Hari ni saya nak review sikit game online yang merangsang minda yang ada di Plays.org untuk korang cuba. Saya lihat sekarang ni ramai ibu bapa di luar sana yang kononnya nak menjaga prestasi pelajaran anak tidak dibenarkan langsung untuk anak main bermain game.
Sebenarnya main apa-apa saja game adalah baik untuk kesihatan samaada kesihatan fizikal atau mental. Sebab tu pelbagai jenis game telah direkacipta untuk tujuan tersebut.
Sebagai contoh, jika kita bermain bola sepak bersama-sama kawan di padang, ia boleh menyihatkan fizikal tubuh badan kita. Tapi kalau kita bermain game bola sepak secara online, ia boleh merangsang otak kita untuk cepat berfikir.
Kedua-duanya sama ada manfaatnya.
Ramai dah yang berlaku depan mata saya sendiri kawan-kawan jenis kaki game online ni kebanyakkan daripada mereka cepat tangkap apa yang mereka belajar.
Senang kata mereka ni cepat belajar dan cepat faham apa yang cikgu ajar.
Jadi saya harap ibu bapa diluar sana pandanglah dari sudut perspektif lain tentang bermain game ni terutama game online.
Jangan tak bagi langsung anak bermain game tapi kawal.
Kalau main game berlebihan pun ada buruknya.
Jadi jalan yang terbaik adalah mengawal. Bukannya tak bagi terus ataupun terlebih bagi.
Jadi di sini saya nak senaraikan lima jenis game online yang boleh merangsang minda anak-anak di Plays.org.
5 Game Online Merangsang Minda di Plays.org
Berikut adalah lima game merangsang minda yang korang boleh cuba sendiri terutama bagi anak main game ni supaya otak mereka cepat berkembang.
#1. Robo Escape
Game ni kita kena berfikir dan cari jalan macam mana nak bawa Robo ni iaitu watak dalam game ni keluar dari sesuatu tempat. Sebelum jumpa pintu keluar, kita kena cari kunci pintu dulu barulah boleh buka pintu keluar tu.
Game ni tak susah pun nak dimainkan.
Tapi semakin tinggi level semakin susah dia punya permainan.
Kelebihan yang saya tengok ada pada game ni adalah ia melatih kita supaya cekap berfikir macam mana nak selesaikan sesuatu benda.
Jadi sangat sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak supaya otak mereka cepat merangsang.
#2. Tank Wars
Tank Wars ni pula agak menarik pada pandangan saya sebab boleh main tembak-tembak.
Kalau nak bagi anak kecil bermain game ni sangat sesuai.
Game ni tak banyak pun kena fikir cuma kita kena fikir macam mana nak survive daripada musuh yang ramai.
Jadi di sini kita memerlukan strategi macam mana nak survive, susun strategi untuk menang dalam game ni.
Cara main hanya perlu tembak musuh dan kita kena survive. Itu saja.
Dia ada beberapa level dan semestinya setiap level akan bertambah sukar untuk menang.
Kelebihan yang saya tengok dalam game ni adalah jika anak kecil bermain yang berumur sekitar dalam 5 tahun hingga 7 tahun, ia dapat melatih mereka untuk membina strategi macam mana nak survive dalam sesuatu perkara.
#3. Hidden Object: Clarence Lizard Day Hunt
Game ni best sebab kita hanya perlu cari barang tersembunyi saja.
Tapi barang tersembunyi kali ni ia berlainan sikit.
Dalam game ni apa yang perlu kita buat adalah hanya perlu cari “cicak” untuk bantu beberapa orang budak untuk menangkap cicak tersebut.
Hari pertama korang perlu tangkap cicak sebanyak 10 ekor cicak dan setiap hari cicak yang perlu kita tangkap akan bertambah.
Cara nak main hanya klik pada cicak tu nanti dan ia dikira korang dah tangkap cicak tersebut.
Pada pandangan saya kelebihan game ni adalah melatih mata dan kecepatan otak kita refleks terhadap sesuatu benda.
Saya nak cerita lebih-lebih pun susah juga macam mana.
Korang perlu cuba sendiri keseronokkan game ni.
#4. Jigsaw Puzzle: Flintstones Yabba Dabba Dinosaurs Kids
Siapa tak kenal dengan permainan childhood kita dulu-dulu.
Ramai dah lupa game ni.
Dulu game ni kita beli kat kedai dan kena susun atas board.
Tapi sekarang ni kita dah boleh main secara online.
Kelebihan game ni pula apa yang saya lihat ia melatih memori kita dan cara kita menyelesaikan sesuatu masalah.
#5. Survival Game: Play Star Wars Rogue One Boots on the Ground
Antara banyak-banyak game yang ada di Plays.org, game ni yang paling saya minat main sebab game ni lebih banyak menggunakan otak dan strategi untuk menyelesaikan misi.
Sebab lain saya minat game ni untuk dimain di Plays.org ni adalah sebab game ni boleh main tembak-tembak macam game sudden strike.
Setiap misi dia dah bagi arahan apa yang perlu kita buat dan kita just ikut saja.
Tapi dalam masa yang sama kita mesti kena plan macam mana nak survive dan menyelesaikan misi-misi tersebut dengan jayanya.
Penutup
Ok itu saja antara game yang banyak menggunakan otak ketika bermain yang boleh saya listkan dalam web Plays.org. Sebenarnya ada beribu-ribu lagi game dalam ni yang saya belum cuba main dan mesti ada game yang lebih menarik lagi untuk di explore.
Jika korang nak cuba bermain game selain dari yang saya beritahu di atas ni, korang bleh pergi ke web Plays.org dan cuba game yang lain.
Bermain game ni banyak kelebihan yang kita dapat berbanding keburukkan.
Keburukkan game yang saya tengok cuma satu saja bila kita bermain game tapi tak pandai nak uruskan masa.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.