Tutorial Cara Berniaga Di Shopee Sehingga 4 Angka Sebulan (Updated)

Macam mana cara berniaga di Shopee untuk yang baru belajar nak mula menjual online? Secara peribadi Shopee adalah pilihan peribadi saya untuk aktiviti menjual secara online sebab bagi saya interface web Shopee untuk seller agak friendly dan tidak serumit Lazada untuk listing produk.

Selain tu juga, data menunjukkan Shopee berada ranking ketiga website paling popular di Malaysia dan Lazada berada di ranking ke lapan.

cara berniaga di shopee

Disebabkan jumlah pengunjung di Shopee berjuta-juta sebulan, jadi ini satu peluang amat besar untuk orang membeli produk korang di Shopee.

Apa Itu Shopee?

Mungkin ramai yang tidak kenal secara menyeluruh lagi apa itu Shopee. Ramai yang fikir Shopee ni tempat membeli je dan penjual pula dalam kalangan orang yang ada modal besar atau memang dah jadi tauke sebelum ni.

Shopee ni adalah sebuah platform jual beli online terbesar dan paling popular di Malaysia setakat ni.

Lihat sini >>> Panduan lengkap bisnes Shopee

Jika dulu Lazada berada pada ranking pertama di hati rakyat Malaysia. Tapi kalau tak silap saya pada tahun 2018 Shopee dan mula pintas Lazada untuk berada di tempat pertama.

Apa yang saya ingat dulu kos shipping di Shopee ni kebanyakkan adalah percuma.

Mungkin itu kot yang menyebabkan Shopee ni menjadi sangat popular sehingga ke hari ini.

Ok.

Mungkin korang fikir Shopee ni tempat membeli je kan?

Salah tu.

Selain korang boleh membeli, Shopee juga kita boleh menjual barang kita.

Kalau kita tak ada barang sendiri pun tak ada masalah.

Kita boleh menjual secara untung atas angin iaitu dengan menjadi Dropship.

Korang hanya list barang di Shopee dan jika ada jualan berlaku, kita hanya contact supplier kita untuk hantar barang tersebut kepada pelanggan yang telah membuat bayaran.

Apa Kelebihan Shopee?

Sebelum kita berniaga di Shopee, kita kena tahu dulu apa kelebihan Shopee ni sehingga berjuta-juta rakyat Malaysia masuk sini untuk membeli secara online.

Ini senarai kelebihan Shopee bagi pembeli dan juga penjual.

  1. Paling orang suka di Shopee adalah sistem keselamatan dan menjaga buyer dari scammer. Jika barang tersebut pecah atau rosak, customer boleh buat return barang dan dapatkan semula duit dari Shopee. Jadi tahap kepercayaan untuk orang berbelanja di Shopee sangat tinggi. Jika barang tak sampai langsung boleh je batalkan tanpa sakit kepala. Baca juga cara membeli di Shopee dengan selamat.
  2. Saya tak tahu kenapa kebanyakkan harga di Shopee ni murah berbanding di Lazada. Mungkin terlalu banyak pesaing kot.
  3. Peniaga boleh list barang secara percuma dan hanya dikenakan sedikit caj jika ada jualan. Jika dulu Shopee tidak kenakan langsung caj. Sebab tu banyak peniaga suka berniaga di Shopee.
  4. Applikasi Shopee pada smartfon android dan iOS juga semakin bertambah baik menyebabkan makin ramai pelanggan. Jadi ini peluang besar untuk kita dapat ramai lagi pelanggan.
  5. Untuk daftar akaun seller tidak perlukan SSM. Tapi lebih baik ada SSM jika ingin menjual.
  6. Sangat senang untuk seller uruskan jualan. Sebab nanti stiker label untuk penghantaran Shopee dah create siap-siap. Tunggu kita lekat atas parcel je.
  7. Untuk jadi kos penghantaran lebih murah, sebagai seller boleh mendaftar logistik dengan pihak Shopee sebab Shopee ada buat kerjasama dengan pihak Poslaju dan juga gDex. So nanti kita boleh diskaun untuk kos penghantaran.

