013-9346624 (Whatsapp Only)
Teknik Scammer Penipuan Pembelian Wang Lama

Teknik Scammer Penipuan Pembelian Wang Lama

Sekarang ni penipuan pembelian wang lama makin menjadi-jadi. Tapi yang aku hairannya, benda ni dah lama sebenarnya. Kalau tak silap aku tahun 2015 lagi geng-geng scammer pembelian wang lama ni. Yang aku jadi lebih hairan, kenapa hampir setiap hari sehingga ke hari ini masih ada yang kena scam dengan pembelian wang lama ni.

Aku tahu lah sebab aku ada buat video pasal ni. Setiap hari ada orang komen kat video ni pasal pembelian wang lama.

Boleh cuba tengok video di bawah ni. Tapi dalam video ni sama juga apa yang aku nak sampaikan dalam artikel ni.

Teknik Scammer Penipuan Pembelian Wang Lama

Jadi, di sini aku akan cuba rungkaikan sikit cara dan teknik penipuan mereka sehingga memperdayakan banyak mangsa.

Korang tak rasa pelik ke?

Si scammer ni adalah pembeli, korang pula adalah penjual. Tapi kenapa pembeli boleh tipu penjual? Selalunya penjual yang tipu pembeli.

Kalau korang ni adalah penjual duit lama, ni adalah salah satu point yang korang kena fikir. Jangan pendekkan akal kita.

Modus operandi mereka mudah dan senang.

Mereka hanya guna kelemahan yang ada dalam diri manusia iaitu sifat tamak. Tengok. Cerdik tak cerdik scammer ni.

Ya. Disebabkan tamak nilah korang ni sebenarnya mudah ditipu.

Macam mana mereka buat?

Macam ni.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku ada terima satu mesej dari orang yang aku tak kenal langsung di Instagram. Dalam mesej tersebut dia kata berminat untuk beli wang lama dari aku walaupun aku ni tak pernah pun jual wang lama.

Hahaha.

Tapi disebabkan aku nak tahu macam mana mereka ni beroperasi, aku terus buat wayang.

Wayang bukan sebarang wayang, wayang terbaik punya…

Kalau korang tengok mesej ni pun ayatnya tunggang langgang. Macam guna Google translate pun ada.

Hahaha…

Lepas aku bersetuju tu, terus dia sambung perbualan ke Whatsapp pula. Kononnya mereka ni adalah sebuah company pembeli wang lama dan ada department masing-masing.

Tapi apa yang aku faham, memang betul pun operasi mereka macam tu. Ada yang tukang cari mangsa. Ada yang tukang close sale dan ada yang tukang kewangan.

Yang tukang cari mangsa ni, jumpa aku kat Instagram.

Lepas tu dia suruh aku sambung pula chat dekat Whatsapp iaitu department close sale mereka.

Di sinilah segalanya yang akan berubah hidup korang yang ada sifat “tamak” tu.

Mereka akan tawarkan sejumlah wang yang sangat tinggi dalam nilai USD. Dalam kes aku ni, mereka tawarkan sebanyak USD 500k.

Hahaha…

Gila.

Jadi penjual duit lama terus aku jadi jutawan.

Bagi mereka yang “tamak”, bila dengar USD500k ni terus jadi mabuk. Tak fikir panjang apa dah kena scam ke apa.

Tapi…

Korang apa tahu jadi lepas tu?

Lepas aku setuju nak jual sebanyak USD500k seperti yang dia tawarkan, mereka akan bagi satu resit konon-kononnya mereka sudah bank in dalam akaun aku dan dari sini mereka akan beritahu duit tu pending…

Nak lepaskan pending duit tu, rupa-rupanya aku kena bayar fee.

Hahhaa..

Bodohkan scammer ni? Tapi lagi bodoh kalau aku yang kena scam.

Aku lupa berapa fee kena bayar tu.

Kalau tak silap aku fee yang aku kena bayar masa tu dalam RM7 ribu kot.

Alasan fee ni kononnya nak lepaskan duit yang dia bank in tu dari luar negara supaya masuk ke dalam akaun kita.

Tapi yang aku tak boleh blah, mereka ni janji lagi akan bayar balik fee tersebut.

Hahaha…

Apa pula kalau korang batalkan transaksi ni?

Jika korang batalkan transaksi ni, mereka akan guna pula sifat ketakutan yang ada dalam diri korang. Nampak bijak bukan scammer ni? Banyak belajar psikologi manusia ke?

Apa mereka buat?

Jeng jeng jeng…

Mereka akan ugut akan buat report polis atau interpol sebab mereka dah bank in duit tu pada korang tapi korang pula tak nak bayar fee.

Jadi, bila dengar je nak buat report polis, yang jenis tak fikir panjang terus takut dan nak tak nak terpaksalah bayar fee tersebut.

Di sinilah jerat yang mereka pasang dah terkena.

Lepas dah bank in, mereka akan minta lagi dan lagi. Ugut selagi boleh sampai korang tak sedar duit dalam akaun bank dah tinggal sikit.

Tapi aku tak faham.

Masa tulah baru korang sedar ditipu dan baru berani nak buat report polis.

