Panduan Lengkap Ibadah Korban

Panduan Lengkap Ibadah Korban | Bila menghampiri bulan Zulhijjah, umat islam yang berniat untuk melakukan ibadah korban akan mula tercari-cari haiwan ternakkan untuk dijadikan sebagai haiwan korban. Contohnya di Malaysia, kambing dan lembu adalah haiwan yang sering dijadikan sebagai haiwan korban pada musim perayaan haji.

ibadah korban

Pengertian Ibadah Korban

Ibadah korban atau qurban (sebutan arab) ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti lembu, biri-biri, unta dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat sunat hari raya) dan pada hari Tasyrik iaitu 11, 12 ,13 Zulhijjah.

Hukum Ibadah Korban

Hukum melakukan ibadah korban adalah sunat Mu’akkad sahaja iaitu sunat yang sangat dituntut dalam islam. Jika kita buat, kita akan peroleh pahala yang besar dan jika kita tak buat kita tak berdosa.

Cuma, bagi mereka yang berduit tapi tidak melakukan ibadat korban boleh dikatakan sebagai seorang yang kedekut.

Syarat Melaksanakan Ibadah Korban

Apakah syarat untuk melakukan ibadah korban?

Berikut adalah syarat-syaratnya:

  1. Beragama Islam – Syarat yang pertama mestilah yang beragama islam. Bukan untuk orang kafir.
  2. Baligh – Kemudian seseorang itu mestilah baligh dari segi umurnya dan juga pemikirannya.
  3. Berakal – Untuk melaksanakan ibadah ini, seseorang itu mestilah berakal. Dalam bahasa kasar bukan seorang yang gila.
  4. Berkemampuan – Ibadah korban dilaksanakan untuk mereka yang mampu sahaja. Jika ada masalah dari segi kewangan, ia tidak perlu untuk buat kerana ibadah korban hanya sunat mu’akkad sahaja.

Niat Ibadah Korban

Dalam islam apa-apa saja ibadah yang kita nak buat, niat adalah penting. Jika tiada niat, maka ibadah yang kita jalankan tersebut tidak sah.

Jadi macam mana cara niat ibadah korban?

Dalam islam, tiada niat khusus untuk ibadah korban. Apa-apa saja niat di hati yang kita ingin buat korban, ianya sudah dikira sah.

Namun di sini ada 3 situasi untuk anda niat ibadah korban.

Situasi 1: Niat Ibadah Korban Untuk Diri Sendiri

Niat 1: “Inilah haiwan korbanku, kerana Allah Ta’ala”

Niat 2: “Sahaja aku menunaikan ibadah korban kerana Allah Ta’ala.

Niat 3: “Sahaja aku melakukan korban sunat, kerana Allah Ta’ala.”

Ketiga-tiga niat di atas ni anda tidak perlu hafal. Apa saja niat yang sama maksud dengan niat di atas ia dikira sah.

Situasi 2: Niat Ibadah Korban Secara Wakil

Niat untuk korban ini adalah melalui aqad al-wakalah (akad mewakilkan yang lain). Selalunya dilaksanakan sewaktu menyerahkan wang untuk membeli binatang korban.

Tiada lafaz niat wakalah yang khusus. Apa yang penting adalah dalam perbualan antara wakil dan yang berkorban sudah bersetuju dengan rela dan reda.

Contoh lafaz niat korban wakil: “Saya (nama yang berkorban) telah bersetuju untuk mewakilkan tuan menguruskan korban saya pada tahun ini (tahun hijrah) kerana Allah Ta’ala”. Kemudian sewaktu penyembelihan berlaku, wakil tersebut yang akan niatkan buat pihaknya.

Masa Niat Ibadah Korban

Untuk niat, kita mesti niat bila sudah ada haiwan yang dah jadi hak kita untuk buat korban.

Tidak sah dan tidak boleh jika anda niat tapi haiwan yang anda ingin jadikan korban belum ada atau anda masih mencari-cari.

Bila dah ada haiwan yang jadi hak kita ingin jadikan korban, pada masa tersebut kita boleh niat terus sehingga tiba harinya haiwan tersebut disembelih.

Namun masa yang terbaik untuk kita niat korban adalah masa kita menyaksikan haiwan korban kita tu disembelih.

7 Pembahagian Bahagian Lembu

Selama ni mungkin anda tidak faham apa maksud 7 bahagian lembu untuk dibahagi kepada 7 ahli yang buat korban.

Seperti yang kita tahu, jika kita nak korban kambing atau biri-biri, kita mesti korban seekor atas nama kita sahaja dan tidak boleh dibahagikan dengan orang lain.

Berbeza dengan lembu. Jika kita jadikan lembu sebagai haiwan korban kita, kita mesti bahagi kepada 7 ahli korban yang lain.

Jadi, anda yang pertama kali buat korban mesti nak tahu kan macam mana 7 bahagian lembu tu dibahagikan.

Gambar di bawah menunjukkan bahagian-bahagian lembu yang dibahagikan kepada 7 bahagian.

ibadah korban

Cara Pembahagian Daging Korban di Malaysia

Sekarang ni mari kita lihat cara pembahagian dagign korban yang paling afdhal. Cara ni hanya untuk mereka yang melakukan korban sunat sahaja. Bukan korban wajib seperti korban kerana bernazar.

Rata-rata di umat islam di Malaysia, biasanya kita akan buat pembahagian seperti berikut:

  • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
  • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
  • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Cara pembahagian tersebut tidak salah dan dibolehkan.

Namun dalam islam ada diajar cara pembahagian yang paling afdhal.

Cara yang paling terbaik untuk pembahagian daging korban adalah dengan menyedekahkan keseluruhan daging korban tersebut dan kita hanya makan beberapa ketul sahaja.

Kita disunatkan untuk makan sedikit sahaja daripada daging tersebut seperti yang dizahirkan dalam al-quran dalam surah Al-Hajj ayat 36

Maksudnya: Maka makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Surah Al-Hajj: 36

Ini adalah amalan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kepada yang buat ibadah korban wajib seperti nazar, kita perlu sedekahkan semua daging tersebut dan kita dilarang untuk memakan sebahagain daripada daging itu.

Soalan Lazim

Boleh ke buat korban di negara lain?

Ya boleh. Kita boleh buat korban di negara lain walaupun dengan wakil sahaja.

Bila waktu afdhal niat korban?

Waktu yang paling terbaik untuk niat korban adalah semasa binatang korban kita disembelih.

Boleh ke daging korban diberikan pada orang kafir?

Tidak boleh. Daging korban hanya boleh diberikan pada orang islam sahaja menurut Mazhab Syafi’e. Adapun mazhab-mazhab yang lain ada yang mengatakan harus dan makruh. Oleh kerana kita berpegang pada Mazhab Syafi’e, kita tidak memberi daging korban kepada non-muslim.

Boleh ke orang kaya makan daging korban?

Boleh.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top