Ada beberapa lagi kelebihan. Cukup ni je dulu.

Ok baik mungkin korang dah tak sabar nak mula menjual di Shopee kan?

Jadi artikel ni saya akan tunjukkan tutorial macam mana cara nak berniaga di Shopee dan kaut keuntungan besar!

Cara Berniaga Di Shopee Untuk Baru Belajar

cara berniaga di shopee,cara bisnes di shopee,cara memulakan bisnes di shopee

Sebelum tu saya sarankan untuk korang guna laptop untuk ikuti tutorial ni sebab melalui laptop banyak benda kita boleh buat berbanding guna applikasi Shopee di Smartphone.

#1. Cara Listing Barang

Langkah 1 Langkah yang pertama apa yang perlu korang buat adalah daftar akaun Shopee sebab akaun untuk membeli dan menjual adalah sama saja.

So, kalau korang dah memang daftar akaun Shopee sebelum ni sebagai pembeli, bermakna korang sudah pun daftar juga sebagai Seller.

Cuma untuk daftar akaun seller ada beberapa perkara sikit yang perlu di setting.

Teruskan langkah yang seterusnya untuk pendaftaran lengkap sebagai seller di Shopee.

Langkah 2 Jika dah daftar, login ke akaun Shopee dan klik pada Seller center. Jumpa tak link seller center kat mana?

Link seller center ni terletak pada bahagian atas hujung kiri dalam website Shopee lepas kita dah login ke dalam akaun Shopee.

Klik je.

Langkah 3 First time masuk ke Seller center, korang akan lihat terma dan syarat Shopee sebagai penjual. Jangan risau. Yang ni tiada apa pun just untuk pengetahuan korang saja.

Saya sarankan untuk korang baca lagipun tak panjang dia punya terma dan syarat supaya korang tahu apa yang boleh dibuat dan tak boleh dibuat sebagai seorang seller.

Lepas dah siap baca, tandakan tick pada I have read dan klik pada butang Accept.

cara berniaga di shopee

Langkah 4 Kemudian akan keluar satu popup untuk masukkan info peribadi korang seperti nama, nombor telefon, alamat dan sebagainya.

Ise je kesemua benda ni.

cara berniaga di shopee

Lepas dah siap isi semua info peribadi, klik saja pada butang Confirm.

Langkah 5 Kemudian, korang akan dibawa ke dashboard Seller center. Di sinilah tempat korang nak manage semua jualan termasuk dengan statistik, event dari Shopee dan sebagainya.

Yang ni nanti saya akan ceritakan yang asas saja yang mana perlu korang buat sebelum menjual.

Ok pada sebelah kiri menu, cari pada bahagian product dan klik pada Add New Product.

cara berniaga di shopee,cara bisnes di shopee,cara memulakan bisnes di shopee

Langkah 6 Seterusnya masukkan nama produk dan pilih kategori yang sesuai dengan produk yang korang nak jual tu.

cara berniaga di shopee,cara bisnes di shopee,cara memulakan bisnes di shopee

Langkah 7 Ok pada langkah ketujuh ni di sinilah korang perlu masukkan semua info produk yang diperlukan. Antaranya adalah.

  • Masukkan gambar produk
  • Masukkan video mengenai produk (jika ada)
  • Penerangan tentang produk.
  • Jenama produk
  • Harga tidak termasuk dengan shipping
  • Stok yang tinggal sekarang ada berapa
  • Maklumat dan harga shipping
  • Dan beberapa lagi info lain…
cara berniaga di shopee,cara bisnes di shopee,cara memulakan bisnes di shopee

Masukkan semua info produk yang diperlukan dan klik pada butang Save and Publish untuk dilihat oleh semua pengguna Shopee.

So, itu saja langkah-langkah secara asas macam mana nak list barang di Shopee.

Just tunggu saja sehingga ada pembeli.

#2. Cantikkan Kedai Online Shopee

Sekarang ni saya nak tunjukkan pula macam mana nak hias kedai online kita di Shopee bagi nampak cantik dan menarik sikit.