Sepatutnya korang tak perlu bayar pun lagi fee tersebut.

JIka benar, ada duit masuk dalam akaun kita barulah bayar fee.

Tolonglah.

Jangan la mudah ditipu lagi.

Ayuhlah bangsaku, bangun dan bangkit menentang scammer online ni. Jangalah kita senang-senang ditipu lagi.

Pengajaran

Pengajaran yang boleh aku beritahu dalam artikel ni, kita janganlah jadi orang yang tamak. Dengar je juta-juta terus mabuk tak ingat dunia. Selain tu, jika kita ni seller, kita jangan bank in apa-apa dekat pembeli kita. Pelik bukan? Kita sebagai seller ni yang kena bank in ke akaun pembeli pula. Tak masuk logik akal sungguh.

Walaupun apa fee yang mereka nyatakan sekalipun, apa ugutan sekali pun, selagi kita tidak buat kesalahan apa yang kita nak takut? Bila keadaan macam ni, korang terus pergi buat report dan kebiasaan polis akan bagi nasihat yang terbaik sebab polis ni dah masak terima report scammer jenis macam ni.

Jadi, itulah teknik penipuan pembelian wang lama ni. Harap kita semua sedar.

Cara Semak Nombor Telefon atau Akaun Bank Scammer

Cara Semak Nombor Telefon atau Akaun Bank Scammer

Bagaimana cara semak nombor telefon atau akaun bank scammer? Sekarang ni sudah ramai yang mula berjinak-jinak dengan menjual dan tak kurang juga membeli secara online. Tapi anda perlu tahu bahawa hanya segelintir peniaga sahaja yang jujur dan segelintir lagi hanyalah scammer.

Andaikata korang dah kena scam, boleh cuba dapatkan balik duit kena scam.

Sebenarnya sudah banyak kes penipuan yang berlaku secara atas talian ni. Tapi hanya sebilangan kecil saja berjaya diselesaikan kerana teknik menipu dan scam yang digunakan amat mengelirukan pihak polis untuk pembuktian di mahkamah.

Antara contoh scam yang paling popular sekarang ni adalah penghantaran barang berharga dari luar negara secara percuma. Apabila barang sampai ke Malaysia korang akan diberitahu bahawa barang tersebut kononnya ditahan oleh pihak kastam dan korang perlu membayar “sedikit” wang untuk lepaskan barang tersebut.

So, korang perlu berhati-hati. Jangan jadi mangsa penipuan yang terancang ni. Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu adakah tindakkan anda betul jika bank in kepada seseorang yang anda tidak kenali.

Cara Semak Nombor Telefon atau Akaun Bank Scammer

Tahu tak korang sekarang ni pihak PDRM dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sudah pun menubuhkan satu laman web untuk kita semak nombor akaun bank scammer?

So, ini akan lebih memudahkan lagi korang untuk membuat belian secara online dengan rasa selamat. Namun begitu, korang perlu juga berhati-hati.

Kalau korang tak tahu teruskan pembacaan.

Laman web yang aku maksudkan di atas tadi tu adalah https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Jika korang klik pada link yang aku berikan di atas tu, korang akan pergi ke halaman web seperti di bawah ni.

semak nombor telefon

Aku rasa tak perlu kot nak buat tutorial cara semak.

Korang hanya perlu pilih saja samaada nak semak nombor akaun atau nombor telefon.

Kemudian korang just masukkan nombor dan klik pada butang semak maklumat. Itu saja.

Nanti sistem akan berikan info jika nombor-nombor tersebut pernah melakukan jenayah secara komersial.

Seperti contoh yang aku tunjukkan di atas tu, nombor tersebut pernah direport oleh seseorang di balai polis dan sebanyak 44 carian telah dibuat.

Ini bermakna korang perlu berhati-hati semasa berurusan dengannya atau jangan berurusan terus kerana sudah ada bukti dan report yang telah dibuat.

Aku berharap dengan penubuhan laman web ini dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti scammer yang tidak bertanggungjawab ni dan sekaligus dapat menyelamatkan duit orang awam daripada di tipu.

Aku anti sangat dengan penipuan online ni sebab ia boleh menjejaskan kepercayaan pembeli kepada peniaga-peniaga yang jujur.

Sebab tu buat masa ni aku hanya membeli di Lazada ataupun di Shopee. Kalau kene tipu atau barang tak sampai aku still boleh minta refund.

Tapi aku tengok masih ada juga yang kena tipu di platform shopee atau Lazada ni. Teruk betul knowledge orang malaysia ni tentang scammer.

Baiklah. Itu sajalah bebelan dan info yang aku ingin beritahu pada korang semua. Aku berharap ia bermanfaat untuk semua.

Opss…Kejap

Sebelum aku akhiri artikel ni, aku nak beritahu pada korang bahawa aku ada buat channel YouTube. So, aku berharap korang dapat subscribe channel aku tersebut kerana aku banyak buat video-video yang boleh memberikan info kepada korang semua.

Kalau masih belum jelas, boleh lihat video di bawah ni.

Jangan lupa sudi subscribe channel Blog Faiz 🙂

Pin It on Pinterest