Sebenarnya ni bukanlah tips sangat pun. Cuma ni adalah cara aku sendiri macam mana aku nak optimumkan setiap video yang diupload di YouTube supaya aku sendiri tidak lupa apa yang perlu aku buat.
Cara Upload Video di YouTube
Macam mana cara nak upload video di YouTube?
Log masuk ke dalam akaun YouTube.
Pergi ke YouTube studio.
Pada bahagian sebelah kanan atas, ada butang Create. Klik pada butang create tersebut dan nanti kita ada tiga pilihan iaitu Upload Videos, Go Live dan Create post.
Untuk upload video, kita klik pada Upload videos.
Cari video di local storage laptop/smartfon korang dan klik pada butang select file.
Siap!
Tips Sebelum dan Selepas Upload Video di YouTube
Jadi, inilah cara yang akan aku buat sebelum dan selepas upload video di YouTube.
Ok sebelum korang lihat apa strategi yang aku buat untuk YouTube selepas ini, jom dulu support channel YouTube saya iaitu Channel Blog Faiz.
Dalam channel ni aku tak fokus satu topik pun sebab saya lebih kepada content rojak. Contohnya, apa yang saya suka buat, tutorial, vlog, perkongsian video tempat-tempat menarik dan sebagainya.
Saya sebenarnya dalam proses belajar kenal kamera je pun. Tapi buat masa sekarang ni kita main hentam je dulu sebab belum sempat nak belajar setting kamera dengan betul.
Ok lah. Itu pengenalan secara ringkas untuk channel Blog Faiz.
Jadi, sekarang ni jom kita lihat apa strategi yang aku akan buat lepas ni untuk channel YouTube aku ni.
Sebelum
Pastikan dalam video ada tiga element iaitu lower third intro, media sosial promote dan juga outro. Ketiga-tiga benda ni perlu ada dalam video.
Buat tajuk yang menarik dan kreatif.
Masukkan tag atau kata kunci sebanyak mungkin
Buat description untuk menerangan video tersebut tentang apa.
Buat thumbnail video yang menarik.
Kategorikan video dengan kategori yang sesuai.
Buat cards untuk optimumkan lagi video.
Jika perlu, buat timestamps pada video untuk tambah SEO pada carian di YouTube.
Selepas
Lepas dah upload video di YouTube, upload pula di Facebook Page.
Upload ringkasan di Community YouTube.
Jika video tersebut sesuai dijadikan artikel atau tutorial di blog, buat je untuk optimumkan lagi video tersebut.
Kalau boleh, upload juga ringkasan di instagram samaada dalam bentuk gambar atau video.
Nota Ringkas
Saiz thumbnail untuk YouTube adalah 1280 x 720
Ok.
Ni adalah antara strategi yang aku akan buat lepas ni. So, mungkin cara korang adalah berbeza.
Harap dengan strategi dan tips ni kita sama-sama dapat optimumkan video di YouTube kita untuk menjana pendapatan sampingan melaluinya.
Sebelum aku akhiri artikel ini, aku juga ada buat perkongsian secara meluas tentang YouTube di akademiYT. Kalau korang baru mula nak belajar atau mungkin ada sesuatu ilmu tentang YouTube yang korang terlepas pandang, boleh la jenguk blog tersebut.
Ramai juga la yang tanya aku soalan ni. Disebabkan aku pun agak kesuntukkan masa nak jawab soalan yang sama, jadi aku fikir baik aku tulis je pengalaman aku apa proses perlu dibuat lepas dah capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.
Aku takada lah pakar bab buat duit dengan YouTube ni. Tapi disebabkan pengalaman aku yang dah lalui benda ni dan aku pun pernah upload satu video pasal ni di YouTube menyebabkan aku terima agak banyak soalan berkaitan pasal ni.
Jadi di sini aku akan ceritakan pada korang proses-proses yang berlaku lepas korang dah capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.
Proses Bila Dah Capai 4000 Jam Tontonan dan 1000 Subscribers
Pada korang yang tertanya-tanya apa benda ni capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.
Ini adalah proses bagi mereka yang nak mohon adsense supaya iklan video di YouTube boleh jana pendapatan.
Pasal ni aku tak nak ulas lanjut. Aku akan beritahu pada tajuk yang akan datang bagi mereka yang berminat nak buat duit dengan YouTube.
Untuk memudahkan fahaman korang, aku akan beritahu proses demi proses apa yang perlu korang buat lepas dah capai semua tu.
Ok. Sebelum tu apa perkara pertama sekali yang korang perlu buat adalah daftar terlebih dahulu akaun adsense sebab duit yang dijana dari YouTube akan dimasukkan ke dalam akaun adsense.
Langkah 1 Bermula dari saat korang dah capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers, pihak YouTube akan review secara automatik. Korang tak perlu gelabah nak contact mereka suruh review channel korang tu. Sistem mereka sendiri akan beritahu untuk pihak mereka review.
Ikut pengalaman aku, takada pula mereka hantar email tanda mereka akan review. Cuma, lepas channel korang sudah direview dan layak untuk iklan, barulah mereka akan hantar korang satu email tandanya sudah layak untuk menjadi partner mereka.
Contoh email yang korang akan terima adalah seperti di bawah.
Lepas korang dapat email seperti atas ni, barulah korang akan dapat lihat iklan berjoget-joget kat video di channel korang tu.
Langkah 2 Sekarang ni pula kita perlu verify atau sahkah akaun kita tu dengan nombor pin. Bagi mereka yang sudah verify akaun adsense sebelum ni tak perlu lagi nak verify kali kedua.
Tujuan verify akaun adsense ni adalah untuk kita layak terima pembayaran dari adsense atau Youtube bila dah capai USD100. Kalau korang tak verify maknanya tak boleh la terima duit dari YouTube ni.
Proses verify ni pula hanya untuk sekali saja.
Contoh macam kes aku, aku dah verify akaun adsense aku sebelum ni sebab aku apply adsense dengan blog. Jadi, aku tak perlu nak lalui proses yang kedua aku beritahu ni.
Tapi aku anggap di sini korang masih belum verify akaun adsense tu.
Untuk pihak adsense hantar nombor pin tu, korang perlu kumpul sebanyak USD10 terlebih dahulu.
Yes.
Pasal ni pun korang tak perlu gelabah nak contact adsense atau YouTube supaya hantar nombor pin tu.
Apa yang perlu korang buat sekarang, kumpul dulu sebanyak USD10 untuk mereka mula hantar nombor pin tu.
Bila dah terkumpul USD10 dalam akaun adsense, barulah sistem beritahu mereka untuk hantar nombor pin kepada kita.
Lepas pin dah sampai, masukkan nombor pin tu dalam akaun adsense kita untuk proses verify.
Itu saja proses-proses yang korang perlu lalui lepas dah capai 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.