Ok untuk hias kedai online kita di Shopee supaya nampak lebih menarik, kita pergi ke menu Shop » Shop Decoration.

So di sini nanti korang boleh upload gambar profile, gambar background kedai, susun produk ikut kategori, buat hot deal, produk yang sedang dipromosi dan sebagainya.

cara berniaga di shopee,cara bisnes di shopee,cara memulakan bisnes di shopee

Bila orang masuk ke kedai Shopee online korang tu, mereka dengan jelas dapat lihat apa yang korang sedang jual dan sebagainya.

#3. Masukkan Info Bank

Seterusnya saya akan tunjukkan cara nak masukkan info bank.

Info bank ni bukan untuk customer bank in pada kita tapi pihak Shopee yang akan masukkan duit bila barang yang kita jual tu sudah complete dan capai tempoh matang.

cara berniaga di shopee

Untuk masukkan info bank kita, pergi ke menu Finance » Bank Account.

Nanti masukkan info bank korang seperti penama bank, nama bank dan juga nombor akaun.

Yang ni mesti buat kalau nak dapat duit dari Shopee.

#4. Cara Terima dan Urus Order

Macam mana nak urus jika ada pembeli buat belian, pembatalan dan juga penghantaran?

Untuk buat semua benda ni, pergi ke menu Order » My orders.

So di sini korang boleh klik pada mana-mana pesanan untuk lihat status, penghantaran dan sebagainya.

Di sini juga kita boleh urus jika ada buyer buat return and refund. Kita boleh chat dengan buyer untuk selesaikan masalah jika barang yang kita hantar tu ada problem.

#5. Lengkapkan Shop Profile

Sebelum mula menjual, saya sangat sarankan kepada korang untuk lengkapkan Shop profil korang supaya kedai online kita kat Shopee tu nampak ada krediabiliti dan lebih trusted.

Untuk lengkapkan Shop profil pergi ke menu Shop » Shop profile.

cara berniaga di shopee

Antara info yang perlu kita masukkan di sini adalah;

  1. Masukkan logo kedai melambangkan identiti dan kedai kita.
  2. Masukkan cover photo yang menarik supaya kedai korang pun nampak menarik.
  3. Boleh masukkan video atau gambar yang berkaitan dengan niche perniagaan kita.
  4. Masukkan deskripsi ataupun info kedai kita. Kalau ada nombor SSM lagi elok. Masukkan je kat situ.

So, itu saja info yang perlu korang masukkan.

Kemudian klik je butang save.

#6. Tetapan & Info Penghantaran

Seterusnya, kita pergi pula ke bahagian tetapan dan info penghantaran ni.

Untuk info penghantaran ni supaya kita dapat setkan courier apa yang kita nak guna, berapa hari kita akan hantar produk lepas buyer buat pembayaran.

Jadi, untuk buat tetapan ni, pergi ke menu Shipment » Shipping setting.

cara berniaga di shopee

#7. Pengurusan Customer Servis (Auto reply)

Akhir sekali yang saya nak tunjukkan di sini adalah macam mana kita nak urus pelanggan kita atau senang kata support sebelum dan selepas pembelian.

Customer support ni bagi saya agak penting sebab dengan customer support yang mantap akan meningkatkan lagi kepercayaan buyer terhadap kita.

Contohnya macam mana?

Senang je.

Kalau orang tanya soalan, kita dapat reply dalam masa yang singkat, jika produk ada problem kita selesaikan dengan cara elok samaada suruh dia return barang tu dan dapatkan barang yang baru.

Tapi kali ni saya nak tunjukkan cara macam mana korang dapat reply dalam masa yang singkat walaupun korang tak online pada masa tu.

Ini cara dia.

Pergi ke menu Customer service » chat assistance.

Kemudian di sini korang boleh set auto reply

cara berniaga di shopee

Caranya klik pada Default Auto-reply dan nanti korang boleh tulis apa saja text untuk auto reply nanti.

Sebagai contoh, korang boleh masukkan ayat seperti berikut.

Hi [nama kedai] here! Thanks for messaging us. Our working hour is from 10AM to 6PM (Monday to Friday), our team will revert to you as soon as possible. Thank you!

