin, lagi cepat la kita boleh rancang untuk kahwin.

Selain tu juga kita ada bincang mengenai tips untuk mengurangkan perbelanjaan kahwin supaya duit yang ada kita boleh gunakan untuk benda yang lebih penting lagi.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “7 Cara Kumpul Duit Kahwin Semasa Belajar”

Leave a Comment

Scroll to Top