Istilah Yang Digunakan Dalam Shopee

Berikut adalah istilah yang kebiasaan digunakan dalam Shopee.

Korang kena tahu istilah ni jika nak jadi peniaga yang berjaya di Shopee.

#1. Shopee Supported Logistic (SSL)

Shopee Supported Logistic (SSL) merupakan satu sistem tempahan Shopee yang diintegrated dengan system tracking dari pihak kurier yang tersenarai di bawah Shopee.

Kelebihannya adalah, penjual tidak perlu membayar apa-apa kos semasa membuat penghantaran barang di pihak kurier yang terpilih. Senang kata Shopee ni sebenarnya sudah berpartner dengan pihak kurier tersebut.

#2. Dropship

Dropship bermaksud korang menjual tanpa memegang barang dan bila ada jualan berlaku di Shopee apa yang perlu korang buat adalah dengan contact supplier tersebut untuk hantar pada client.

Cara nak jadi dropship ni adalah diceritakan dengan lengkap dalam ebook panduan bisnes Shopee.

#3. AWB

AWB bermaksud Airway Bill. Airway Bill ni adalah sejenis bil auto generate untuk kita print dan tampal pada bungkusan untuk dihantar pada client.

#4. Seller & Buyer

Jika korang menjual dalam Shopee di panggil sebagai seller manakala jika korang membeli dipanggil sebagai buyer.

#5. Savevalu2u

Dalam Shopee, jika korang nak topup kredit dalam akaun Seller di Shopee, kita akan menggunakan Savevalu2u.

So jangan rasa pelik apa benda Savevalu2u lepas ni

Ada lagi istilah di Shopee yang korang tak faham?

Boleh tinggalkan komen di bawah nanti saya masukkan list di sini/

Panduan Ebook Lengkap Berniaga di Shopee Lima Angka Sebulan

Ok sebelum saya akhiri tutorial ni, di sini saya rekemenkan kepada korang untuk dapatkan panduan bisnes shopee yang memang terbukti telah membantu beratus orang yang telah mendapatkan panduan ni.

cara berniaga di shopee,cara bisnes di shopee,cara memulakan bisnes di shopee

Antara kandungan penting yang korang akan pelajari dalam ebook ini adalah.

Jika korang berminat, boleh dapatkan ebook panduan lengkap bisnes shopee.

Ok, itu saja perkongsian saya macam mana cara berniaga di Shopee bagi mereka yang baru nak start berniaga online.

Jika korang nak tengok tutorial dalam bentuk video, boleh la jenguk video di bawah ni atau boleh tengok di channel YouTube blogfaiz.

Video tutorial cara berniaga di Shopee secara asas

Kesimpulan

Dalam tutorial ni saya dah beritahu secara asas macam mana nak berniaga di Shopee dan masukkan barang pertama korang di sana.

Pada mulanya memang agak teknikal tetapi bila kita dah biasa buat sebenarnya nak listing barang di Shopee ia agak mudah.

Jika korang nak belajar dengan lebih lanjut macam mana cara berniaga di Shopee, boleh dapatkan panduan lengkap bisnes Shopee.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

19 thoughts on “Tutorial Cara Berniaga Di Shopee Sehingga 4 Angka Sebulan (Updated)”

  1. Thіs іs the right web site for anybody who wishes to find out about this topic.
    You understand so much its almost hard to argue with you
    (not that I actᥙally ᴡouⅼd want to…HaHa).
    You certainly put a brand new sⲣin on a subject that’s been discussed for years.
    Wonderfuⅼ stuff, just excellent!

  2. Μy developer is trying to persuade me to move to .net from PHP.
    I have aⅼways disliked the idea because of the
    costs. But he’s trүiong none the less. I’ve been usіng WordPress on a
    number of websites for about a yеar and am worried about switching to another pⅼatform.
    I have hearⅾ good things about blogengine.net.
    Is there a waү I cаn import all my wordpress content into it?

    Any кind of help would be really appreciated!

Leave a Comment

Scroll to Top